Sunday, February 10, 2013

~CINTA JARAK JAUH, SETIA ATAU TIDAK? #TEPUKDADATANYA DIRI

~CINTA JARAK JAUH, SETIA ATAU TIDAK ?
Tepuk dada tanya diri

Hari ni hari ke 23 duduk dekat rumah, rutin mcm biasalah. Bila dah start duduk rumah goyang kaki, macam2  benda lah nak dibuatnya, sampai dah tak tau nak buat apa. Finally, tengah duduk menghadap laptop yang dah separuh nyawa2 ikan ni, terasa nak update blog pasal satu isu ni 
              ~ CINTA JARAK JAUH, SETIA ATAU TIDAK~ 

terlintas tentang hal  ini  lepas macam2 kejadian dah jadi dengan sahabat2 dan ahli keluarga sendiri.apa itu cinta jarak jauh?? 
simple : bila sorang duk utara, sorang lagi duk selatan dan bercinta. nak thrill lagi sorang di Malaysia, sorang lagi di Canada. Kalau kes sorang duk sekinchan, lagi sorang petaling jaya tu jarak apa ek? hihi.. just ignore hehe. 
Susah ke senang nak jaga hubungan cinta jarak jauh ni? boleh setia atau tak kalau bercinta jarak jauh ni? Isu yang selalu berbangkit base daripada kajian yang dibuat pada waktu cuti lapang ni lah kan dan berdasarkan pengalaman sahabat2 dan ahli keluarga sendiri yang buat masalah selalunya LELAKI betul ke idak ?? bukan menentang kaum lelaki tentang isu ini, ini satu persoalan? ada siapa2 boleh bagi pandangan? :)



Masalah #1 :
 BF : i busy baby, nanti i call you balik.
GF : ala, you ni asik busy je, kita ni jauh, susah nak jumpa, bila call asik you busy je.
isu mula timbul : apabila sang gadis mula berfikir masalah takda masa buat kerja ke, atau masa tu dah bagi dekat orang lain. 
Solution : Benda2 macam ni boleh je nak elak daripada timbulnya gaduh2 biasa atau gaduh besar kalau masing2 give and take. Bila salah seorang dah put a trust, jangan lah pula kau suka2 hati permainkan kepercayaan dan kesetiaan tu, baik lelaki @ perempuan.

#idoklahmacamginiganyanya


Masalah #2 :
BF : Sayang, you jauh la, i bosan la, xda peneman
GF : nak buat mcm mana b sabar la ea..
BF : i nak kenal2 dgn budak2 sni la
GF : mcm tu i pun samalah
isu : hamboi2! kalau bosan je kena ada peneman la ea. Bagus la baik lelaki mahupun perempuan yg mcm gini, panggil mak abah depa kawinkan, senang, hari2 ada peneman you all! Banyak songeh !
Solution : macam lah sebelum ni  xpenah hidup sorang2, nak ada peneman bagai, kawan2 tu apa? bukan peneman ke?dalam kubur tu bang oi sorang juga bang oi, ke nak kak limah rambut panjang temankan. Jadilah seorang yang setia, bertanggungjawab. B4 kawin dah mcm ni, kalau dah kawin, nanti jauh dengan anak bini sebab hal kerja, nak juga cari peneman bawak ge outstation juga ke? #TEPUKDADATANYADIRI

Masalah #3 :
GF : you dekat mana ni, bunyi mcm dekat fun fair je bising2 ni
BF : I dekat lab ni you, fun fair apa pula
GF : you jangan menipu I, bunyi orang jerit2 tu, takkan alat2 dekat lab you yang menjerit kot
BF : kawan2 i lah, you ni.
GF : ni balik pukul berapa ni? lama lagi ke?
BF : I tengah siapkan projek ni, next week dah kena present, tak tau lagi , nanti i dah balik i bagitau ea
GF : you jangan nk melencong pegi mana2 pula, balik terus tau.
isu : mak aihh... gf macam singa betina, garang ngat aih.. ni belum kawin, kalau dah kawin acaner? lelaki ni pula ada masa suka putar belit fakta, kata dekat lab , guna mesin, padahal dekat fun fair tengah main mesin game.
Solution : kaum wanita, termasuklah saya sendiri, belum jadi isteri dah garang macam ni, kalau dah kawin nanti macam mana..alahai..janganlah mcm singa betina sangat, tiada hak selagi takda ikatan untuk kita kongkong kehidupan sesesiapa, walaupun dah kawin , itupun ada batasannya. bila dah jauh, kita kena percaya antara satu sama lain, tipulah kata was2 tu takda, mesti ada, tapi jangan sampai memakan diri sendiri. Dan kaum lelaki, kalau nak menipu pun agak2 lah,macamlah kami ni kaum perempuan xtau bunyi alat mesin dkt lab dengan mesin permainan dkt fun fair.Tembak juga depa ni. hubungan yang baik takkan wujud jika kepercayaan sesama sendiri tidak wujud dalam hubungan.

Masalah #4 :
GF : B, credit i dah nak habis lah, you top upkan boleh? nnti i x boleh borak2 dengan you
BF : baby, i pun duit tinggal sikit, kite Skype lah
GF : B ni, line dkt kolej i ni mcm siput, tu la i suruh beli BB taknak, boleh BBM . Susah lah bercinta jauh2 ni
BF : yealah2, i pegi top upkan, nnti you bayar balik dekat I tau!.
isu : ni lah susah, kalau nak kena 24 jam, 365 hari kena contact 24 jam, setiap saat , setiap masa, mana tak habis duit tu, top up rm 1000 pun boleh habis sebulan. huhu. ( peringatan diri sendiri juga).ISU SUSAH BERCINTA JAUH2, SUSAH NAK CONTACT, itu salah. Nak seribu daya taknak seribu dalih.
Solution : tak semestinya kena 24 jam kena contact, lagi2 student, kenalah jimat2 juga, dahlah top up habis, boleh pula suruh pasangan top upkan, kalau yg jenis x berkira takpa, ni yang siap bagi pesanan : bayar balik! tu yang tak boleh tahan tu. Jadi seorang yang flexible . tak bermakna kalau tak contact 24 jam, maknanya tak sayang, kadang2 pasangan perlukan masa untuk mereka sendiri, dengan kawan2, keluarga, ada kerja, simple, give and take,kena faham each other. Jangan pula dah bagi ruang, kau orang cari peluang nak pasang lain. itu namanya cari MAUT 

Masalah #5 :
si A : Awek aku cun tak ?
si B : cun apa, untung kau
si A : tapi aku rasa tak cukup cun lagi, aku ada kenal sorang ni, mcm nak try2 je
si B : Punyalah baik awek kau tu, kau nak pasang lain pula
Si A : Ala, kawan2 je, bukan ada apa2 pun, lagipun awek aku jauh.
isu : kau ingat, kawan2 kau orang tu boleh percaya sangat ke? ingat dia tak report dekat bf @gf korang ek? plus kalau kawan korang tu, kawan dengan gf @ bf korang. Mulalah PERANG DUNIA NANTI.
Solution : manusia ni tak sempurna. korang nak cari pasangan yang sempurna mcm mana lagi? dah ada yang baik dilepaskan, cari pasal nak try2 konon, ingat tak sangkut lah kalau try2 tu. bila dah salah langkah nk patah balik " TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK PERBUATAN, no komen #TEPUKDADATANYADIRI. 

Sebenarnya banyak lagi isu yang timbul kalau bercinta jarak jauh, kalau rajin nnti adalah entry sambungan pasal isu ini heee.  Bercinta yang biasa2 pun ada juga masalahnya, cuma bercinta jarak jauh ini agak mencabar mental dan fizikal. Masing2 kena beringat, apa tujuan utama anda mulakan hubungan " untuk suka2? untuk try and error2? atau untuk mengakhirinya dengan sebuah kebahagiaan? 
Paling mudah agak2 dah confirm " paling mulia adalah BERKAHWIN" bila dah jauh, perasaan akan makin bertambah sayang, semakin mekar percintaan itu. cuba tanya orang yang bercinta jarak jauh dan mereka itu sudah berkahwin. :) mesti jawapan mereka SANGAT BAHAGIA . :) :) :) 



5 comments:

Amelia Amelia said...

thumbs up !

Amelia Amelia said...

thumbs up !

the stories said...

cinta jarak jauh ni mmg bnyk dugaan..:)yg penting,saling percaya..

ainina rasidan said...

Amelia : heee.. :) nice kan haha

ainina rasidan said...

the stories : betul tu zai, kena saling percaya mempercayai. #setiahujungnyawa gitu hee