Saturday, February 11, 2012

~ chap 13- pelangi itu indah

~ chap 13- pelangi itu indah

Rutin harian Akhbar semakin hari semakin padat, sebelah pagi dia sibuk menguruskan ladang ternakan itiknya, tengah hari pula dia berada di kebun bunganya, pada sebelah petang dia sibuk menguruskan kedai bunganya. Dahulunya setiap hari sabtu dan ahad, kedai bunganya ditutup, tetapi sejak mendapat sambutan yang memberansangkan, dia sendiri yang akan membuka kedai dan menjaga pada hari berkenaan. Seperti biasa, awal pagi lagi dia telah menapak di kedainya.  Akhbar ringan tulang, dia turut membantu pekerja-pekerjanya mengemas kedai. Tidak pernah ada istilah bos duduk goyang kaki, dan pekerja buat kerja, dia sentiasa merendah diri dan ada masanya dia sendiri yang mengemas mejanya jika yang lain tidak sempat mengemaskannya. Sedang leka menyusun bunga-bunga, kedengaran bunyi pintu ditolak.

" Assalamualaikum, kedai dah buka," kedengaran suara orang membeli salam.
 " waalaikumussalam, dah buka dah, sila lah masuk, " Kak Midah menyahut dan bergerak ke depan.
 " kak ni saya lah Idham, Akhbar ada tak," Idham mula bertanya.
 " ohh, kamu ke,. ada hari ni si Akhbar tu kebetulan datang awal , kejap akak panggilkan,"Kak Midah mula mencari-cari Akhbar.Tidak sempat dipanggil Akhbar telah muncul. 

 " awal pagi kau datang sini , mimpi apa kau, nak tempah bunga apa ," Tersenyum Akhbar melihat sahabatnya itu.
 " saje je, nak tengok kau, hari sabtu pun kau kerja, bawa-bawalah berehat " Idham mula menasihati kawannya.
" ala, bosanlah kalau dekat rumah, bukan aku buat apa pun, baik aku buka kedai, ada juga yang masyuk , " Akhbar membalas.
 " aku datang ni bawa orang yang nak sangat tengok kedai kau, katanya nak tahu siapa yang gubah bunga-bunga yang dia dapat tu, " Idham menjelaskan niat kedatangannya. Muka Akhbar sudah sedikit berlainan.
 " emm.. mana orangnya, aku nampak kau masuk sorang je tadi, " Akhbar bertanya. Hatinya semakin laju menanti wajah yang akan muncul disebalik pintu itu.
  " tadi dia suruh aku masuk dulu, katanya nak pergi kedai sebelah beli barang, kejap aku keluar tengok dia, " Idham bangun dan berjalan ke arah pintu .Belum dia melangkah keluar, Alia sudah masuk ke dalam.
 " haaa.. lama you pergi kedai, baru nak cari, kot-kot lah kena kidnap , I juga susah," Idham bergurau.
 " I pergi beli barang kejap tadi, sorry lah," Alia berkata.
 Akhbar, ni Alia, bakal tunang aku," Idham memperkenalkan Alia kepada Akhbar. Riak wajah Akhbar semakin berubah. Dia sendiri tidak dapat menjelaskan kedudukan sebenar perasaannya ketika itu.
Muka Alia turut berubah sama. seperti terkejut dan tidak percaya.
 " Akhbar ni kawan I dari U lagi, I baru je jumpa dia balik, ni kedai dia," Idham mula bercerita.
 " hi , Alia, " ringkas Akhbar menyapa.
  " errrr... Hi," Alia tergagap-gagap membalas sapaan itu.
 " guys, kenapa macam kekok je ni, aku tengok kau Akhbar macam nak telan je girlfriend aku ni, " Idham mula merasakan ada sesuatu yang berlaku diantara mereka berdua.
 "oh, takdalah I terkejut tak sangka orang macam dia ni ada kedai bunga," Alia mula berkata.
 " tu lah, jangan sangka gagah-gagah dia ni, ada kebun bunga sekali tau, hebat tak kawan I, " Idham mula mengusik-ngusik kawannya.
 " kau ni Id, malu lah aku, biasa-biasa je," Akhbar mula malu dengan pujian sahabatnya itu. disebaliknya itu, hatinya pula rasa perit untuk menelan kenyataan yang ada di depannya. 
 " besar juga kedai you ni, I nak pusing-pusing boleh," lembut sahaja nada suara Alia meminta kebenaran.
  " boleh, awak kan customer saya," Nada Akhbar sedikit mendatar.
  Alia meninjau ke sekeliling kedai, wajahnya sangat gembira melihat bunga-bunga di kedai Akhbar.
 " lama dah aku tak tengok dia senyum macam tu Bar, " Idham memerhatikan Alia. Alia nampak sangat teruja melihat bunga-bunga di kedai sahabatnya itu.Akhbar hanya tersenyum dan mendiamkan diri. 
 tiba-tiba.." oi, singa betina, siapa yang benarkan kau masuk kedai aku ni," Tiba-tiba Ikmal muncul di belakang Alia.
"eh, mulut longkang, kau ni takda budi bahasa nak bagi salam ke, suka hati kau je nak sergah aku," Alia terkejut dengan teguran Ikmal yang datang secara tiba-tiba.
 " eh, suka hati aku lah, kedai aku," Ikmal menjawab.
 " Kedai kau ke, sepupu kau," Alia membalas.
 " eh, singa ni, menjawab ," Ikmal sudah semakin bengang. Akhbar dan Idham terkejut mendengar suara seperti orang bergaduh dibelakang. mereka bergegas ke belakang. 
 " kenapa ni Mal, ada masalah ke," Akhbar terkejut melihat Ikmal memarahi Alia.
 " kau lupa dengan perempuan singa yang aku cakap tu, ni lah orangnya," Ikmal semakin panas.
  " mulut kau jaga sikit ea, bau longkang, selamba kau je cakap aku singa," Alia mula menunjukkan taringnya.
  " masa hari tu pun sepupu kau ni diam je masa aku marah-marah, kau yang lebih-lebih, kau apa hal," Alia sudah rasa tidak puas hati.
  " wait, wait, apa you cakap langgar, bila pula you berlanggar ni, " Idham pelik dengan kenyataan Alia.
  " ala masa dekat shopping kompleks tu, Akhbar ni yang langgar I," Alia berterus terang.
  " so, you guys dah kenal lah ni, kenapa tadi macam tak kenal je," Idham mula rasa ada sesuatu yang disembunyikan.
 " kenal masa tu je, lagipun aku tak tau yang dia ni bakal tunang kau," Akhbar menjelaskan keadaan yang sebenarnya. walaupun ada lagi yang disorokkan, biarlah dia dan Alia yang mengetahui hal yang sebenar.
 " kau nak tahu dia ni lah gubah bunga-bunga kau tu, " Ikmal menyampuk. Alia hanya mendiamkan diri
 " kau nak bunga baru, ni ada bunga taik ayam, aku bagi free untuk kau," Ikmal mula menyakat Alia.
 " Ikmal, dah-dah lah tu, kau dah siapkan semua yang nak kena hantar, nanti lama pula Pak Dollah tunggu," Akhbar cuba meleraikan keadaan itu.
  " haah laa, aku lupa lah, tengok muka singa ni terus lupa, aku pergi dulu lah, Encik Idham, saya pergi dulu ea, " mata Ikmal memandang Alia sekali lagi sambil menunjukkan muka yang tidak puas hati.
 " cik Alia, maafkan sepupu saya ea, dia memang cepat marah sikit," Akhbar memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan Ikmal.
  " Id, maaf ea, Ikmal memang macam tu, dia susah nak kawal , kau jangan ambil hati ea," Akhbar mula rasa bersalah dengan tingkah laku Ikmal. 
  " takpe, dia bergurau je tu, " Idham menjawab sambil tersenyum.
  " it's okay, I dah faham sangat dengan sepupu you yang mulut longkang tu, by the way, kalau I nak tempah benih bunga then you hantar boleh tak, " Alia mula menukar topik. Malas untuknya berfikir hal tadi.
 " boleh, tak da masalah, nanti saya balik ke kebun, suruh orang hantarkan,awak nak benih bunga apa," Akhbar selesa berbicara dengan alia.
 " kalau I nak pergi kebun you boleh tak," Alia seperti berminat untuk melihat sendiri kebun bunga Akhbar. Idham semakin pelik, perubahan tingkahlaku Alia berubah dengan mendadak.
 " so Id, boleh tak makwe kau nak pergi kebun aku, kena minta permission dulu, " Akhbar bergurau.
 " apa pula tak boleh, dia ni memang suka bunga, mesti nak hantar benih-benih tu dekat rumah mama tu, " Idham tidak melarang Alia untuk melihat kawasan kebun Akhbar.
 " kalau macam tu, jom lah pergi sekarang, I nak tengok sekarang," Alia tidak sabar-sabar untuk melihat sendiri kebun Akhbar itu.
 " jomlah nanti tengah hari panas pula," Akhbar mengajak sahabatnya itu. Alia nampak sangat gembira dengan pelawaan Akhbar. 

Seharian Alia menghabiskan masanya di kebun bunga Akhbar. Idham seronok melihat Alia gembira ketika di sana. Hari tu Alia sangat gembira dan ceria. Susah untuk melihat Alia sebegitu . Sudah lama Idham merindui gelak tawa, senyuman dan keceriaan yang sudah lama tidak dilihatnya itu. Akhbar senang dengan Alia. Ada masanya dia sangat gembira melihat gadis itu tersenyum. terpesona melihat senyumannya. Semakin kuat rasa itu hadir,walaupun dia tahu keupayaan dia untuk menaruh harapan memang tipis dan tidak akan berlaku. Itu milik sahabatnya, mana mungkin dia menikam belakang kawannya sendiri.Satu perkara yang menarik perhatian Akhbar tentang Alia ialah jenis bunga kesukaannya, membuatkan dia semakin tertarik dengan perwatakan Alia, walaupun sedikit kasar dari segi luarannya, disebalik itu ada kelembutan yang disembunyikan gadis itu.  Alia gembira apabila Akhbar dengan ikhlas memberi benih  dan baja itu dengan percuma. Semakin berbunga-bunga hatinya. 

" Dari tadi I tengok you ni senyum sorang-sorang kenapa, happy semacam je," Idham sudah perasan dengan kelakuan Alia yang asyik tersenyum sejak masuk kereta tadi.
 " tak apa-apa, kelakar lah kawan you tu, baik pula tu, bagi I benih dengan baja free, kalau dekat luar mana nak dapat, lepas tu boleh pula bagi gubahan bunga lily ni dekat I," Alia masih teruja.
 " lain macam je I tengok you ni, ke you dah jatuh hati dengan dia, " nada Idham sedikit cemburu.
 " I kan not taken lagi, so boleh lah, " Alia selamba menjawab pertanyaan itu.
 " You jangan macam-macam menangis tak berlagu lah I nanti, " Idham mula risau.
 " you ni, dah lah, nanti you hantar I balik rumah mama, malam ni I nak tidur sana," Alia mengubah topik.
 " okay, " ringkas jawab Idham. 

Idham mula risau dengan perubahan Alia, mungkin tidak sepatutnya dia cemburu dengan kawannya sendiri, tetapi Alia sangat lain setelah berjumpa dengan Akhbar. 


No comments: