Friday, November 1, 2013

Hidup baru (Brunei) Part 1

Hidup baru (Brunei) Part 1

Lama tak menjengah blog sendiri. Curi masa yang ada ni berkongsi perasaan. Ramai Jr. APB, khususnya semester 5 dah pasang angan awal2 nak buat intern dkt Brunei, here is one of the alternative for me to share an experience and new knowledges dengan awda - awda sekalian, and  now I will introduce you BRUNEI DARUSSALAM. 

 sebelum tu kita marketkan gambar sendiri, fefeeling nak pergi jauh sangat 

bye2.. jumpa lag 3 bulan.. masa ni jenuh tahan air mata.. mmg xtahan pun..deras lagi ada,

To be honest, pertama kali jejakkan kaki dkt airport dia, layanan dari pegawai kastam, segala macam pegawai boleh bagi 5 STAR. 5 STAR!, fikir sendiri kenapa. :). Selalu tengok dekat TV, kalau dari oversea nnti ada orang tggu dekat airport, sambil pegang2 sepanduk nama kita, haaa.. baru nak merasa benda tu, kisah pula, mmg kiteorg jakun. En. Zaidi, the Core staff, pick us once we arrival, dia sabar menunggu walaupun hampir setengah jam lewat. First impression sometimes tak betul, tapi bila sampai sini, first impression "orang brunei ni mmg jaga adab sopan, sangat membantu , suka senyum), dan benda tu memang betul.  Sepanjang perjalanan dia sendiri buat comparison antara KUALA LUMPUR - SHAH ALAM dengan BRUNEI, sbb dia sendiri menetap di MALAYSIA 10 TAHUN, 

Bagi mereka yang memang nak cari ketenangan, keindahan bumi hijau, dan keamanan, memang sini la tempatnya. Xda masalah traffic jam langsung. Tapi, satu je masalah kami, tempat internship agak jauh dari bandar, ala2 mcm siapa yg pernah belajar atau pergi ke UITM MERBOK, mcm tu la keadaannya, atleast MERBOK keluar je pintu gate ada teksi, bus, kereta sewa, sini menangis la kau nk tggu bus, teksi mmg susah kalau dapat tu kira nasib la, apatah lagi kereta sewa, sebabnya sini kebanyakan student bawa kereta sendiri, boleh kira orang yang jalan kaki nak pergi kelas.  Selalunya, student yg xda kenderaan akan menggunakan shuttle van, ada charged yg dikenakan. PERINGATAN, ONCE DAH DATANG SNI, KALAU BELI BARANG, KORANG JANGANLAH FIKIR NAK CONVERTKAN NILAI TU KE RM.. tp kalau orang rasa mcm nk berjimat2 mcm kami ni, buatla, heeeee... Mostly kalau makanan, boleh la, murah juga, sbb guna duit brunei die main range around $1, $2, contoh, set roti tu 1 dollar je, kau nampak mmg la murah sbb angka 1, tp kiteorg mengada convert, rasa mcm mahal la... 

Tempat tinggal, xpayah nk kata lah, rasa mcm duduk hotel pun ada. 
meja belajar, dalam bilik

aku pun muat masuk dalam almari ni, nak main sorok2


office The Core

ni apartment kami





selesa sangat, tak payah complain cakap panas la, apa la, semua ada, tinggal kau nak ke tak nak bayar tiap2 bulan. Nasib ada bantuan UITM, dapat juga meringankan beban kewangan kami... terim kasih UITM.. duit rumah da settle :)

kalau dkt shah alam, kita nak makan kfc, kena la pegi sek 7 kan, ni turun je lift, depan tu kfc, seronok kan, seronok kalau banyak duit hahaha... xseronok kalau korang mcm kiteorg ni 

30/10/2013, makanan pertama kami makan dekat sini.. KFC, sbb mash potato habis, ganti COESLOW... air xda, sbb nak jimat, bawak air sendiri haha, kalau dkt Sek 7 ni, xdanya kisah kena tambah duit beli air, dkt sini kisah, heeee.. nak sihat minum air kosong, sodap



Office, LANGUAGE CENTRE, hoyeay, semalam kami sesat, jalan hampir 30-40 minit, exercise katakan, xpe, kami suka, jalan dalam UBD lengang, mcm bukan CAMPUS je, sepi, tenang, nak tanya orang pun, tgk kiri kanan,xda orang berjalan kaki... jalan punya jalan, kena naik jejantas nk ke office, xpe... gaya hidup sihat. Ms. Mariah, Ms Suci, & Dr. Kim, banyak membantu, plus sangat baik, awesome, they treat us like a visitors, sangat salute cara mereka, might be DASAR PANDANG KE TIMUR lepas ni MALAYSIA perlu tiru BRUNEI , jadikan apa yang baik sebagai sumber inspirasi kearah memajukan negara yang lebih flesibel. 


kami berdua dapat bilik sendiri.. :) boleh la nak melalak dalam bilik ni kalau stress siapkan modul 



Rezeki murah semalam, alhamdullilah, Dr. Kim belanja for our lunch, syukur.. mula2 ketaq2 masuk restoran tu, mahal weh, pa dia ni..... nak makan nasi kosong jela paling murah, once Dr. Kim " today i will treat you all, welcome to UBD" seronokkkkknyaaaaaaaaaa... heeeeee.. 
separuh makanan korea kami dah balun semalam, Ms Mariah & Ms Suci pun excited terlebih . 

hari ni, 1/11/2013, hari ketiga kami di sini. holiday!. Jumaat & Ahad, adalah public holiday dkt sini. gigih la bangun pagi2 nk naik shuttle van, kata pukul 8, last2 org tu ckp kul 10am.. aim utama nk beli simcard je huhu. 

ini kira breakfast skali dgn lunch, mcm biasa air mmg bawak sendiri je, air kosong.. roti ni 1 dollar... hari2 makan 1 dollar pun bagus, misi lepas ni cari nasi katok harganya 1 dollar juga.. rutin kami dah berbeza sangat, makan pun dah jimat2, sebab takut habis, semua benda kami akan fikir dulu sebelum beli apa2, takpun kongsi , lagi mudah. 

Waktu solat di sini pun berbeza, awal sejam, contoh subuh di sini 4:55 am, agak liat la mula2 nk bgun seawal tu, tp ni, dah okay dah. :). Tipu, kalau kata kami dekat sini tak rindu keadaan di Malaysia, walaupun sana sibuk, jalan kiri kanan jam, tapi kami tetap rindu MALAYSIA, berbeza Brunei dan Malaysia. Bila korang dah dekat negara orang, benda paling utama kena set in your mind adalah KUAT SEMANGAT, CEKAL, TABAH, BERSABAR. Kami di sini berdua, masing2 ingatkan sesama sendiri niat utama datang sini nak apa, walaupun rasa susah sikit, sebab tak biasa, tapi, kita kena hadapi juga. Apa2 pun, kami di sini sihat2 sahaja, :). Junior2 , lepas ni ada masa lagi, kami update yang baru :) 

Wasalam :) 





No comments: