Friday, May 3, 2013

Rezeki Allah Luas

REZEKI ALLAH LUAS

Lama jugak dah tak update, bersawang sampai terlupa password dah. Hari ni dah start takda kelas, dan tak sabar lah nak MENGUNDI PRU13, first time katakan. Plus, semak dah tengok FB, TWITTER pasal isu mengundi. Cepatlah habis PRU ni. Tak kisah lah mana2 yang menang, ingat satu benda saje, Allah yang bagi kita rezeki, kalau Allah dah katakan rezeki tu bukan milik kita, tak menang juga kan, jadinya usaha dan berserah :)


cukup pasal benda tu, cuma nak kongsikan bersama.Jujurnya dulu jarang sekali buat benda yang sunat2 ni, mcm solat sunat, semenjak ada orang sekeliling yang selalu ingatkan fadhilat solat sunat dan kelebihan buat perkara sunat ni, lama2 belajar untuk buat juga. Paling mudah SOLAT DHUHA . Waktu ni selalunya, lepas subuh kita tidur balik, bila bangun dah buat kerja lain. 
Banyak kelebihan solat Dhuha ni, paling utama adalah murah pintu rezeki kita. 

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani)
mcm mana nak buat  ea ..... haaa.. sini2 baca dekat sini Cara solat sunat Dhuha

Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Doa di atas, adalah selepas solat Dhuha, setiap ayat di atas sangat bermakna dan luas isi dan maknanya. 

Selain itu, solat sunat lain macam SOLAT TAHAJUD, SOLAT TAUBAT, SOLAT HAJAT, DAN SOLAT ISTIKHARAH pun boleh kita amalkan, malah digalakkan. 

Rezeki ALLAH sangat luas, kita sebagai hambaNya perlulah mencari rezeki itu dengan usaha kita sendiri, malah ada yang rezeki depan mata, tapi kalau kita tak usahakan macam mana nak dapat betul tak :) . Alhamdullilah, saya bersyukur dengan rezeki yang ada sekarang, malah melebihi daripada apa yang dihajati.
 
Salah satunya ini



Kami tak dah tak mengharap apa2 selepas banyak dugaan yang jadi dekat kami berdua, akhirnya kami memilih untuk duduk di Malaysia sahaja. Angan2 simpan dalam hati :). Pesan dekat diri sendiri, rezeki ada dekat mana2, janji kita ikhlas buat perkara tu. Tapi selepas beberapa lama menunggu, dan harapan yang kami letak tu pun hampir hilang, semalam, harapan itu datang semula dan pada masa yang sama panggilan dari ITNM pun muncul hari ini. Syukur dengan rezeki  yang Allah berikan, cuma perlu masa dan ruang memilih ke negara orang dan mengajar selama 3 bulan di sana, atau berada di sini sahaja dan berkhidmat dengan ITNM. :) . Solat Istikharah kan ada :) . 
Selamat Beramal :)





3 comments:

hafizulhakim said...

Rezeki ALLAH sangat luas :)

ainina rasidan said...
This comment has been removed by the author.
ainina rasidan said...

hafizulhakim : :) betul tu :)