Friday, February 10, 2012

PELANGI ITU INDAH ~ CHAPTER 1 UNTIL 12


~ chap 1-  pelangi itu indah 

       "yeay! kau nampak jerat aku mengena, lama dah aku nak ikan keli, mak aku asyik membebel cakap aku buang masa pergi memancing, tapi bila balik rumah tangan kosong", kata Ikmal sambil membuka mata kail yang telah mengena untuk buat kali pertama, Akhbar hanya tersenyum melihat gelagat sepupunya itu. 
Dalam pada itu, Akhbar memandang dengan penuh rasa rindu takkala kedua anak matanya melihat pohon yang rimbun dihujung tapak sawah padi yang menguning itu. Kenangan dan memori terindah yang dirakam dalam ingatannya itu tidak pernah padam sama sekali.
  " Jauh kau termenung Bar, teringat "orang jauh" yang tidak akan muncul tiba ",kata Ikmal dengan  nada serius. .
  " aku teringat kenangan yang pernah aku lakar bersamanya Mal, "jauh di sudut hatinya, mengharap pelangi muncul kembali.
 "Dah la, jom la balik makin lama kau duduk sini, makin panjang pula kau bermadah -madah ni, aku rasa kalau aku kumpul kau punya madah dari dulu mesti dah boleh buat buku ", seloroh Ikmal sambil ketawa besar. Akbar turut ketawa mendengar kata-kata sepupu kesayangannya itu.

 Ketika menaiki anak tangga rumah, sudah kedengaran suara Mak Siti dari dapur memanggil anak bujangnya menanyakan hasil pancingannya itu.
 " ikan paus ke kau bawa balik hari ni Mal, boleh lah buat kenduri ajak orang kampung," perli Mak Siti yang sudah bosan dengan perangai anaknya yang tidak pernah lekat dirumah , dari pagi hinggalah sampai ke senja baru nampak batang hidungnya.
 " Mak ni, cubalah bagi semangat dekat Mal, ni tidak tiap-tiap kali balik mesti mak perli , apa ingat Mal ni teruk sangat ke, ni ha ada enam ekor ikan keli Mal bawa balik, malam ni mak boleh masak ikan keli masak lemak cili api, mak kan suka sangat ikan keli," sambil meletakkan hasil pancingannya itu di atas meja. 
  " ikan ni kau beli ke pancing Mal," sinis Mak Siti sambil melihat ikan yang dibawa anak bujangnya itu. 
  " Mak Siti ni, ikan tu Mal pancing la, Bar yang teman dia tadi, penat dia pasang jerat," Akhbar cuba mempertahankan sepupunya itu sambil tersenyum melihat gelagat dua anak beranak itu. 

Akhbar menetap bersama ibu saudaranya itu setelah kematian kedua orang tuanya akibat kemalangan jalan raya 10 tahun yang lalu. Keluarga Mak Siti amat menyayangi Akbar seperti anaknya sendiri, apa tidaknya hampir semua keperluan dirumah itu disediakan olehnya, dari makan, pakai, bayaran bil hingga yuran pengajian anak perempuannya yang sekarang melanjutkan pelajaran di sekolah asrama penuh pun ditanggung oleh Akhbar. Akhbar sekarang telah membuka ladang ternakan itik dan membuka secara kecil-kecilan kebun bunga yang diusahakannya sendiri. Graduan Sarjana Muda dalam bidang perladangan dan menabur baktinya ditanah tempat kelahirannya merupakan pemuda contoh kampung .Macam langit dan bumi perangai Akhbar dan Ikmal. Selepas SPM, Ikmal tidak menyambung pelajarannya lebih seronok dengan kehidupannya yang terkenal dengan kutu rayaunya. Ikmal dan Akbar seperti adik- beradik kandung dan susah untuk melihat mereka berengang, apatah lagi bergaduh.

" Bar, janji dengan Nadia boleh?" Akhbar hanya tersenyum melihat wajah polos buah hati tercintanya itu, Nadia Atirah sambil mengangguk sebagai tanda setuju dengan pertanyaannya itu. 
 " Bar kena janji, bila Nadia pindah nanti, Bar kena hantar surat  tiap-tiap minggu dekat Nadia, kalau tak hantar satu minggu kena denda bagi bunga Lily dekat Nadia, boleh?
 " jangankan bunga Lily, ladang bunga lily pun Bar boleh bagi," Akhbar berseloroh manja dengan kekasih hatinya itu. 

 Dibawah pohon yang rendang ditepi kotak sawah itu menjadi tempat Akhbar dan Nadia bertemu, mereka jarang berjumpa kerana Nadia menuntut disekolah beasrama penuh, manakala Akbar disekolah harian biasa. Cinta yang pada asalnya hanya usikan rakan sekampung, membawa mereka menaiki satu tahap yang lebih daripada itu. Cinta yang dicurahkan, janji yang dimeterai bersama membawa Akhbar nekad ingin menjadikan Nadia sebagai permaisuri hatinya setelah dia dan nadia tamat belajar kelak. Cinta yang disulam dengan memori-memori indah, nota-nota indah, direntap begitu sahaja tanpa sebarang amaran. orang yang dikasihinya sekali lagi dipanggil oleh seruan Ilahi apabila Nadia terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan bas yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah lori dan terbalik melibatkan hampir kesemua penumpang meninggal dunia. Cinta yang disangkakan berakhir dengan satu ikatan yang suci, berakhir dengan linangan air mata yang sentiasa membasahi pipi jejaka ini. 
lamunan Akhbar tersentak takkala suara Mak Siti memanggilnya untuk makan malam. Gambar kenangan yang diabadikan itu disimpan semula di dalam laci. lantas dia bangun dan menuju ke ruang makan. 


~ chap 2- pelangi itu indah

" Mal, jom lah tolong aku dekat ladang , lagipun kau tak da buat apa-apa ,sekarang ni susah nak cari pekerja, aku bayar kau macam aku bayar pekerja-pekerja aku yang lain, sekurang-kurangnya ada juga orang yang aku boleh percaya, kalau kau tak nak dekat ladang, kau boleh tengok-tengokkan kebun bunga aku tu,"
 Akhbar beriya mengajak sepupunya itu bekerja dengan dia. tetapi, Ikmal seperti acu tak acu dengan pertanyaan Akhbar sambil mengelap motor kesayangannya itu.
 " Ala, bukan aku tak nak tolong kau, cuma aku mana reti nak jaga itik-itik tu, nanti aku salah bagi makan macam mana, dibuatnya aku bagi baja bunga dekat itik-itik kau tu macam mana, tak ke masalah. kalau dekat kebun bunga tu, nanti lain pula yang aku cantas, tak nak lah, nanti aku cari kerja sendiri," tergelak besar Akhbar apabila Ikmal memberi jawapan sebegitu.
 " kau, ni Mal, main-main pula, tak habis-habis dengan lawak kau tu, aku serius ni sekurang-kurangnya tak da la aku dengar Mak Siti membebel dekat kau tiap-tiap hari, kalau kau tak reti pekerja-pekerja aku boleh ajar kau, tak pun aku sendiri boleh ajar", kali ini nampak kesungguhan Akhbar mengajak Ikmal bekerja dengannya. 
 " lain kali jelah aku fikirkan, haa. esok aku nak pergi memancing dekat lubuk yang baru orang kampung kata banyak ikan tu, aku ingat nak ajak kau teman aku, kita pergi pagi esok," dengan cepat Ikmal menukar tajuk perbualannya. 
 " sorry lah Mal, esok pagi aku dah janji dengan Pak Hasan nak bagi bunga-bunga yang ditempah tu, nanti menunggu pula dia , lain kali lah ea,"
 " okay, tapi kau tolonglah back up aku depan mak nanti, aku tahu dia mesti marah aku nak pergi memancing dekat situ,"pinta Ikmal
 " boleh, tapi nanti kau belanja aku tau," usik Akhbar sambil tergelak .
 " boleh, esok aku belanja kau minum teh tarik dekat kedai biasa ," balas Ikmal sambil tergelak besar. 

 Kebun bunga yang diusahakan sendiri hasil titik peluhnya itu, semakin hari semakin menjadi, semakin banyak permintaan bunga-bunga dikebunnya. Keikhlasan itu penting dalam menjaga apa yang ditanam, tanaman juga mempunyai perasaan, semakin dibelai, semakin menjadi hasilnya. Akhbar berkeseorangan sambil melihat hasil tanamannya sehingga sampai disatu kawasan yang agak lapang. Hanya ada satu jenis tanaman yang ditanam dikawasan itu, "Lily" dilihat dengan penuh syahdu dan akhirnya perasaan rindu yang dibendung dalam takuk hatinya mengalir juga, titisan demi titisan membasahi wajah jejaka yang mempunyai hati yang tulus itu.
  "jangankan bunga lily, ladang bunga lily pun Bar boleh bagi," bait-bait kata ini sentiasa berlegar-legar didalam kotak fikirannya takkala melihat bunga ini. 
Nadia, sekarang ladang bunga Lily Bar sediakan, tapi Nadia dimana, kenapa tinggalkan Bar keseorangan, pergi yang tak kembali lagi, harapan yang Bar janjinya tak sempat lagi ditunaikan, kita tak sempat merasa nikmat bahagia bersama, Nadia tinggalkan Bar sendirian. Semakin laju titisan yang mengalir, semakin membuak perasaan rindunya kepada insan yang paling disayanginya. 

" jam gila KL ni, kalau satu hari tak jam tak boleh ke, pening kepala aku tiap-tiap hari nak balik kerja macam ni,"gerutu Alia sambil dihentak-hentak stereng keretanya itu. 
 " kau ni Alia, cuba bersabar sikit, ayu dah ayu dah aku tengok, tapi mashaAllah perangai mengalahkan lelaki, kan sekarang time orang balik kerja, memanglah jam, lain kali kalau taknak jam kau balik lah awal, minta dekat bos kesayangan kau tu balik awal,mesti dia bagi,kau kan staff kesayangan dia," perli Wahida dengan nada sinis.
 " amboi , kau ni Ida , mulut tu tak boleh nak meletup lagi mengalahkan Chef Wan, nanti ada yang kena tinggal tengah-tengah jalan ni, balik jalan kaki, nak?," gertak Alia dengan nada bergurau
" ala kau ni Alia, aku main-main je, kau kan kawan paling baik tak kan sanggup tengok kawan kesayangan kau ni balik jalan kaki kot, basah kuyup lah baju baru aku ni Lia," gurau Wahida sambil tergelak besar.
" haa, tau pun takut, aku tension lah duduk dekat KL ni, rasa macam nak duduk dekat kawasan ceruk dunia senang takda bunyi bising, hon-hon jaga ayam, itik pun bagus, buka kebun bunga pun bagus juga, lama dah aku tak berkebun," bebel Alia sambil didengari oleh sahabatnya itu. 
 " bagus juga, nanti senang aku nak makan ayam, boleh jumpa kau, minta ayam free, tak pun rasa macam nak bunga free minta je dengan kau kan," riuh kedengaran suara mereka berdua di dalam kereta perdana hitam itu. 

Alia Syakira, gadis genit yang tidak lekang mengukir senyuman apabila bertemu dengan orang sehingga orang yang lalu ditepinya pun dia senyum. penampilannya yang sentiasa up to date mengikut perkembangan fesyen terkini membuatkan dia menjadi kegilaan ramai di tempat kerjanya. Walaupun bertudung, tetapi penampilannya itu membuatkan dia menjadi ikon wanita bertudung di pejabatnya. Wajahnya iras-iras pelakon Sofia Jane membuatkan lebih ramai yang tergila-gilakannya. Namun, impian jejaka-jejaka itu sekadar impian dan terkubur begitu sahaja apabila mengetahui gadis yang menjadi idaman mereka ini akan bertunang tak lama lagi. jejaka yang berjaga menambat hati gadis yang penuh ego ini adalah Syed Idham, seorang arkitek terkenal di KL. 


~ chap 3- pelangi itu indah

 Hampir satu jam tersekat ditengah-tengah bandaraya yang sememangnya sesak tambahan lagi pada waktu kemuncak orang pulang ke rumah membuatkan Alia kepenatan dan tertidur di atas sofa. 
Kedengaran lagu "What are words" membuatkan Alia terjaga dari tidurnya yang hampir lena dibuai mimpi. 

"Assalamualaikum, sayang buat apa?"kedengaran suara Syed Idham yang boleh membuat wanita-wanita diluar sana terpesona dengan hanya mendengar suaranya yang romantik ditambah dengan suara garau seorang lelaki. 
 " waalaikumussalam, I tertidur tadi, penat sangat hari ni jam teruk dekat bangsar ," kata Alia yang seperti mamai lagi.
 " I ganggu you ke?, I ingat nak ajak you keluar esok lagipun esok sabtu, nak pergi beli barang-barang hantaran yang tak cukup lagi," ajak Idham.
 " oh, boleh juga, lagipun I ada hal nak cakap dengan you esok, you ambil I dekat rumah macam biasa yea," kata Alia setuju dengan ajakan Idham.
 " Macam serius je bunyinya, cakap dekat phone tak boleh ke?" Idham seperti ingin tahu dengan segera.
 " Esok lah I cakap, I penat lah you, by the way, thanks for the flower, tapi I tak suka bunga rose, tapi tak pe I terima je, "bunga yang diterimanya di tempat kerja pada pagi tadi adalah pemberian Syed Idham.
 " oh, sama-sama, sorry I nak belikan you bunga kesukaan you, tapi dekat semua kedai takda bunga tu, next time i will buy you that flower ok sayang, " pujuk Idham dengan lembutnya.
 "It's ok, ok lah I nak mandi, jumpa esok, Assalamualaikum"
 " ok, Waalaikumussalam sayang, I love you"
belum sempat dihabiskan ayat itu, Alia sudah meletakkan telefonnya. 

  Idham sudah lali dengan perangai Alia yang ada masanya sangat dingin dengannya lebih-lebih lagi jika baru pulang dari kerja. Idham seorang yang sangat penyabar dan sentiasa melayan kerenah bakal tunangnya. Idham merupakan pilihan keluarga Alia dan keluarga mereka mengenali antara satu sama lain. Idham yang cukup gembira apabila lamarannya diterima oleh Alia lima tahun menanti jawapan, akhirnya impiannya terlaksana. Tapi Alia sebaliknya, jawapan yang diberinya seolah-olah memakan dirinya sendiri. Dia sendiri tidak pasti dengan pilihan yang dibuatnya. 

Selepas menunaikan solat isyak, Alia duduk ditepi beranda condominium mewah yang dibelinya sendiri. Walaupun papanya seorang ahli perniagaan yang terkenal, tetapi Alia lebih senang mengguna wangnya sendiri dalam membeli apa sahaja keperluannya dan tidak pernah bergantung harap dengan keluarganya. Angin malam yang bertiup dirasai dari tingkat 15 rumah itu, semakin lama semakin kuat tiupan angin yang dirasainya. Fikirannya semakin bercelaru apabila memikirkan hanya tinggal dua bulan sahaja lagi dia akan menjadi tunangan orang. Keadaannya seperti tidak rela dan seperti terpaksa membuat pilihan itu.
"bahagiakah aku dengan Idham, gembirakah diri aku dengan pilihan yang aku telah lakukan ini, Ya Allah kau berikanlah aku petunjuk disaat -saat ini, adakah pilihan yang aku telah buat ini adalah yang terbaik, jika benar dia jodohku kau kuatkan keyakinan aku dan meneruskannya  " jauh disudut hatinya, dia semakin ragu dengan pilihan yang dibuatnya. 

 " I dah ada dekat bawah rumah you, you dah siap?" tanya Idham yang telah sampai sepuluh minit yang lalu.
 " You tunggu kejap, I dah nak siap," kelam-kabut dibuatnya apabila Alia baru menyedari setengah jam lalu yang dia telah berjanji dengan Idham ingin keluar bersama hari ini. 

 " Assalamualaikum, sorry I lambat sikit ," kata Alia.
 " Waalaikumussalam, lawa you hari ni, tu lama sangat bersiap ea," gurau Idham yang dari tadi tidak berkelip-kelip matanya melihat bakal tunangnya itu. Penampilan yang sangat simple dikenakan baju t-shirt lengan panjang bewarna biru turquoise, dikenakan dengan jeans bewarna hitam dan tudung ariani bewarna putih ditambah dengan biru turquoise menampakkan dia bertambah ayu.
 " takdalah, ni simple je , tadi I tak sempat nak cari baju, I tarik je mana yang ada, " jawab Alia ringkas
 " eh, takdalah you lawa pakai baju warna ni, sepadan dengan you, " puji Idham yang semakin tertarik dengan Alia.
 " eh, dah la jom kita pergi, you ni tengok depan tu , jangan nak tengok I pula , " semakin malu Alia apabila melihat Idham melihatnya seperti itu. Di dalam kereta Alia lebih selesa hanya mendiamkan diri dan sekali sekala Idham ada bertanyakan dia soalan dan hanya dijawab sepatah sahaja. Idham semakin pelik melihat perangai Alia yang semenjak dua menjak ini semakin dingin dengannya. 

 " sayang, I ingat nak pergi ambil cincin kita tu dulu," kata Idham sambil membetulkan rambutnya.
 " okay, I nak pergi ladies dulu, you pergi dulu ea, nanti I jumpa you dekat sana, "kata Alia yang sejak dari dalam kereta tadi menahan sakit perutnya. 
 " okay, " Idham pergi meninggalkan Alia yang sedang kesakitan menahan isi perutnya yang ditahannya sejak tadi. 
 " fuhhh, lega penat aku menahan dari dalam kereta tadi, " katanya keseorangan. 
"pang!!!!!, dush!"
 " maaf cik, maaf saya tak perasan cik keluar tadi saya nak cepat tadi, " kata jejaka yang telah melanggar Alia sehingga tersungkur dibuatnya.
 " kau ni buta ke, tak nampak aku jalan ke, dah terang-terang ini jalan keluar masuk tandas yang kau jalan tak tengok depan tu kenapa!, " marah Alia sambil menahan kesakitan akibat tersungkur. 
 " maafkan saya, saya tak perasan tadi, saya nak cepat, cik tak apa-apa kan, "katanya lagi dengan penuh rasa bersalah.
 " kalau dibuatnya berdarah kaki aku ni tadi kau nak buat apa, dah tempang aku hari ni nak jalan, " marah Alia lagi.
 " eh , kau ni kan dia dah minta maaf, dia tak sengaja lagi pun , mulut mengalahkan mak murai, nampak sopan , sekali buka mulut macam periuk api," kata seorang jejaka yang berada disebelah jejaka yang melanggarnya tadi. 
 " eh, kau ni siapa, abang dia, adik dia, dia yang langgar aku, suka hati aku lah nak marah dia ke tak, yang kau sibuk-sibuk kenapa, " semakin bertambah bengang dibuatnya.
 " maafkan sepupu saya cik, maaf ea, saya tak perasan, kalau cik ada tercedera saya boleh bawakan ke klinik, "kata Idham sambil tergaru-garu kepala.
 " aah, tak payah, lain kali jalan tu tengok depan, " Alia beredar begitu sahaja sambil menahan marahnya. 
" mulut perempuan tu boleh tahan juga, muka dah comel, cantik, tapi perangai teruk betul! garang macam singa malang betul siapa yang dapat dia tu, " kata Ikmal kepada Akhbar.
 " ala, biasalah perempuan , biarlah lagipun tadi memang salah aku, aku yang jalan tak pandang depan syok sangat bercakap dengan kau, " sempat lagi Akhbar bergurau. seperti ada satu tarikan istimewa tentang wanita tadi. bisik Akhbar didalam hati.



~ chap 4- pelangi itu indah

 Muka yang merah padam memendam rasa tidak puas hati dengan dua orang jejaka tadi terbawa-bawa sehingga Idham pun terkena tempiasnya sekali. 

 " I tengok lepas you balik dari toilet tadi muka you masam mencuka, bila I tanya you cakap takda apa-apa, " tanya Idham yang pelik melihat perubahan Alia. 
 " tak da apa-apa lah, you jom kita pergi makan I lapar lah," cepat-cepat Alia menukar topik, dia malas ingin memikirkan hal yang berlaku tadi.
 " You nak makan apa,"tanya Idham.
 " I tak kisah, asalkan kenyang, ikut you lah, " jawab Alia seperti acu tak acu.
 " macam tu kita pergi makan dekat Kenny Rogers la, lagipun you kan suka macaroni dekat situ, " ajak Idham lembut.
 " okay, jom lah lapar dah,"jawab Alia ringkas. Langkah dibuka dengan laju perutnya yang semakin berkeroncong membuatkan dia lagi cepat berjalan. Idham hanya tergelak sendirian melihat teletah Alia seakan kebudak-budakan. Comel, bisik hatinya. 

Alia makan dengan seleranya. Macaroni kesukaannya dijamah dengan khusyuk sehingga tidak memandang Idham yang berada dihadapannya. Idham hanya tersenyum melihat gelagat Alia ketika makan.

 " You, tengok I kejap,"pinta Idham.
 " yea, kenapa?"tanya Alia seperti kebingungan.
 " You ni makan macam budak umur empat tahun comot," kata Idham sambil mengambil tisu dan mengelapkannya di tepi mulut Alia yang kelihatan sedikit comot.
 " Idham, malu lah ramai orang tengok, I boleh lap sendiri, " kata Alia yang sudah nampak  kemerah-merahan pipi putihnya itu.
 "ala, you nak malu apa, you kan bakal tunang I , takpelah , I bukan buat apa pun, tolong lapkan je, gentleman tau I ni, " Idham cuba mengubah suasana yang suram sejak dari tadi.
 " ada-ada je you ni, " Alia sedikit tersenyum dengan gurauan Idham itu.
 " Alia, semalam you kata ada benda nak cakap, apa dia," suara Idham sedikit serius.
Alia menarik nafas perlahan-lahan mengumpul kekuatan untuk menyampaikan hasratnya. Mungkin keputusan yang dibuatnya akan dibantah sekeras-kerasnya oleh keluarganya terutama sekali bapanya. 

 " Id, I nak kita tangguh pertunangan kita, I tak bersedia lagi nak jadi tunangan orang apatah lagi isteri orang, " kata Alia dengan nada yang sedikit tersekat-sekat.  Riak muka Idham semakin serius , kerut-kerut didahinya kian menampakkan garisan seperti sangat stress dengan keputusan yang dibuat oleh kekasih hatinya itu.

 " Alia, kenapa tiba-tiba you nak tangguh, bukan sebelum ni semuanya okay kan, ke I ada buat salah dengan you, " desak Idham inginkan penjelasan.
 " I tak bersedia lagi Id, hal kawin-kawin ni bukan benda kecil I taknak buat keputusan terburu-buru , dekat office I tu ramai yang kawin lepas tu cerai -berai keputusan terburu-buru lah tu. lagipun masa I buat keputusan hari tu I tak fikir panjang, I nak kita postpone lagi enam bulan, maybe after tu I dah dapat jawapannya," jelas Alia.
 " You dah gila ke, enam bulan lama tu, esok, lusa x boleh ke you bagi jawapan, apa I nak cakap dgn family I, family you pun mesti bantah dengan keputusan you ni, Alia.... kita dah kenal lama, tak cukup lagi masa yang ada sebelum ni you nak kenal dengan i, " pinta Idham agar Alia mengubah keputusannya itu.
 " Id, I harap you hormat keputusan I, I tak nak buat keputusan yang akhirnya nanti I yang menyesal. 
   Id...bukan senang untuk I tiba-tiba menerima orang lain dalam hidup I lepas Taufiq tinggalkan I. I harap you faham," suara Alia sedikit sebak takkala nama Taufiq muncul dari mulutnya sendiri. 
 " emm.... up to you, I'll explain it later to our family, let me handle this," Idham seperti pasrah dengan keputusan yang dibuat oleh Alia, dia hanya mengikut rentak kekasihnya.

Keadaan kembali suram dan menjadi sedikit tegang. Hasrat Idham yang ingin membeli barang-barang hantaran terkubur begitu sahaja. Selesai makan mereka terus pulang. Di dalam kereta masing-masing diam melayan perasaaan yang hanya kedengaran lagu-lagu yang diputarkan dicorong radio.
Alia merasa bebannya semakin berkurang, tetapi dia tidak memikirkan apa yang perlu dihadapinya selepas berita ini sampai pada pengetahuan keluarganya, pasti gaduh besar antara dia dan papanya. 

Telefon bimbitnya berdering berkali-kali. Nama yang tertera di skrin " papa". Sudah diagak berita ini pasti akan sampai ditelinga papa dengan cepatnya. 
"Idham ni mesti dah bagi tau ni," bisik hatinya.
akhirnya diangkat juga , " Assalamualaikum, yea papa," jawab Alia lembut.
  " Waalaikumusalam, Alia betul ke apa yang Id bagi tau papa tadi, papa tak suka Alia buat keputusan sendiri, buat semua orang terkejut dengan keputusan Alia tu, " kata papanya yang sedikit keras dan serius.

  " Papa, ini keputusan Alia, lagipun Alia buat untuk kepentingan bersama, rasanya Id dah ceritakan semuanya dekat papa, so let it be, papa Alia penat nak tidur dah, kirim salam dekat mama, Assalamualaikum , " jawab Alia yang malas untuk memanjangkan cerita. Dia tahu jika diterangkan papanya semakin berang, lebih baik dia memutuskan panggilan itu secepat mungkin. Telefon bimbitnya di off supaya tiada sebarang gangguan. Perangai nekad Alia membuatkan orang sekeliling pening memikirkannya.


~ chap 5- pelangi itu indah

"Nak ke mana malam-malam ni Mal, asyik merayap je kau ni tak pernah nak melekat kat rumah," tegur Mak Siti    sejurus melihat Ikmal sudah mengambil kunci motornya.
 " biasalah mak, malam minggu macam ni nak lepak-lepak lah, buat apa lagi," bersahaja jawapan Ikmal yang sudah melangkah keluar. 
  " Mal, nanti dulu, mak nak cakap sikit dengan kau ni, duduk dulu," pinta Mak Siti. Kali ini Ikmal tidak membantah. Dia masuk semula ke dalam rumah dan duduk di tepi maknya yang sedang melipat baju.
  " apanya mak, macam penting sangat benda yang nak dicakapkannya," Ikmal tergaru-garu kepala.
  " Mal, mak ni bukan apa, malu lah dengan Akhbar tu, memang la dia dah macam anak mak sendiri, tapi dia tu hanya anak sedara mak je, bukan anak mak pun, tapi kau tengok semua benda dia tanggung dari makan sampai lah benda dalam rumah ni pun dia yang beli. Banyak sangat kita dah terhutang budi dengan dia . Adik kau yang dekat asrama tu pun dia yang tanggung. patutnya mak yang tanggung dia , anak yatim piatu ini terbalik pula.Kau ni mak tengok takda ke tergerak hati nak usahakan kebun arwah abah kau tu, kalau diusahakan banyak hasil tu Mal," suara Mak Siti seperti tersekat-sekat menahan kesedihan.
  Ikmal seperti buntu dengan permintaan maknya itu. 
 " emm..nantilah Mal fikir-fikirkan, bukan Mal tak nak kerja mak, tapi tiap kali Mal kerja je mesti tak serasi lah mak, ada je yang tak betul apa orang kata tak sejiwa,"sempat lagi Ikmal bergurau dengan maknya. perangainya yang tak pernah serius kadang-kadang membuatkan maknya semakin naik angin . 
 " Mal, kau ni mak cakap kau main-main pula, tak habis-habis nak berlawak , kau tak malu ke dengan sepupu kau sendiri, ni waktu macam ni dia dekat surau , kau sibuk nak melepak," Mak Siti bertambah marah apabila tegurannya dibuat main-main.
  " emm... Mal pergi dulu lah mak, kawan-kawan dah tunggu," selamba Ikmal keluar ditarik tangan ibunya sempat disalamnya. Degil-degil dia pun masih lagi menghormati maknya. 

 Rumah banglo dua setengah tingkat yang tesergam indah dilihat semakin indah pada waktu malam apabila lampu-lampu sisi menerangi kediaman itu. Keindahan kediaman ini tidak dapat disangkal lagi terutama sekali landskapnya yang sangat menarik, tersusun rapi seolah-olah berada ditaman bunga. Disekitar kawasan itu kelihatan rumput yang ditanam dan dijaga dengan rapinya. Kedengaran bunyi air terjun dari kolam ikan yang terletak dibahagian tepi kediaman menambahkan lagi seri kediaman ini. Sebaik sahaja melangkah ke dalam rumah ini, aksesori yang dipamerkan hampir kesemuanya mengikut citarasa barat. Tona warna yang ditampilkan menampakkan lagi keunggulan dan kemegahan rumah ini. Siapa yang tidak kenal dengan Dato' Syakir yang sentiasa menjaga ketrampilan dan kemegahan hartanya. 

  " I geram betul dengan anak kesayangan you tu, penat-penat kita buat semua ni untuk kebaikan dia, dia boleh pula sesuka hati buat keputusan sendiri nak tangguh hari pertunangan tu," Dato' Syakir seperti tidak puas hati dengan keputusan anaknya itu.
  " You ni pun, cuba bawa bersabar, nanti kalau Alia tu balik sini you tanya lah dia, ini budak tu takda , macam mana nak dengar penjelasan dia," Datin Aida yang lebih tenang orangnya cuba menenangkan suaminya yang seperti orang yang hilang akal. 
 " Macam lah I tak kenal anak sendiri, I takut lepas dia tangguh dia nak batalkan pula, jangan dibuat gila budak ni, I dah janji dengan Tan Sri Azman kalau tak jadi habislah semua rancangan I," nada suara Dato' Syakir semakin meninggi.
 " you macam nak jual anak je gayanya, biarlah Alia buat keputusan dia sendiri, dia dah besar , dah tahu tentukan hidup dia sendiri. Kata Datin Aida yang sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh Alia.
 " baguslah, manjakan sangat budak tu sampai naik lemak, I tak kira nanti dia balik I nak dia batalkan niat dia tu, kalau tak tahu lah I nak buat apa," gertak Dato' Syakir. Dato' Syakir seorang yang panas baran dan sentiasa menganggap segala keputusan yang dilakukannya betul. Datin Alia hanya terdiam membisu, tidak berani melawan apa yang diperkatakan suaminya. 

Keretanya dipecut dengan laju, jam sudah menunjukkan jam 9.00 am.
 "PANG!!!!...bunyi dentuman kuat.
 Idham seperti tersentak , dia keluar dari keretanya . habis kemek permukaan depan keretanya.
"Maafkan saya encik, salah saya tak perasan kereta ," kata Idham yang seperti ketakutan setelah melanggar kereta orang lain atas kesalahannya sendiri.
 " sekarang macam mana ya? kereta saya tak boleh start ni, saya ada benda nak hantar dekat orang ni, " kata jejaka itu sambil melihat kenderaanya yang sudah remuk teruk.
 " Akbar!!! weh, aku lah Idham, roomate kau dulu, ingat tak?" tiba-tiba Idham memanggil nama jejaka tadi dengan riangnya.
 " Id! kau rupanya, weh! tak sangka kita jumpa balik dengan keadaan kau langgar kereta aku ni haaa," balas Akhbar seperti sudah lupa akan keadaan keretanya yang sudah remuk teruk. 
 " Bar, sorry sangat weh aku memang tak perasan kereta kau tadi, aku dah lambat sebenarnya tadi, tu aku pecut tak ingat dunia," jelas Idham yang sedang melihat keadaan kereta Akhbar.
 " Bar, tadi kau cakap kau ada benda nak hantar, kereta kau ni kau tolak tepi dulu, aku hantar kau, kejap lagi aku call office kata aku lambat sikit," ajak Idham yang sudah melihat riak wajah Akhbar seperti sedang risau akan sesuatu.
 " tak menyusahkan ke, aku nak hantar bunga-bunga ni dekat kedai bunga dekat Bangsar, ada orang tempah," kata Akhbar memberi penjelasan.
 " kau keja hantar bunga ke Bar?, jom lah aku hantarkan lagipun office aku area-area situ juga," Sambil menolong Akhbar mengalihkan bunga-bunga itu ke keretanya.
 " Aku buka kebun bunga sekarang," jawab Akhbar ringkas.
 " Wah, pengusaha bunga berjaya lah kau ni," riak muka Idham seperti terkejut dengan jawapan yang diberi Akhbar. Akhbar hanya tersenyum. 

Di dalam kereta mereka rancak bercerita apa tidaknya hampir tiga tahun meninggalkan alam universiti, hubungan mereka terputus begitu sahaja. Walaupun berlainan bidang, tetapi mereka sangat akrab ketika di universiti. Pasti akan ada sahaja aktiviti yang akan dilakukan bersama. Dalam diam, pertemuan yang tidak disangka ini akan mengubah segala-galanya. 


~ chap 6- pelangi itu indah

  Selesai menghantar pesanan bunga-bunga segar itu Akhbar sempat bertukar-tukar nombor dengan Idham, keretanya yang tersadai dibahu jalan akan diuruskan oleh Idham. Sementara menunggu Ikmal untuk mengambilnya pula, Akhbar sempat singgah di kedai makan berhampiran dengan Bangsar. Waktu itu hampir kesemua kedai makan di situ dipenuhi dengan pelanggan. Kawasan itu sememangnya padat dan akan menjadi lebih sesak bila sampai pada waktu kemuncak, lunch hour. Dia tertarik dengan sebuah kedai ini. Lauk-pauk yang disediakan membuka seleranya. Perutnya yang tidak diisi dengan apa-apa sejak pagi tadi membuatkan dia semakin berselera memilih lauk.
 Sekali lagi.Sedang asyik memilih lauk, sikunya tersinggul tangan seorang wantia ini sehingga terjatuh pinggan yang dipegang gadis itu. 

 " Buta ke !, ' jerkah wanita itu.
 " Maafkan saya, saya tak perasan cik ada sebelah saya," Akhbar seperti menahan malu apabila dijerkah sebegitu rupa dikhalayak ramai.
 " eh, kejap, kau ni yang langgar aku sampai aku terjatuh hari tu kan," Alia seperti sedang mengingati sesuatu. 
  " haaaa.. yea, betul lah, kau yang langgar aku hari tu, hari ni pun kau siku aku sampai tumpah nasi aku haaa, kali ni kau nak cakap kau nak cepat ambil makanan takut lauk habis ke, " sindir Alia bertubi-tubi.
  ' maafkan saya, saya betul-betul tak perasan, takpelah makan tengah hari ni saya belanja, hari tu pun saya tak sempat nak balas apa-apa dengan kesalahan saya tu, " Akhbar mengalah, memang salahnya tidak melihat sekeliling terlampau khusyuk memilih makanan.
 " haa, bagus, boleh la kau belanja aku makan, belanja kawan aku ni sekali," kata Alia yang sudah mengambil pinggan baru dan disenduk nasi dan lauk-lauk.
  " Eh, Alia, kau ni biar betul, entah siapa-siapa tu, kau selamba je suruh dia belanja kau , dengan aku sekali pulak tu," tegur Wahida yang semakin was-was.
 " ala, kau buat biasa je, dia ni lah yang hari tu langgar aku masa keluar dengan Id, hari ni pun langgar aku gak, asal jumpa je kena berlanggar lah," Alia membebel-bebel sambil mengambil lauk.
 " cik, takpe biar saya belanja, cik ambil je, saya bayar," kata Akhbar kepada Wahida.
 " haa, rezeki jangan ditolak, murah rezeki kita hari ni ada orang belanja Ida," Kata Alia yang sedang bergerak mencari meja. 
 " Boleh saya duduk dengan cik, lagipun semua tempat dah penuh," pinta Akhbar yang sedang mencari-cari tempat duduk tetapi telah penuh kesemuanya. 
 " siapa pula yang bagi kau duduk sini, aku suruh kau belanja aku makan je, bukan duduk sekali," Alia seperti kurang selesa.
 " ala, Alia biarlah, lagipun dia belanja kita, dah tak da tempat kosong dah , 
 duduk je encik," kata Wahida yang sedang mengambil tempat.
  Akhbar mengambil tempat. Dia duduk berhadapan dengan Alia.Alia hanya menundukkan muka dan menjamah makanannya dengan selera tanpa melihat sekeliling. Akhbar pula sempat mencuri-curi pandang wajah Alia. Dia merasa seperti ada satu tarikan istimewa tentang wanita ini. Alia seperti tidak selesa dengan keadaan itu.
 " haa, yang kau dari tadi tengok-tengok aku ni kenapa, comot sangat ke aku makan," Alia menyindir.
 "Alia, kau ni garang sangat lah, dah lah dia belanja kita, kau marah-marah dia pula," Wahida kesian melihat Akhbar yang dari tadi asyik dimarah oleh Alia.
 " lama kita duduk dekat sini, nama awak pun kami tak tahu," tanya Wahida seperti tertarik ingin mengetahui perihal Akhbar.
 " oh, ye tak ye juga , saya Akhbar Rizal, biasa orang panggil saya Akhbar je, takpun Bar, cik berdua pula" jawab Akhbar sambil tersenyum. 
 " saya Nurul Wahida,panggil Ida," jawab Wahida ringkas.
 " yang sebelah ni nama apa ya," tanya Akhbar.
 " sibuk nak tahu buat apa, aku takda pun nak tahu nama kau," malas Alia hendak melayannya.
 " yang garang ni namanya Alia Syakira, dia ni memang angin satu badan tiap-tiap hari," seloroh Wahida.
 Akhbar yang hanya mengangguk dan tersenyum. Wahida yang nampak lebih berminat ingin mengetahui peribadi Akhbar. Hanya mereka berdua sahaja berborak dari tadi, Alia hanya menjadi pendengar dan tidak berminat untuk mengetahuinya.
 Selesai makan, Akhbar melunaskan janjinya, dan mereka berpecah mengikut haluan masing-masing. Akhbar yang dari tadi asyik tersenyum ditegur oleh Ikmal.

 " Kau ni dari tadi aku tengok macam kera sumbang, senyum sorang-sorang, masa aku ambil kau tadi pun aku tengok dah asyik tersengih-sengih, agaknya atas motor tadi pun kau senyum je, kau kenapa pula ni. Lama dah aku tak tengok kau macam ni," Ikmal pelik melihat perubahan Akhbar yang asyik tersenyum.
 " takda apa-apa lah, saje je hari ni nak senyum, senyum tu kan satu pahala," jawab Akhbar yang malas mahu menceritakan apa yang telah berlaku tadi. Ikmal malas mahu melayan Akhbar hanya melihatnya dan masuk terus ke bilik. 

Alia seperti kaku untuk melangkah masuk ke dalam rumah itu. Selepas menghantar Wahida pulang, dia tergerak hati untuk bertemu dengan mamanya. Dikuatkan juga dirinya untuk masuk.Dia yang memiliki kunci pendua rumah itu, masuk ke dalam. Dilihat sekeliling tiada siapa. Salam yang diberikan berulang kali tiada pula yang menyahut.
 "Mungkin semua keluar agaknya, " bisik hatinya. Kakinya melangkah menjejak anak tangga. Rindu untuk melihat biliknya. Sebaik sahaja ingin menaiki anak tangga, kedengaran bunyi pintu kereta di tutup. Diintai disebalik jendela, kelihatan mamanya dan Mak Kiah yang seperti baru pulang dari pasar.Dibuka pintu.
 " Mama." Jerit Alia di depan pintu,
 " eh, anak mama,, bila sampai," Datin Aida mengucup pipi anak kesayangannya itu. 
 " Baru, je,banyak mama beli barang, macam tahu-tahu je Alia nak balik," manja Alia takkala berbicara dengan mamanya. 
 " tu lah, tadi mama macam bosan ajak Mak Kiah ke pasar malam dekat Kelana Jaya, mama ada beli ayam boleh la masak lauk kesukaan Alia malam ni, masak kari ayam," Riang wajah Datin Aida yang sudah lama menanti anaknya pulang. Alia jarang pulang ke rumah, dia lebih selesa hidup sendirian dirumahnya sendiri.

Alia semakin runsing menunggu papanya pulang ke rumah. Dia tahu pasti lepas ini bertubi-tubi pertanyaan akan dihadapinya. Tidak keruan duduk, kejap berdiri, kejap baring, kejap menyelak-nyelak majalah. 
 " arghhh.. tensionnya aku, macam mana ni, apa nak jawab dengan papa ni," Alia semakin tidak keruan memikirkan jawapan yang perlu diberikan. 

 kedengaran bunyi hon kereta BMW 5 series sedang masuk ke kawasan rumah itu....


~ chap 7- pelangi itu indah

 Alia yang sudah lima minit menunggu dimeja makan bersama mamanya tampak sangat resah. Kelibat Dato' Syakir sudah kelihatan. Bunyi tapak kaki yang sedang turun dari tangga membuat Alia semakin sesak nafas untuk berhadapan dengan papanya. Dato' Syakir tampak tenang duduk dimeja makan. Nasi disenduk oleh isterinya sendiri. Alia cuba menyibukkan diri mengambil lauk- pauk. Dato' Syakir hanya melihat gelagat anaknya itu. 

 " So, kerja macam mana," tanya Dato' Syakir ringkas memulakan bicara.
 " everything is fine, Alia suka dekat situ, selesa," jawab Alia dengan nada sedikit getar.
 " emm.. It good to hear that.. kalau Alia rasa macam tak selesa, you can change your mind, bilik dekat office tu memang papa sediakan untuk Alia," Dato' Syakir masih lagi tidak berputus asa mengajak anak tunggalnya itu bekerja dengannya.
 " It ok papa, Alia suka dengan apa yang Alia buat sekarang," Alia masih dengan pendiriannya. 
 Dato' Syakir diam dan hanya menjamah makanan dipinggannya. 
 " Alia, sedap tak lauk malam ni, mama suruh Mak Kiah masak special untuk anak mama ni, " Datin Aida cuba mengubah suasana. 
 " mestilah sedap, lagi-lagi ada kari ayam ni, lagi lah Alia suka, " jawab Alia yang sedang asyik menjamah makanan tambahan pula ada lauk kesukaannya. 
 Dato' Syakir sudah mula untuk berbicara hal yang sebenar.
 " Papa dengar ada orang tu saje melengah-lengahkan masa lagi, any explanation?" serius bunyinya. 
  " emm..Alia rasa papa dah tahu sendiri dari mulut Id kan, tak da benda yang nak dibincangkan lagi. Alia dah buat keputusan, Alia tak bersedia lagi," jawab Alia yang sudah nampak sedikit kekerasan pada intonasi suaranya. " Alia rasa Id pun faham kenapa, Id okay je," tambahnya lagi.
 " Alia keputusan yang Alia buat tu salah, Papa nak Alia tarik balik keputusan tu, and i'm not happy with your decision!," keadaan di meja makan semakin tegang.  Nasi yang hanya tinggal separuh di dalam pinggan dibiarkannya. Alia tersentak dengan jawapan papanya. Keenakkan masakan tadi hilang begitu sahaja. 
 " Papa tak kira, dua bulan lagi papa nak pertunangan tu on, that it!," muktamad jawapan yang diberikan Dato' Syakir. Datin Aida hanya diam membisu. Dia tidak mahu masuk campur urusan dua beranak ini.
 " Alia tetap dengan apa yang Alia dah decide, no change!," lantas dia bangun dari tempat duduknya.
 " mama, Alia dah kenyang, Alia naik dulu ea, Assalamualaikum, " dia berlalu pergi menaiki tangga .
 " tengok, anak kita dah merajuk, kalau yea pun nak tanya, jangan lah masa ni, dari elok dia berselera nak makan, terus kenyang dibuatnya, "kata Datin Aida yang tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh Dato' Syakir.
 " bila lagi I nak tanya, lepas makan?, macam I tak kenal perangai dia tu, kalau bab nak mengelak memang hebat, " jawab Dato' Syakir seperti tidak bersalah.
 " you ni, cuba sekali tu dengan anak kurangkan ego you tu, kesian I tengok dia, " lawan Datin Aida tapi dengan nada yang sopan. 
 " dah lah, selera I pun dah hilang ni, " jawab Dato' Syakir. Dia bangun nak beredar dari ruang makan. Datin Aida terkedu dengan tindakan suaminya itu.

 Akhbar duduk diruang hadapan rumah sambil menonton televisyen .Mak Siti yang baru selesai menunaikan solat isyak menuju ke ruang hadapan.

 " haa, Bar, Mak Siti tak nampak pula kereta kau dari petang tadi," tanya Mak Siti . Sejak petang tadi dia merasa pelik ,selalunya kereta proton saga merah Akhbar akan diletakkan dihadapan rumah, tapi hari ini tidak kelihatan.
 " oh, tadi pagi Bar accident, kereta tu tak boleh start, dah hantar dekat bengkel, esok lusa siaplah," Akhbar memberi penjelasan. 
 " laa..yeake? kau tak da apa-apa ke,kenapa tak bagi tau dekat Mak Siti tadi," riak wajah Mak Siti terkejut apabila mendengar anak saudaranya itu kemalangan.
 " Bar takda apa-apa, kereta je rosak teruk, lagipun tadi yang langgar Bar tu kawan masa dekat U dulu, boleh pula jumpa dengan keadaan macam tu," jelas Akbar.
 " tadi dia ada call, esok lusa siap lah, nanti orang tu hantarkan kereta, katanya bengkel tu kawan dia punya, takdalah risau sangat," tambah dia lagi.
 " habis tu esok macam mana kau nak ke ladang, tak kan nak jalan kaki, jauh tu, " tanya Mak Siti lagi.
 " tadi saya dah cakap dekat Mal minta dia hantarkan, dia okay je, " jawab Akhbar.
 " haaaa.bagus juga tu, takdalah dia merayau tak tentu pasal, kau ajak sekali dia tolong-tolong kau dekat ladang tu, buat apa yang patut," Kata Mak Siti. Akhbar hanya mengangguk dan tersenyum. Dia sudah menganggak dengan jawapan mak saudaranya itu.
 " Mak Siti masuk tidur dulu lah ea, " Mak Siti bangun dan berlalu masuk ke dalam biliknya. 

Akbar kembali mengelamun. Dia teringat akan kejadian pada tengah hari tadi. Wajah Alia Syakira sudah berlegar-legar dikotak fikirannya. Tiba-tiba wajah yang dirindui hadir pada masa yang sama. Dia terdiam dan hanya melayan perasaan. Rindu pada wajah yang lama sudah tidak ditatap , rindu dengan suara keanak-anakkan yang manja itu, rindu dengan senyuman yang sentiasa memberinya semangat untuk terus menjalani kehidupan selama ini. Dibiarkan sahaja perasaan itu. Malam itu dia dibuai dengan kenangan yang pernah hadir dalam kehidupannya. Pelangi yang dahulunya sentiasa muncul dalam hidupnya telah hilang. Tetapi adakah pelangi itu akan muncul kembali. Masa yang akan menentukan segalanya. 

 Basikal yang dinaikinya diletakkan ditempat yang disediakan. Selesai kuliah petang Akhbar terus pulang ke biliknya. Sampai di bilik, melihat teman sebiliknya tiada di dalam bilik. Dia meletakkan beg digalas tadi dan merebahkan badannya. Kelihatan letih sungguh. Di semester akhir ini, makin banyak pula kerja yang perlu diselesaikan. Baru sahaja ingin melelapkan mata, dia tersentak apabila namanya dipanggil.

" Akhbar! haaa..bgus kau ada dekat bilik, weh jom join fakulti aku buat kem, aku tengah terdesak cari orang ni, ramai pula last minute yang tarik diri, alang-alang kau ada, jom la," ajak Idham .
 " bila tarikhnya," tanya Akhbar.
 " minggu depan tiga hari je, lagipun kita pergi lepas kuliah hari jumaat, jom lah," ajaknya lagi.
 " okay, boleh lah, lagipun aku takda buat apa-apa hari tu," jawab Akhbar tanda setuju. 
 " yeah!! that my friend, thanks bro," gembira Idham apabila Akhbar setuju untuk mengikuti programnya. 

 Idham keluar semula dari bilik. Akhbar yang kelihatan semakin letih kembali tidur. 
 Tidak lama kemudian telefonnya berdering, tertera nama Tasya.

  " Hello dear, you buat apa," Suara Tasya yang dibuat-buat manja.
  " Assalamualaikum, Tasya, saya baru bangun tidur, ada apa yea," jawab Akhbar sopan.
  " saje je, I bosan lah you, tiba-tiba rasa rindu pula dekat you, tu yang I call," jawab Tasya semakin bertambah lembut suaranya.
  " Oh, Tasya maaf ea, saya dah terlajak tidur, tak solat asar lagi, maaf ea, " Akhbar baru melihat jam tangannya yang sudah hampir jam 7.00 pm.
  " I baru je nak borak dengan you, you ni selalu mengelak dengan I, " rajuk Tasya.
  " maaf ea tasya, I tak solat lagi ni, nanti kita borak lagi ea, assalamualaikum," akhbar yang sudah kelam kabut meletakkan telefonnya.
 " Eiii!! how dare you letak call I, nanti you Akhbar I kenakan you balik, you nak mengelak dengan I kan, no way!" Gaya Tasya seperti tidak puas hati.
you tetap akan jadi milik I, macam mana sekali pun you tetap milik I. 



~ chap 8- pelangi itu indah


Beg yang digalas diletakkan ditepi. Mata Akhbar meliar mencari Idham. Lain yang dicari lain yang dijumpainya.

 " hey you, you buat apa dekat sini," Tasya mula menghampirinya. 
 " Assalamualaikum, saya ikut program yang fakulti awak buat, Id yang ajak katanya ada kosong," jelas Akhbar sambil matanya masih mencari sahabatnya itu. 
 " wah, ada jodoh lah kita ni yea, Id  takda pun bagi tau I yang dia ajak you," kata Tasya lagi.
 " dia lupa agaknya," ringkas jawab Akhbar. Akhirnya kelibat Idham muncul juga. Sibuk dia menguruskan kehadiran peserta.

 " eh, Bar sorry lah tadi aku sibuk lupa nak jumpa kau, aku dah settlekan nama kau, jom lah naik bas," Ajak Idham yang sudah mengalas begnya.

 " Id, I nak naik bus sekali dengan Akbar ea, " Tasya mula mengangkat begnya.
 "eh, nama you I letak dekat bas belakang, you naik bas tu je," jawab Idham yang sudah masak dengan perangai rakan sekelasnya itu. Memang sengaja dia meletakkan nama Tasya di bas yang berlainan walaupun hampir separuh bas yang akan dia dan Idham naiki adalah budak kelasnya.
 " No!, I nak juga naik bas sama dengan Akhbar," muktamad jawabnya yang sambil berjalan kearah Akhbar yang sudah jalan ke depan.

 " aku menyampah betul lah dengan perempuan ni, gedik semacam, macam ulat bulu je, " Idham yang sudah mula membebel seorang diri. 

Dia ikutkan sahaja kehendak Tasya , jika dibantah lagi parah keadaan itu. Tasya yang sudah terkenal dengan perangai keras kepalanya. panas baran dan mengada-ngada. Walaupun mempunyai penampilan yang sangat menarik, di fakultinya dia antara pelajar yang sangat terkenal dengan kecantikannya itu, tetapi perangainya tidak secantik orangnya.

 " I nak duduk dengan Akbar," Tasya yang sudah mengambil tempat duduk di sebelah Akhbar.
 " Tasya, you dah la tukar bas sesuka hati you, now nak duduk sebelah dia pula, no! your seat is at the back," selamba Idham menegur Tasya.
 " tak nak, I nak duduk sini juga," Tasya berkeras. Akhbar yang hanya diam, membiarkan sahaja.
 " You nak I seret you keluar bas naik bas belakang ke, you nak duduk belakang!," Idham yang semakin panas hati .
 " ok fine!," Tasya menjerkah Idham dan melangkah ke tempat duduk belakang. 
 " amacam, hebat tak aku, aku dah selamatkan kau dari singa betina tu," kata Idham kepada Akhbar sambil tergelak.
 " terima kasih lah bro, tadi aku macam tak tau nak cakap apa, tu aku biar kau handle je," jawab Akhbar yang tergelak sana.
 ' Biar dia rasa, ada hati nak naik bas sama, duduk belakang dengan mamat psiko budak kelas aku tu. Bagus dua-dua psiko," puas hati Idham apabila dapat mengenakan Tasya.

" nanti you Akhbar, I akan dapatkan you juga, tak dapat duduk sama dalam bas ni takpe, nanti dekat sana tahu lah kau," bisik hati Tasya. Dia seperti sudah merancang sesuatu. Hatinya yang semakin panas membuatkan dia nekad untuk memiliki Akhbar dengan apa cara sekalipun. 

Perjalanan ke Klebang Resort  mengambil masa lebih kurang dua jam lebih.. Di dalam bas mereka dihiburkan dengan lawak jenaka rakan-rakan mereka sambil menyanyi bersama-sama. Akhbar turut serta. Terkejut benar Idham apabila baru mengetahui kawannya ini mempunyai suara yang lunak. Lagu  "Mengulit Kenangan" yang dinyanyikan mencairkan hati hampir kesemua gadis yang ada di dalam bas itu. Tasya yang hanya berdiam diri duduk di belakang semakin membara apabila melihat ada seorang teman sekelasnya yang cuba mendekati Akhbar. semakin berapi matanya. Mereka bergembira bersama tetapi sebaliknya bagi Tasya.Akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju. Masing-masing sibuk mencari beg di bawah bas, Tasya mula dengan langkah pertamanya.

 " Bar, I pening la naik bas lama sangat, boleh you tolong I angkatkan beg ni," Tasya memicit-micit kepalanya.  Gelagatnya itu diperhatikan oleh Idham yang sedang sibuk memanggil peserta berkumpul di kawasan lapang depan resort. 
 " awak pening ke, tak pelah bagi beg awak, saya tolong bawakan," Akhbar yang sangat bermurah hati mengikutkan kehendak Tasya.
 " Bar, tak payah kau letak je beg dia tu, biar dia bawa sendiri, dia ni mengada-ngada sebelum ni naik flight 10 jam tak pening pun boleh je berjalan," Idham datang kearah kawannya itu,
 " You ni, I pening la, kalau jadi apa-apa masa I angkat beg ni macam mana, I mana biasa naik bas ni, " Tasya   memicit-micit kepalanya lagi.
 " Takpelah Id, aku boleh tolong lagipun beg dia satu je bukan banyak," Akhbar yang terlampau berlembut dengan Tasya.
 "Kau hati-hati sikit dengan singa betina ni, aku tau dia ni ada niat lain, beware sikit, ingat," bisik Idham kepada sahabatnya. Dia sudah masak dengan perangai nekad Tasya ini.

Bilik-bilik sudah diagihkan. Masing-masing sudah mengambil kunci bilik dan beredar dari kawasan ruang legar Klebang resort. 
 " Ni beg awak, pegi lah rehat dulu," kata Akhbar kepada Tasya sambil menghulurkan begnya.
 " You tolonglah hantarkan ke bilik I, I pening lagi ni, mana larat," jawab Tasya lembut.
 " eh, mana boleh, tak elok lah saya nak kena hantar sampai ke bilik, nanti apa orang cakap pula," jawab Akhbar yang sudah tidak selesa.
 " ala, apa you nak takut bukannya I nak buat apa-apa, lagipun bilik tu kan kongsi empat orang, ada budak perempuan yang lain, I nak minta you tolong hantarkan je," pinta Tasya lagi.
 " Haa..siapa budak bilik kau Tasya, apa lagi suruh lah dieorang angkatkan, kata satu bilik, sini aku checkkan," Idham mencelah. Tasya mula menarik muncungnya.
 " haa..Sofia, Sarah dengan Watie kan , jap aku panggil dieorang minta tolong angkat beg kau ni," bersahaja jawapan Idham sambil mencari-cari kelibat rakan sebilik Tasya.
 " Hey, you ni kenapa Id, dengki sangat dengan I, biarlah Bar nak tolong hantarkan," Tasya sudah rasa tidak puas hati.
 " haa..Watie, Watie.. sini jap, aku nak minta tolong," terjerit-jerit Idham memanggil watie. Watie yang terkejut berlari-lari anak kearah mereka bertiga.
 " apa dia," tanya Watie.
 " ni haa, kawan bilik kau ni pening tak boleh angkat beg, dia minta kau tolong angkatkan, nanti pengsan pula angkat beg berat ni, " pedas sindiran Idham.
 " oh, sini begnya aku tolong,"Watie mengambil beg Tasya dari tangan Akhbar.
  " So Tasya, boleh la kau balik bilik kau, Akbar jom pergi," selamba Idham menarik kawannya beredar dari situ. 
 " How dare you Id!, tak payah susah-susah angkatkan aku boleh angkat sendiri lah!," beg ditangan Watie direntap oleh Tasya begitu sahaja. 
 " Eh, kau kan pening tadi, sini lah aku tolong bawakan," Watie seperti terkejut dengan tindakan Tasya.
 ' Tak payah, dah tak pening dah, aku boleh bawa sendiri," selamba Tasya meninggalkan Watie yang kebingungan. Membara hatinya . semakin kuat api amarahnya. Tasya mula membebel-bebel sendirian.
Idham yang dari jauh sudah tergelak melihat gelagat Tasya. 

" Kau ni Bar, jangan baik sangat dengan minah tu, dia tu semacam aku tengok, dah jom kita rehat, malam nanti kita pegi pekena seafood lagipun malam ni aktiviti bebas,aku tau makanan seafood yang sedap dekat sini," ajak Idham.
 " ohh, boleh juga aku teringin nak makan ikan bakar dekat sini," tambah Akhbar lagi. 

Mereka berdua beredar dari ruang legar resort itu. Pada hari itu aktiviti tidak begitu padat, kebanyakkan mereka hanya melakukan aktiviti bebas. Keesokkannya baru akan dipenuhi dengan aktiviti yang padat. Disebalik itu,  sudah ada rancangan yang tidak diketahui oleh sesiapa hanya Tasya yang mengetahui segalanya. Nekad untuk memiliki insan bernama Akhbar. 



~ chap 9- pelangi itu indah

  Suasana pagi di resort itu sungguh menyamankan. Selepas Subuh Akhbar telah keluar dari biliknya dan bersiar-siar di sekitar kawasan resort. Resort yang terletak berhampiran dengan pantai membuatkan hembusan angin pada pagi itu semakin nyaman. Deruman ombak semakin kuat kedengaran.Lama dia berdiri keseorangan di situ. Bahunya disentuh.

 " Jauh termenung, ingat orang dekat kampung ke," tegur Idham yang sudah  lama memerhatikan Akhbar yang lebih banyak termenung semenjak kebelakangan ini.
 " eh, takdalah aku suka tengok pantai, tenang je, pagi-pagi ni kan sejuk je," Akhbar seperti menyembunyikan sesuatu. 

 " eleh, kau ni macam aku tak kenal kau, dah tiga tahun aku sebilik dengan kau, masak sangat dengan perangai kau tu, kalau termenung ada je lah tu yang diingat. Yang dah pergi tetap pergi, kau yang hidup ni kena kuat , life must go on.. yang kau nak risau buat apa, dah ada depan mata, singa betina tu ada tak nak ke, aku tengok dia syok habis dekat kau, pelik juga aku, dalam banyak-banyak lelaki, kau juga yang dia nak.Dekat fac aku tu belambak orang nak dia, tapi sikit pun dia tak layan, aku tengok kau ni biasa-biasa je, rupa tu adalah sikit-sikit, tapi tak boleh lawan aku," gurau Idham.
" aku dengan Tasya tu kawan je pun, aku biasa-biasa je dengan dia, lagi pun aku takda nak fikir hal ni lagi, belum masa lagi aku nak cari peganti," ringkas jawapan Akhbar. 
 " em.. eh, jom lah, sepatutnya pukul 7.15 am kita dah kena berkumpul dekat depan resort, hari ni aktiviti kita pack juga, baru adventure , kata kem bina diri," ajak Idham yang sudah melangkah menuju ke ruang depan resort.
 " jom lah, aku tengok dah ramai dekat situ," Akhbar melangkah sama.

  Program yang dilaksanakan oleh fakulti Idham lebih berunsurkan berkhidmat kepada masyarakat. Membantu penduduk kampung membersihkan kawasan sekitar, membersihkan sekitar kawasan pantai kelebang.Semua peserta mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah disusun rapi, tapi sebaliknya bagi Tasya. Niatnya bukan mahu menolong, tapi bersiar-siar. Idham yang sudah memerhatikan gelagat Tasya dari pagi tadi mula menghampirinya.

 " Tasya, dari tadi aku tengok kau ni duduk je, datang sini bukan nak duduk-duduk, pergilah tolong yang lain buat kerja," arah Idham.
 " I datang sini nak rehat-rehat, jalan-jalan, bukan nak tolong kemas kampung orang, bagi makan dekat orang tua ni, kalau pergi pantai bukan untuk kutip sampah, I nak release tension tengok pantai." selamba Tasya menjawab.
 " Then, why you join this program?, better kau pergi cari package pelancongan, kau dah salah package lah ni," sindir Idham lagi.
 " Lepas ni kita ada pergi pantai kan, so boleh la I nak bersuka ria dengan Akhbar," muka seperti tidak bersalah.
 " Niat kau datang sini dah salah, lepas tu ada hati nak mengorat Akhbar tu, lupakan jelah niat kau tu Tasya, dia sikit pun tak pandang kau, buang masa kau je, dekat fakulti tu ramai lagi yang nak kau, Akhbar tu orang baik-baik," Idham tidak suka dengan perangai Tasya yang asyik mengganggu Akhbar.
 " you nak sibuk-sibuk kenapa, bukan masalah you, cakap jelah you jealous sebab I tak pilih you, tapi kawan you, kalau I nak sesuatu tu, I pasti akan dapat dengan apa cara sekali pun, " nekad jawapan Tasya.
 " Tasya aku rasa kau ni kena beli cermin besar letak depan muka kau tu, kau ingat semua lelaki tergila-gilakan kau, aku sikit pun tak kisah lah berapa ramai nak suka dekat kau, setakat muka je boleh harap, tapi perangai tak mencerminkan benda yang sama dengan kecantikan kau tu," muka Idham selamba membidas kata-kata Tasya.
 " Hey you!, jaga mulut sikit, setakat you je yang tak suka I, berlambak lagi lah orang suka I,"Tasya seperti sudah panas hati dengan kata-kata Idham.
 " kalau bertekak dengan kau ni sampai esok belum tentu habis, sekarang ni aku nak kau tolong watie angkat sampah tu, jangan nak jadi mak datin datang sini, aku arahkan kau pergi sekarang," suara Idham semakin meninggi.
 " tak nak! I nak duduk sini, sana panas, nanti habis kulit I rosak," Tasya masih berdegil.
 " aku cakap sekarang ! kau rasa kalau dimalukan depan orang ramai sekarang, degil lah lagi, " Idham semakin berani mengenakan Tasya.
 " Okay!, I go!," akhirnya Tasya mengalah, dia tahu dengan ugutan Idham itu, Idham sudah berani mengenakan dia depan khalayak ramai. Dengan muka masam mencuka dia mengutip sampah sarap yang bertaburan di tepi-tepi jalan itu. 


 Dingin hembusan angin di Pantai Klebang menusuk hingga ke tulang. Akhbar yang gemar bersendirian apabila berjalan di tepi pantai kembali melayan perasaannya. Wajah itu semakin hari semakin kerap muncul. Akhbar masih tidak dapat melupakan wajah yang selama ini menjadi penemannya setiap masa.Angin malam yang semakin dingin bertiup membuatkan Akhbar menggigil kesejukan. Dia mematikan langkahnya untuk terus berjalan ke depan. Dia berdiri sebentar sambil mendengar sayup-sayup namanya diseru.

 " Bar, Bar......." panggilan itu semakin kuat.
  " Bar..tolong..." Akhbar meliarkan matanya mencari. Keadaan gelap menyukarkan matanya untuk mencari. Tiba-tiba dia melihat satu objek yang sedang bergerak-gerak di tepi semak . Dia memberanikan diri ke arah objek itu. semakin dia menghampiri kawasan itu, suara itu semakin jelas kedengaran. 

 " Ya Allah, kenapa ni Tasya," Akhbar terkejut melihat Tasya yang sedang terbaring di tepi semak itu. 
 " Bar, tolong .. tadi I terjatuh, tak nampak gelap sangat dekat sini, I tak perasan ada tunggul kayu dekat sini," Tasya mengurut-ngurut kakinya. 
 " macam mana awak boleh sampai dekat tepi semak ni, sinikan bahaya  , gelap pula tu," Akhbar agak kekok untuk mengangkat Tasya. 
 " You, tolong lah I, angkat lah I ni, sakit kaki dengan pinggang ni, " Tasya merengek-rengek menyuruh Akhbar mengangkatnya. 
 " kalau awak tunggu sini kejap boleh, saya panggil kawan yang lain nak minta tolong, " Akhbar cuba meminta bantuan kawan-kawannya yang lain. 
 "sampai hati you nak tinggalkan I macam ni sorang-sorang dekat kawasan gelap ni," Tasya mula dengan ayat pujuk rayunya.
 " you angkatlah I, bawa I balik resort, I tak boleh bangun ni," pujuk Tasya.
Akhbar tidak sampai hati untuk meninggalkan Tasya, dia mengikutkan kehendaknya. Akhbar cuba memeluk tubuh gadis itu untuk mengangkatnya, Tasya memulakan langkah pertamanya. Ditarik tangan Akhbar sehingga tersungkur tubuh sasanya itu. Tasya mula merapati Akhbar. 
 " Tasya, awak ni kenapa, tadi kata tak boleh bangun, ni awak tarik saya sampai jatuh, awak ni kenapa," Akhbar terkejut dengan kelakuan spontan Tasya itu.
 " I nak you lah, kalau guna cara baik I tak dapat, mungkin dengan cara ni I boleh dapat you," Tasya semakin menghampiri Akhbar. 
 " You banyak kali mengelak dengan I, sekarang you nak elak macam mana pun dah tak boleh," Tasya semakin hilang kewarasan.
 " Tasya, mengucap , jom saya hantar awak balik resort, nanti orang nampak tak elok kita macam ni, kita boleh selesaikan masalah ni, ini bukan caranya." Akhbar mula rasa sesuatu yang pelik dengan tingkah laku Tasya. Dia cuba mengawal keadaan.
 " No! you are mine!, biar orang nampak itu yang I nak," tasya semakin hilang kewarasan. Baju Akhbar direntap dengan kuatnya. Apa yang dirancang mula menjadi. Semakin lama keadaan itu tidak terkawal. Akhbar masih dengan kelembutannya itu, cuba mengajak Tasya pulang ke resort. Tapi tidak berhasil, baju dibadannya ditarik-tarik oleh Tasya, dia mula memeluk Akhbar. Akhbar yang sudah hilang akal, dia tidak mahu menggunakan kekerasan kepada seorang wanita. 

 " Hoi! Tasya kau buat apa tu!," tiba-tiba tidak disangka Idham muncul menyelamatkan keadaan. 
 " Id!, tolong I, Akhbar cuba nk rogol I," Dia mula memutar belitkan keadaan.
 " apa?? kau gila ke! kau ingat aku tak kenal kau Tasya, kau saje je nak buat ceritakan," Idham seperti terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Tasya.
 " Id, aku tak buat Id, aku dengar ada orang panggil aku tadi , aku datanglah tepi semak ni, aku tengok tasya terbaring, dia cakap dia jatuh, aku cuba tolong dia Id, tapi lain yang jadinya Id, aku tak buat Id," Akhbar mula  rasa ada sesuatu yang tak kena dengan Tasya.
 " Tak Id, Akhbar cuba nak rogol I, tadi memang I jatuh, lepas tu die cuba nak peluk-peluk I, I dah cakap tak elok, dia nak juga Id," Tasya mula menangis. sebenarnya perancangannya tidak menjadi, membuatkan dia rasa tidak puas hati.
 " Tasya, aku ingat aku bodoh sangat ke, kau kata Akhbar nak rogol kau, tapi kena baju dia yang koyak rabak, bukan baju kau!, kau ni nafsu apa haa.. ke kau yang nak rogol dia!, kau tak dapat dia, kau guna cara macam ni kan!" Idham mula berang dengan kelakuan Tasya yang sudah berlebih-lebih. keadaan di situ sudah semakin tidak terkawal. semakin ramai mula menghampiri kawasan itu apabila mendengar suara Idham menengking-nengki.
 ' Id, you kenal I dulu, sampai hati you cakap macam tu, I ni perempuan, dia yang cuba nak rogol I tadi, sumpah I tak buat," Tasya mula risau dengan kenyataan dia, keadaan dia semakin tidak terkawal. segala perancangannya musnah apabila Idham muncul secara tiba-tiba. Akhbar yang hanya berdiam. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan. Dia tahu apa yang benar,dan apa yang salah.
 " Tasya! sekarang juga aku nak kau balik , kau tak payah ikut program ni lagi, kau balik kampus malam ni juga, lagi lama kau dekat sini, lagi banyak masalah yang timbul,semakin melampau perangai kau ni! Idham yang semakin panas hati, memarahi tasya tanpa memikirkan orang sekeliling. 
 " Id! berani you halau-halau I macam tu, you ingat you siapa, you tak kenal I siapa lagi Id, salah orang lah you marah..and you Akhbar, remember.. I akan dapatkan you juga akhirnya, ingat,!" Tasya mula beredar dari kawasan itu. 
 " Id, thanks kau tolong aku, dah banyak kali kau selamatkan aku, hari ni kau selamatkan aku, kalau tak aku tak tau apa yang jadi lepas ni," Akhbar mula rasa terhutang budi dengan Idham
 " Bar, ini nasib aku lalu dekat kawasan ni, kebetulan , kalau tak aku pun tak tahu apa yang jadi. Kenapa kau tak melawan? kau kan lelaki, ini dah terbalik kau biar je dia buat macam-macam dekat kau, ke kau memang nak ni," sempat lagi Idham bergurau.
 " aku dah cuba tolak dia, tapi dia berkeras, nekad betul si Tasya tu," Akhbar mula bersuara.
 " dah lah, minah gila tu pun dah balik bilik, agak-agaknya tengah berkemas kena halau dengan kau tadi , jom lah balik, baju kau ni dah macam orang pengemis dah aku tengok koyak rabak dah," Idham mula mengajak sahabatnya itu pulang. 

kejadian itu menjadi salah satu permulaan buat Tasya membalas dendam dengan apa yang dilakukan oleh Idham dan Akhbar. Akhbar semakin sukar mempercayai wanita. semakin dia hilang harapan untuk mencari wanita yang mampu membuka hatinya kembali. 


~ chap 10- pelangi itu indah

  Akhbar sibuk menguruskan kebun bunga dan ternakannya. Kebun bunganya semakin dikenali orang ramai. Hasil tanamannya yang cantik dan segar membuatkan semakin banyak tempahan yang diterimanya. Benih yang dihasilkan juga bermutu.Kekurangan pekerja membuatkan dia tidak menang tangan menguruskan kedua-duanya. Rezeki yang dia peroleh dikongsi bersama dengan golongan yang kurang bernasib baik. Sifat pemurah dan bersederhana dia itu membuatkan penduduk kampung senang dengannya. Rumah anak yatim menjadi pilihannya. Memahami nasib anak-anak kecil itu menguatkan lagi keazamannya untuk sentiasa mengunjungi rumah anak yatim disekitar Selangor. Akbar mula berjinak-jinak dengan membuka kedai bunganya sendiri.Modal memulakan perniagaan ini diperolehnya dengan membuat pinjaman dari negeri Selangor  sebagai pengusaha muda yang baru mula untuk menapak. Hasil gubahan bunga yang dihasilkan oleh pekerjanya tidak mengecewakan. Semakin hari semakin banyak tempahan yang diperolehinya. Paling menggembirakannya, Ikmal turut membantu dalam perkembangan perniagaannya itu. Pujukannya menjadi apabila Ikmal bersetuju menjadi pemandu lori dalam proses penghantaran tempahan selain bertindak memantau pekerja-pekerja lain. 

 " Assalamualaikum, Bar, kau dekat mana," suara Idham kedengaran dihujung talian.
  " Waalaikumussalam, macam biasalah aku dekat kebun lah, kenapa?" soal Akbar.
  " Oh, aku ingat aku nak jumpa kau, lepas hantar kereta kau kita takda borak-borak, petang ni aku pergi kebun kau ok?" ajak Idham.
  " kalau nak jumpa pun tak payah lah dekat kebun, jom pekena teh tarik ke?" kata Akhbar lagi.
  " lagipun aku nak tengok kebun kau, mana tau ada bunga yang aku berkenan nak beli nanti ," Gurau Idham.
  " boleh-boleh , petang ni aku memang ada dekat kebun banyak benda nak settle, jumpa kau nanti, " Akhbar setuju dengan ajakan Idham.
  " okay, jumpa kau nanti, Assalamualaikum," 
   " Waalaikumussalam."

   Alia sibuk meneliti fail-fail yang diberikan oleh bosnya tadi. Tender baru yang ingin direbut oleh bosnya itu memerlukan Alia bekerja lebih masa menyiapkan segala perancangan yang rapi dan proposal yang mantap sehingga dia terpaksa pulang hingga lewat malam. 

 " Alia, aku tengok kau ni, kerja terlebih-lebih, rehat lah dulu, mata pun aku tengok dah macam panda yang dekat China tu ," tegur Wahida yang risau melihat keadaan sahabatnya itu.
 " mana boleh, kau tak dengar masa meeting last week, Dato' Yakob nak tender kali ni dia yang dapat, i need put more effort on this project, kalau tak berangin satu badan bos kita tu," Alia bersungguh-sungguh dengan katanya.
  " kalau yea pun janganlah sampai macam ni, before ni pun banyak tender kita dah menang, tapi kali ni lain macam je gaya kau kerja, kenapa dia ada bagi extra bonus ke," gurau wahida
  " amboi, kalau ada kenapa, nak suruh aku belanja lah tu, " Alia turut sama bergurau.
  " macam tau-tau je kan, nanti kalau menang, dapat extra bonus janganlah lupa dekat aku, sekurang-kurangnya dapat kasut sepasang pun jadilah," beriya-iya Wahida meminta Alia belanja.
  " kalau kau nak kasut sepasang, apa lagi janganlah kacau aku buat kerja ni, nanti tak siap jangankan kasut, kotak kasut pun belum tentu dapat lagi ," balas Alia sambil tergelak. 
 " okay bos, good luck! kau jangan lupa makan pula, aku pergi buat kerja dulu, " Wahida berlalu pergi meninggalkan kawannya. 
Dalam masa yang sama telefon bimbit Alia asyik berdering dari pagi tadi. Dia hanya membiarkan sahaja apabila nama Syed Idham yang terpapar di skrin telefonnya. Alia cuba mengelak bertemu dengan Idham untuk beberapa hari ini. Selepas kejadian dia menangguhkan pertunangannya itu, dia jarang berhubung dengan Idham. 

   " Sayang, please angkat my call, we can settle this problem dengan cara baik, andai kata jodoh kita masih kuat, Id tahu Alia akan kembali kepada Id, berikan Id peluang untuk buktikan cinta yang selama ini menjadi kekuatan untuk Id terus hidup dan mengejar Alia, Id tahu Alia juga ada rasa yang sama, cuma keadaan yang memaksa Alia mengatakan tidak, Sayang, I do love you, " 

kata-kata yang ditulis di kad yang disertakan dengan bunga rose itu dilihat sekali lagi. Alia hanya mendiamkan diri dan menyambung semula kerjanya. Kata-kata itu masih tidak mampu mengubah keputusannya. Bunga rose yang tersusun di sisi mejanya dibiarkan begitu sahaja. bukan tidak menghargai, cuma dia tidak menyukai bunga itu.

 " wah, aku tengok kau ni Bar, makin menjadi-jadi, kebun bunga kau ni boleh tahan besar,penat juga nak berjalan," kata Idham yang kagum dengan kejayaan kawannya itu.
 " tak besar mana pun, aku buat mana yang mampu," Akhbar cuba merendah diri.
 " aku dengar kau dah buka kedai bunga  dekat mana?" tanya Idham.
 " dekat area-area sini juga, baru sebulan kalau kau nak pergi aku boleh bawa kau, mana tau kau nak tempah untuk buah hati kau, " Akhbar cuba mengusik Idham.
 " Tadi aku ada ternampak satu kawasan lapang penuh dengan bunga Lily, cantik kau jaga bunga Lily tu, kau ada jual tak, kalau ada aku nak sejambak boleh?" Idham seperti berminat dengan Bunga Lily Putih yang ditanam Akhbar.
 " ada, boleh lah kau tengok-tengok dekat kedai aku, nak bagi buah hati lah tu, apasal tak bagi bunga mawar, kan lagi bagus," Akhbar mula bertanya.
 " Dia ni lain sikit, dah lama aku cari bunga Lily,tapi tak jumpa dah alang-alang boleh lah aku booking dekat kau je," kata Idham.
 " kalau macam tu jom lah aku bawa kau pergi kedai aku," Akhbar mengajak Idham ke kedai bunganya.


" Bar, aku tengok hasil-hasil gubahan dekat kedai kau ni menarik , kemas, kenapa kau tak buka dekat kawasan bandar, kan lebih senang," Tanya Idham.
 " aku buka dekat sini sebab nak tolong orang kawasan ni juga, kebanyakkan pekerja ni orang-orang area sini, lagipun sepupu aku Ikmal tolong aku , dia hantar tempahan gubahan dekat mana-mana orang yang tempah." jelas Akhbar.
 " Bar, kau boleh tak hantar sejambak bunga Lily esok dekat alamat ni, kalau boleh kau buat gubahan yang terbaik ea, aku tak kisah harga, tapi aku nak gubahan tercantik yang pernah kedai kau buat, " Pinta Idham.
 " Takda masalah, kau serahkan dekat aku, nanti aku settlekan, mana alamatnya, " Tanya Akhbar.
 " ni alamat dekat area Bangsar ni, Buah hati kau kerja dekat sana ke?" Akhbar melihat alamat yang dinyatakan.
 " Haah, kau hantar dekat alamat ni, nama dia Alia Syakira bin Dato' Syakir." kau hantar dekat alamat ni ea. Ni office dia.
Akhbar seperti sedang mengingati sesuatu. Nama itu mula berlegar-legar dikotak fikirannya. Nama yang pernah didengarinya. Seakan-akan sama dengan nama wanita yang dilanggarnya. Fikirannya mula diganggu dengan nama itu. 
 " Bar ingat tau jangan lupa hantar," Idham mengingatkan semula kawannya.
 " okay, esok aku hantar," Akhbar terkejut dari lamunannya. 
 " okaylah, aku balik dulu, nanti apa-apa hal aku jumpa kau lagi,thanks bro,Assalamualaikum," Idham mula mengorak langkah masuk ke dalam kereta.
 " Waalaikumussalam," Akhbar tersenyum melihat sahabatnya itu. 

Tetapi dalam masa yang sama, fikirannya kembali mengingati nama itu. Hatinya seperti merasa sesuatu yang aneh dengan nama itu. Alamat dan nama yang dicatatnya dilihat kembali. Hatinya seperti nekad untuk menghantar sendiri bunga itu. Jika benar tekaannya, satu tanda mengarahkannya berundur daripada terus mencari kasih yang sudah dimiliki. Bunga lily itu dipilihnya sendiri dan tiada siapa yang diarahkannya untuk menggubahnya, dia sendiri yang menggubah. Hasilnya tidak mengecewakan. Bakat terpendamnya itu baru digunakan sepenuhnya dengan harapan menyatakan tekaannya salah. Wajah Alia Syakira mula muncul dalam ingatannya. Semakin lama, semakin jelas kelihatan. Hati tidak pernah menipu, dia sedar kehadiran wanita itu mula mengubah pendiriannya. 

~ chap 11- pelangi itu indah

Ikmal mula mengambil gubahan-gubahan bunga yang perlu dihantarnya. Bunga Lily yang digubah Akhbar semalam diambilnya sekali. Ikmal meneliti semula hasil gubahannya. Susunan dan ketelitian gubahan itu menarik perhatiannya. Sebelum ini dia tidak pernah lagi melihat hasil gubahan seperti itu. 

 " Kak Midah siapa yang gubah bunga ni, akak ke?" Tanya Ikmal sambil membelek-belek bunga itu.
  " Taklah, tadi masa akak sampai bunga ni memang dah ada atas meja," Jawab Kak Midah.
   " bukan ke selalunya akak je yang pandai menggubah bentuk-bentuk pelik ni, yang ni Mal tengok cantik semacam je," Ikmal masih tertanya-tanya siapa yang menggubah bunga itu.
  
  " Aku yang buat," tiba-tiba Akhbar muncul meleraikan tanda tanya siapa yang menggubah bunga itu.
  " Sejak bila kau pandai menggubah ni, aku tengok Bar tangan kau keras je tak cara ciri-ciri kelembutan," Sakat Ikmal dalam masa yang sama dia kagum dengan kebolehan Akhbar. 
 " haaa.. tu lah kau, tak tau aku ni diam-diam ubi berisi," Akhbar bergurau. 
 " Bunga ni nak hantar dekat mana, bagi alamat," Pinta Ikmal.
 " eh, tak pe, yang ini biar aku hantar sendiri," Akbar sudah mula mengangkat bunga Lily yang digubah itu.
 " weh, selalunya kalau bab-bab hantar ni aku je yang buat, sejak bila pula kau jadi penghantar ni," Ikmal pelik dengan kelakuan Akhbar pada pagi ini. 
 " Oh, kawan aku yang tempah, takpelah biar aku hantar lagipun aku ada hal dekat Bangsar dekat dah dengan tempat yang aku nak hantar bunga ni, " Akhbar tergagap-gagap menjawab soalan Ikmal.
 " kalau macam tu takpelah, aku pergi dulu, nanti bising pula customer-customer kita." Ikmal mula mengambil kunci van dan melangkah keluar dari kedai.

 Dalam perjalanan itu, dia merasa tekaannya benar, semakin hampir dengan alamat yang dicarinya, semakin berdebar hatinya. Pintu kereta ditutupnya. Matanya liar mencari papan tanda Syarikat Gemilang Sdn. Bhd. Kakinya mula melangkah masuk di ruang legar depan. 

 " Selamat pagi cik, Boleh saya jumpa cik Alia Syakira," tanya Akhbar kepada salah seorang pekerja di situ.
  " Cik Alia dah keluar meeting , boleh saya bantu," tanya gadis itu.
  " ini ada bunga untuk dia," Akhbar menampakkan kekecewaan pada riak wajahnya.
  " encik boleh letak di sini dulu, nanti dia balik saya bagikan, " kata gadis itu lagi.
  " baiklah, terima kasih ya, "Akhbar mengukirkan senyuman dan melangkah pergi. 
  "eh, macam kenal je mamat yang masuk sini tadi.", wahida seperti mengenali lelaki yang menghantar bunga itu. " macam Akhbar lah," 
  " Zakiah, siapa yang hantar bunga ni tadi, " Wahida tertarik melihat gubahan bunga yang dihasilkan.
 " oh, tadi ada lelaki yang hantar, dia kata untuk cik Alia, boleh tahan juga mamat tadi ," Zakiah membalas.
  " siapa nama dia," tanya Wahida.
  "alamak, tak tanya pula nama dia,lupa la," Zakiah tergaru-garu kepala.
 " kau ni, duduk frontdesk benda macam tu pun kau lupa," Wahida mula membebel. 
  " sini bunga ni, biar aku bagikan dekat Alia, " wahida mengambil bunga itu. 

Sejam kemudian, kelibat Alia mula kelihatan. Wajahnya asyik tersenyum.
 " haa, kau ni kenapa, aku tengok dari mula kau masuk, asyik tersenyum je, dapat bonus ke?" Wahida pelik melihat perangai sahabatnya itu. Jarang dapat melihat Alia tersenyum sebegitu rupa. 
 " Alhamdullilah, tender yang kita rebut tu, berjaya, makan besarlah kita nanti, " Alia tersenyum gembira menceritakan berita gembira itu.
 " alhamdullilah, wah, berbaloi kau siapkan tender tu siang malam, lepas ni naik lagilah gaji kau Lia," Wahida turut meraikan kegembiraan kawannya itu.
 " Amin, murah rezeki aku, kau orang pertama aku belanja makan, " Alia gembira dengan usahanya sendiri, tender itu berjaya dipertahankan. 
 " haaa..lupa nak cakap, ni ada bunga untuk kau, " Wahida memberikan bunga itu.
  " wah, cantiknya, first time aku dapat bunga cantik macam ni, siapa bagi, " tanya Alia. 
  " entah, tadi zakiah kata ada orang hantar tapi dia lupa namanya,entah-entah Idham kot," Wahida turut membelek-belek bunga itu.
 " emm... mungkin juga,kad pun takda ni, jap aku cuba call dia," Alia mengeluarkan telefon bimbitnya.

 " Assalamualaikum, Id busy?" Sopan tutur kata Alia kali ini.
 " Waalaikumussalam, takdalah, Alia dah dapat bunga,?" Idham seperti dapat mengagak tujuan Alia menelefonnya. 
 " jadi betullah Id yang bagi ea, cantik sangat.. pandai Id cari, bunga kesukaan Lia pula tu, segar sangat bau dia," Alia begitu teruja menerima bunga pemberian Idham pada kali ini.
 " Lia suka tak, Id carikan bunga kesukaan Lia, " Idham mula merasa bahagia takkala dapat mendengar suara Alia dengan nada kegembiraan. 
 " Lia suka sangat, cantik sangat, lia tak pernah jumpa gubahan bunga secantik ni, Id beli dekat mana," Alia mula tertarik untuk mengetahui tempat di mana Idham membelinya. 
 " adalah mana boleh bagi tau, seronok Id dengar lia seronok macam ni, lama dah Id tak dengar suara sayang macam ni," Idham mula merasa bahagia. 
 eh.. errr..Id oklah Lia ada hal kejap, nanti Lia contact Id balik ea," Alia seperti baru tersedar gelagatnya dilihat oleh rakan-rakan sepejabatnya.
 Idham berasa sangat gembira dengan apa yang yang berlaku. Tidak disangka dengan hanya memberi  bunga kesukaannya  itu dapat mengubah kekerasan hati kekasihnya itu.
 Dalam kegembiraan Idham , ada yang hampir terluka. Akhbar sedikit kecewa harapannya untuk melihat gadis pilihan kawannya itu tidak kesampaian. Tetapi hatinya semakin kuat berkata-kata bahawa gadis yang menjadi pilihan Idham adalah gadis yang sama yang dia cari. 
 telefonnya berbunyi menyatakan ada pesanan ringkas ,

         Thanks bro, dia suka dengan bunga itu, kalau tak keberatan aku nak kau hantar seminggu dua kali dekat dia, dia suka sangat dengan hasil gubahan kedai kau, once again, thanks," 

pesanan ringkas dari Idham itu membuatkan Akhbar tersenyum. Terbukti hasil tangannya menjadi. 
Jika benar kau gadis itu, aku akan melupakan niat aku, melihat kawan aku gembira , lebih menyenangkan hati aku,  ," Akhbar bermonolog sendirian. 

Idham, adakah kau cuba memaksa aku membuka pintu hati aku untuk menerima kau. Pintu yang tertutup ini semakin terbuka dengan melihat keikhlasan kau, tetapi aku masih sangsi dengan kehadiran kau dalam hidup ku. Cinta yang aku cari selama ini masih kabur, aku merasakan kau bukanlah impian masa depan ku, Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dengan memperlihatkan kebenaran disebalik semua ini, jika benar dia adalah untukku, Kau bukakanlah pintu hatiku untuk menerimanya dengan ikhlas. 
  
  
~ chap 12- pelangi itu indah

Datin Aida mula risau dengan tingkah laku suaminya. Keegoan dan sikap keras kepala Dato' Syakir menyukarkan orang sekeliling berbicara dengannya. Selepas kejadian pertelingkahan antara suami dan anaknya, Alia sudah jarang pulang ke rumah. Hanya sesekali dia akan menelefon menanyakan khabar mamanya. Datin Aida sendiri buntu untuk meleraikan pertelingkahan yang berlaku antara mereka berdua. Kedua-duanya keras kepala dan tidak mahu mengalah. Alia nekad tidak akan pulang ke rumah selagi papanya memaksa dia menarik semula keputusannya. Dato' Syakir mula merancang sesuatu agar anaknya itu berubah fikiran.  Datin Aida melihat suaminya itu tekun meneliti surat di dalam bilik bacaan. Diketuk beberapa kali masih tiada respon. Akhirnya dia masuk sendiri tanpa kebenaran suaminya. 

 " Tekun sangat I tengok you sampai I ketuk pun you tak sedar, you buat apa tu," Datin Aida duduk dikerusi berdepan dengan suaminya. 
 " adalah benda yang I nak uruskan dengan Tan Sri Azman," Tekun Dato Syakir meneliti dokumen-dokumen di atas mejanya.
 " You, I nak cakap sikit pasal anak kita," Datin Aida memulakan bicara.
 " kalau you nak cakap pasal budak tu, I malas nak dengar, pasal dia tak balik rumah, lantak dia lah, dia ada rumah sendiri, nak ikutkan sangat keras kepala dia tu, anak tak kenang budi," Dato' Syakir mula menaikkan nada suaranya. 
 " you ni, dengan anak sendiri pun tak boleh nak beralah, dia tu ikut perangai you lah, keras kepala," Datin Aida mula menyalahkan suaminya.
 " Sekarang you nak salahkan I lah, you nak kata I salah didik anak, you yang 24 jam dengan dia dekat rumah, you didik macam mana, melawan cakap I, sepatah I cakap, berpuluh-puluh patah dia jawab," Dato' Syakir mula rasa tidak puas hati dengan kata-kata isterinya. 
 " you nak salahkan I pula, you tu, sepatutnya mengalah, anak kita sorang tu je, kalau jadi apa-apa dekat dia, I salahkan you, dah lama dia tak balik sini, I rindu dengan dia," Datin Aida mula sebak.
  " kalau rindu kenapa you je tak pergi tengok dia, dia tu degil, marah sikit nak merajuk, macam perangai you lah, anak beranak sama je, " Dato' Syakir mula mengemas-ngemas dokumennya.
  " tu yang I malas nak discuss dengan you, nanti ada je yang you nak marah, dah lah I nak naik tidur," Datin Aida mula menarik muka dan keluar dari bilik bacaan itu. 
 " tengok tu, baru cakap sikit nak merajuk, sama dengan anaknya," Dato' Syakir mengomel sendirian. 

 Seharian Akhbar hanya duduk dan melihat bunga-bunga dikedainya  itu. Pekerja-pekerja di situ pelik melihat perangai Akhbar yang seharian hanya mendiamkan diri. Jarang sekali untuk melihat Akhbar mendiamkan diri. Ikmal turut perasan dengan perubahan Akhbar selepas pulang dari menghantar tempahan pada pagi tadi. 

  "jauh termenung," sergah Ikmal
  " eh, kau bila kau balik, tak perasan pun, " Akhbar terkejut dengan sergahan Ikmal.
  " aku dah balik setengah jam dah, kau yang tak perasan aku masuk , kau kenapa aku tengok dari tadi termenung je," 
  " tak da apa-apa, saje je, kau dah hantar semua tempahan," Akhbar seperti menukar topik perbualan.
  " tengok, kau suka tukar topik bila aku tanya, kau kenapa, awek kena kebas ke," Ikmal masih tidak puas hati dengan Akhbar. 
  " mana ada awek nak dekat aku ni haa, weh kau boleh tolong tak, ni alamat kau kena hantar bunga, dua kali seminggu, tapi bunga ni aku yang akan gubah, kau just hantar dekat alamat ni, " Kata Akhbar.
 " aik, tak pernah-pernah kau nak gubah, kenapa tiba-tiba pula, Kak Midah dengan yang lain kan ada, suruh dieorg je lah," Ikmal pelik dengan permintaan Akhbar.
 " oh, ni kawan aku yang tempah, dia kata dia suka dengan hasil yang tadi aku hantar, takpelah yang ini je aku handle," Kata Akhbar dengan nada sedikit rendah.
 " oh, kalau macam tu takpelah nanti aku hantarkan," Ikmal hanya mengikut arahan.
 " malam ni kita makan luar nak tak, lagipun farah tengah cuti sekolahkan, boleh lah bawa dia jalan-jalan , kak Midah hari ni kita tutup kedai awal ea," Akhbar mula ceria kembali
 " haa, bagus gak tu, kau belanja okay, aku takda duit gaji tak dapat lagi, "boss" tak bagi lah ," gurau Ikmal
 " wah, satu hint untuk aku tu, hahah..." Sudah nampak senyuman yang diukir dibibir Akhbar. Senang kembali melihat Akhbar kembali kepada asalnya. Akhbar sudah melupakan hal tadi. Dia membantu Kak Midah dan yang lain mengemas kedai. 


Rutin harian Ikmal dalam seminggu , dua kali pasti akan menghantar bunga hasil gubahan Akhbar ke tempat yang dialamatkan. Hampir sebulan dia menghantar bunga itu , tetapi tidak sekali pun dia bertembung dengan tuan punya badan.  Semakin hari, Alia semakin tertarik dengan hasil gubahan bunga yang diterimanya. membuatkan dia tertarik untuk mengetahui siapa yang menggubahnya. Banyak kali dia memaksa Idham membawanya ke tempat itu, tetapi Idham mengelak dengan alasan nanti alia tidak mahu menerima pemberiannya lagi. Walau bagaimana pun, seminggu ini gubahan itu berlainan bentuk dan hasilnya tidak sama seperti biasa. Membuatkan dia nekad untuk pergi kerja awal dan menunggu siapa yang menghantarnya dan menanyakannya. 

" Assalamualaikum, macam biasalah bunga ni untuk Cik Alia, tolong bagikan dekat dia ea, " Kata Ikmal sambil meletakkan bunga lily itu di atas meja. 
 " Waalaikumussalam, Encik Ikmal boleh pergi bilik dia, hari ni cik Alia ada," Kata Zakiah.
 " oh, yeake, sebulan saya hantar bunga ni,tak pernah pun jumpa sekali dengan dia, hari ni langkah kanan ni, " Ikmal mula dengan perangai gatalnya. 
 ' eh, encik ni, dia tu dah berpunya lah, lain lah saya ni, " Zakiah mula bergurau.
 " hehe.. awak pun single , samalah kita, ada chance lah kan, " Ikmal mula mengangkat bunga itu dan bergerak ke bilik Alia. 
 tuk, tuk , tuk,.
 " Masuk," 
 " cik, ni ada bunga untuk cik A..." tiba-tiba Ikmal terdiam.
 " eh kau!! aku kenal kau,...haaa.singa betina!," Ikmal terkejut apabila melihat wajah Alia.
 " kau! mulut longkang, siapa suruh kau masuk sini, " Alia terberhenti membuat kerjanya. 
 " eh, kau yang panggil " masuk" aku masuk lah, ohhh..kau lah Alia,hari-hari aku hantar bunga ni untuk kau rupanya, kalau aku tau dari awal dah lama aku letak ulat dekat bunga ni," Kata Ikmal yang tiba-tiba naik angin apabila mengingatkan semula kejadian antara Akhbar , dia dan Alia .
 " eh, mulut kau ni memang longkang kan!dah la masuk suka suka hati kau, kalau aku tau kedai kau yang hantar ni, dah lama aku buang bunga-bunga ni," Alia mula geram.
 " weh, aku ni tolong hantar je, pakwe kau yang tempah dekat kedai aku, takkan aku nak tolok, duit kot," Ikmal mula menaikkan kemarahan Alia.
 " shut up!, kau keluar, mulut longkang, " Alia menghalau Ikmal keluar.
 " kaki aku pun panas dalam ni, tengok muka singa kau ni, lagi lah panas satu badan, ni ambil bunga kau ni, " Ikmal selamba mencampakkan bunga itu.
 " weh, selamba badak kau je campak bunga aku," Alia mengutip bunga yang terjatuh itu.
 " kejap,kejap.. aku nak tanya, kenapa gubahan bunga ni lain, dah seminggu dah aku tengok lain, kenapa," Masih ada hati Alia untuk mengetahui kenapa gubahannya berlainan.
 " eh, ada hati lagi tu nak ambil tau, dah kutuk-kutuk nak tau juga, kenapa?" Ikmal pelik secara tiba-tiba Alia masih ingin mengetahui perubahan hasil gubahan itu.
 " yealah, aku nak tau je pun, salah ke, kau ni macam ni ke kau berurusan dengan customer, takda adab langsung," Alia semakin berapi dengan Ikmal.
 " orang yang biasa gubah ni seminggu takda , dia ada hal dekat luar, dah lah aku panas duduk lama-lama dalam office kau ni," Ikmal mula melangkah keluar.
 " emm.... kau cakap dekat orang ni, terima kasih, gubahan dia lawa , aku suka," Alia tersekat-sekat menyatakan hasratnya yang selama ini ingin sekali pergi ke kedai ini. 
 " tengoklah kalau aku nak cakap," Ikmal sudah melangkah keluar.
 " weh, lagi satu, kedai kau dekat mana," Alia seperti tertarik ingin mengetahuinya.
 " kau nak tahu buat apa, kau kan tak suka kedai aku, dah lah aku nak balik, banyak lagi tempat aku nak pergi, " kelibatnya sudah tidak kelihatan.
 " eh, mamat ni, aku tanya selamba dia je nak tak nak jawab, ingat aku nak sangat pergi kedai dia tu, " Alia mula menyedapkan hatinya padahal hatinya tidak puas kerana masih tidak mengetahui di mana kedai itu terletak. Selalunya bunga yang dihantar pasti akan terselit nama kedai, tapi tidak untuk kedai ini. 
Rasa tidak puas hatinya itu membuatkan dia memaksa Idham membawa dia pergi ke kedai itu juga.Akhirnya Idham mengalah dan berjanji akan membawanya ke kedai itu nanti. 

" Aku panas hati betul lah dengan perempuan tadi, rasa nak kopak-kopak je muka dia, dah lah macam singa, cakap aku mulut longkang pula tu, " Ikmal mula menceritakan hal yang berlaku tadi. 
 " kau ni kenapa Mal, mak tengok tiba-tiba balik nak marah je," Mak Siti mula rasa ingin tahu.
 " Mak nak tau tak, tadi aku hantar bunga dekat Bangsar, ada sorang perempuan ni kata mulut aku longkang, dah lah macam singa, tak cakap terima kasih langsung orang dah hantarkan bunga tu, kutuk-kutuk ada lagi, geram betul aku," Ikmal mula melepaskan kemarahannya itu.
 " kau ni Mal, sabar-sabarlah tu kan pelanggan kedai Akhbar, nanti lari pula pelanggan-pelanggan , " Mak Siti mula menasihati anaknya.
 " alah mak, tak kurangnya duit kalau perempuan tutak  beli, setakat dia tu,dah lah macam singa,aku rasa macam nak koyak-koyak mulut dia tu,hari tu dengan dia tu lah Akhbar berlanggar, dah lah marah-marah takda ciri keperempuanan langsung, muka je cantik, perangai macam apa," Semakin berapi Ikmal.
 " dahlah, kau ni pergi mandi, kejap lagi kita makan, tunggu Bar balik, lambat pula dia balik," Mak Siti mula menenangkan anaknya. Ikmal tidak pula membantah, dia terus masuk ke biliknya. 

 Satu rasa yang sudah pasti, selepas mendengar cerita Ikmal membuatkan dia semakin nekad untuk tidak mengharap apa-apa lagi. Biarlah rasa yang pernah wujud hanya seketika dibiarkan membeku dan hilang rasa itu. Hatinya semakin tertutup untuk menerima cinta kembali. Tanggungjawabnya hanyalah menjalankan amanah menghantar bunga yang ditempah sahabatnya itu. Tangan yang menggubah juga sudah beralih, bukan Akhbar lagi, tetapi Kak Midah.