Sunday, August 18, 2013

~Ini Perjalanan Saya ~

~Ini Perjalanan Saya~
lama dah nak naik entry pasal benda ni, tapi fikir dua tiga empat beratus kali kejap, sebabnya tak reti nak susun ayat bagi cantik untuk tidak buat orang sekeliling terasa heeeeeee.... 

A : "eh, kau ambil course apa ea"
aku : aku ambil BAHASA je
A: course apa tu? tak pernah dengar pun, ada ke course tu
aku : ada je, kenapa?
A : kau nak jadi cikgu BM ke? kenapa ambil bahasa, bahasa melayu pula tu,kan kita dah pandai cakap bahasa melayu.
 aku : sebab aku rasa bahasa aku tak cukup baik lagi, tu aku ambil, dan aku rasa benda ni seronok, apa ada hal
A : kenapa kau tak sambung LAW, bukan kau ambil asasi undang2 ke dulu
aku : sebab aku tak cukup pandai nak ambil LAW, dan rezeki aku dekat sini, dan aku gembira.
A : kalau jadi LAWYER kan bagus
aku : kenapa? kau rasa course mcm ni takda kerja ke? 

ini lah kisah hidup aku, selama 3 tahun soalan yang sama akan ditanya, dari sahabat2, saudara mara, orang yang baru kenal mahupun sesiapa. Aku dah biasa dengan soalan2 ini. Pada mulanya sedikit terkilan, terasa, dan aku selalu persoalkan kepada diri aku, kenapa dengan course yang aku ambil ni, teruk sangat ke? nampak mudah ke? kenapa bila orang tanya macam was2 dengan course aku?. Tapi, itu 2 1/2 tahun yang lalu, kini aku tak heran bila orang bertanya malah bangga. 

A : Kau ambil course apa?
aku : (dengan penuh semangat) PENGAJIAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PROFESIONAL atau BACHELOR OF APPLIED LANG. STUDIES (HONS) (MALAY LANG. FOR PROFESSIONAL COMM.) 
*panjang lebar aku sebut, kisah apa, sebab aku bangga menjadi pelajar bahasa.

Aku tahu, pada mulanya ramai melihat aku sebelah mata, apa tidaknya, hampir kesemua sahabat2 aku ambil course yang sama, dan aku seorang diri tercampak di APB, walaupun sama kampus, tapi course kami lain-lain. Ibu dan ayah pun pada mulanya was-was kenapa aku ambil course ni, masa pergi interview banyak kali ayah tanya, "betul ke nak ambil course ni, try la buat MUET lagi sekali". mmg aku try ambil, tapi masih sama. 

Masa nak isi online dlu, semua pakat2 nak ambil course sama, aku seorang yang lain, bila mereka tanya,jawapan aku " tak best la sama dengan korang, aku nak lain sikit, baru seronok" padahal sebenarnya aku main klik je, mungkin pada aku course ni biasa-biasa sahaja. 

Tekaan aku meleset, tahun pertama aku di APB, aku blur, apa benda ni, tak faham apa2, masuk kelas KOSONG, KOSONG, KOSONG" jujur, nampak muka yakin , faham apa pensyarah ajar, tapi satu benda pun aku x faham lagi2 kelas PAK MAIL ( Prof. Ismail) sebab takda basic, aku dari asasi undang2 lari ke dunia linguistik.. Iri hati tengok mereka yg dah ada basic dari STPM, aku dalam kelas nganga2 je, keluar kelas kosong. End up aku balik bilik termenung tengok budak depan katil aku study. 
well "MARILAH KITA MENUJU KEJAYAAN" pantang menyerah sebelum berjuang. Allah beri kita akal untuk berfikir, bagi kita kesihatan badan yang baik untuk kita gunakan, jadinya kita gunakan sebaiknya. Walaupun semester 1 result exam biaso2 ajo, itu pun dah syukur alhamdullilah, aku masih mampu buat ibu dan ayah senyum dan yakinkan mereka aku tak salah ambil kursus. Paling penting, keredhaan ibu dan ayah, cukup buat aku gembira dan semangat untuk belajar. 

Berbalik kepada course ni, bukan lah semata2 belajar pasal linguistik je, start semester 3 sampai 5 budak2 APB ni kena berhadapan dengan subjek BUSINESS sbb minor course ni BUSINESS.
Part 3 : MANAGEMENT, MARKETING, ECONOMY
Part 4 : ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR
Part 5 : INFORMATION SYSTEM, RETAILING,INTERNATIONAL BUSINESS, ENTREPRENEURSHIP
ni antara subject business yang nak tak nak kami kena hadap juga, start batch aku dah takda ambil finance.
Nak tahu lebih lanjut boleh KLIK AKADEMI PENGAJIAN BAHASA 

Selama 5 semester aku dekat APB, Alhamdullilah, masih boleh survive, hidup dengan aman dan sihatnya, biasalah mana ada benda yang senang dalam dunia ni, jadinya usaha itu sangat penting, dan selebihnya Allah yang tentukan. Jangan pernah cakap TAK BOLEH kalau TAK CUBA, takda benda yang mustahil untuk kita capai dalam hidup ini, yang penting USAHA dan BERDOA. Alhamdullilah selama 5 Semester ni juga, dapat hadiahkan ibu dan ayah hasil usaha dan berkat doa mereka juga, tiada benda yang paling indah daripada senyuman ibu dan ayah melihat kejayaan anaknya. 

Jadinya, buat ibu dan ayah, jangan pernah halang impian anak anda, yakin dengan keputusan mereka dan sentiasa bagi semangat kepada mereka. dan buat mereka dan adik2 yang nak sambung belajar, course ni bukan sahaja ada di UITM, malah di UM & UKM pun ada, cuma namanya lain sikit. Jangan pernah menilai sesuatu benda selagi kita tak lihat hasilnya. Jangan pandang sesuatu perkara remeh, padahal itu yang paling susah. 

Rezeki saya di APB dipermudahkan, malah pihak UITM turut membantu. Kami berdua pernah putus asa, sebab untuk ke sana UITM tidak beri peruntukkan, tapi Dr. Norizah pesan " takpe, hantar je proposal, cuba mana tahu ada rezeki". Ini adalah semangat untuk adik2 di APB. Doakan kami ketika di sana kelak. INI PERJALANAN HIDUP SAYA, dari mula dari yang bawah, kini mula merangkak mencari sesuatu yang indah. InshaAllah. 








1 comment:

hafizulhakim said...

wah! tabik r ngn akak ni :) cayalah akak. saya baru nak join APB nnt. boleh bg tips dak :)