Friday, February 17, 2012

~ chap 17- pelangi itu indah

~ chap 17- pelangi itu indah 

  Fikirannya sudah tenang. Jawapan yang ditunggu-tunggu oleh papanya sudah tersedia, tinggal masa untuk diperjelaskan segalanya. Semenjak pulang dari kebun bunga tempoh hari, segala persoalan dihatinya sudah terjawab. Dia tahu, pasti akan ada yang terluka selepas ini, akan ada dendam yang tersemat dihati insan itu. Dikumpulkan kekuatan untuk meleraikan segala-galanya. Papanya semakin pulih, hampir seminggu dia menjaga papanya dirumah. Selama seminggu itu tidak pula papanya mengungkit isu perkahwinan itu. Selama seminggu itu juga dia tidak menghubungi Idham. Idham cuba menghubungi Alia, tetapi gagal. Akhirnya dia nekad untuk pergi ke rumah Dato' Syakir. Alia dan mamanya sedang sibuk mengemas laman depan sambil diperhatikan Dato' Syakir. Mak Kiah pula sedang sibuk membersihkan kolam ikan. Sedang mereka leka mengemas, Alia sudah mengecam kereta yang mula masuk dari simpang jalan tepi rumahnya, 
 " Id.." bisik hatinya. Datin Aida yang sedang asyik melihat tanamannya terganggu seketika sejurus melihat sebuah  kereta yang sedang masuk ke perkarangan rumahnya. Dato' Syakir tersenyum melihat jejaka yang sedang melangkah keluar dari kereta itu adalah Idham.

 " Assalamualaikum, " Idham memberi salam sambil menghulurkan tangannya kepada Dato' Syakir.
 " Waalaikumussalam," Datin Aida dan Dato Syakir menjawabnya serentak, Alia hanya mendiamkan diri.
 " Uncle macam mana, dah okay?" Kerana kesibukkan di tempat kerja, dia tidak berkesempatan lagi untuk melawat Dato' Syakir di rumah, 
 " Alhamdullilah, much more better, young man lama tak jumpa, sibuk cari duit nak kahwin ea, " Dato Syakir mula mengusik.
 " takdalah uncle, Id datang ni nak tengok-tengok uncle, at the same times nak jumpa Alia, " Idham menyampaikan hasratnya.
 " Id, jom lah borak dekat dalam, nanti untie suruh Mak Kiah siapkan minuman, Alia jom masuk," Mamanya mengajak Alia. Sejak dari tadi, Alia hanya mendiamkan diri. Tepat jangkaannya, Idham pasti akan mencarinya. Muka Idham tidak dipandang sedikit pun. Dato Syakir perasan dengan kelakuan Alia itu, dia hanya mendiamkan diri. Sedang Alia, mamanya dan Mak Kiah menyiapkan minum, Alia mula merungut.
 " Dia nak apa datang sini, datang tak cakap pun, " Alia merungut sambil mengelap cawan ditangannya.
 " kamu ni kenapa Lia, mama tengok kamu tak suka Idham datang, dia nak jumpa kamu katanya tadi, " Datin Aida turut perasan dengan kedinginan Alia kepada Idham.
 " Lia tak suka lah dia datang mengejut, lain kali cakap lah dulu, " Alia merungut.
 " dahlah tu, pergi hantar air tu ke depan, " Datin Aida hanya menggelengkan kepalanya melihat perlakuan anaknya itu. Alia yang sedang menuang air di cawan, tanpa memberi sebarang aman menyerang Idham di depan papanya.
 " you ni datang tak bagi tau kenapa, I kan dah cakap I tak suka you datang tak bagi tau awal-awal, " Alia mula melepaskan geram.
 " I dah try call you, tapi banyak kali you reject, I ada message you, tapi satu pun you tak balas, yang I datang sini pun I ada message, tapi you tak balas apa-apa pun, " Idham menerangkan kepada Alia. Alia terdiam. Memang salahnya, pesanan ringkas yang dihantar Idham pagi tadi tidak dibacanya. 
 " Lia, kenapa marah Id macam tu, dah panggil mama, Papa ada hal nak bincang ni, " Dato' Syakir menyuruh Alia memanggil mamanya. 
 " So, semua dah ada dekat sini, Id pun ada juga, jadinya senang la papa nak bincang. Id, uncle ingat nak cepatkan tarikh perkahwinan kamu dengan Alia, tak payah bertunang, terus kahwin," Jelas Dato' Syakir.
Terbeliak mata Alia dibuatnya. Dia tidak memberi sebarang keputusan lagi, tetapi papanya sendiri yang telah memutuskan untuknya. Riak muka Datin Aida turut menunjukkan ekspresi terkejut. 
 " Id, tak kisah, lagipun dah lama Id tunggu jawapan Alia untuk teruskan majlis tu, " Idham setuju dengan cadangan Dato' Syakir. Alia sudah nekad.
 " Nanti dulu,... Alia tak pernah bagi apa-apa keputusan lagi," Alia mula bersuara.
  " Lia tak setuju!!!!," Suaranya meninggi.
  " apa Lia cakap ni, papa ingatkan lepas Lia janji dengan papa, Lia akan ikut apa yang papa nak, Lia jangan nak malukan papa ea," Suara papanya mula meninggi.
 " Please lah papa, Lia taknak kahwin dengan Idham! dia bukan orang yang Lia cari, Lia tak pernah cintakan Id, hanya anggap dia macam kawan baik, papa please, jangan paksa Lia," Alia mula merayu. Idham terkejut dengan jawapan spontan Alia. Selama ini dia tidak menyangka , cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. 
 " Keputusan yang Lia buat, Lia takkan kawin dengan Idham, muktamad!!.. Id, you pun dah dengar sendiri dari mulut I, I harap you faham, you sangat baik,tapi bukan you orangnya Id.. maafkan Lia.." Alia mula menitiskan air mata.
 " Alia..selama ni, Id tunggu Lia, teruk mana Lia layan Id, Id sabar, tak pernah Id bantah, tapi sanggup Lia buat Id macam tunggu kayu selama ni, tak cukup lagi kasih sayang , cinta yang Id curahkan dekat Lia, selama ni Id ikutkan saje apa yang Lia nak, Lia nak tangguh majlis, Id ikutkan dengan harapan Lia akan berfikir dengan lebih matang, tapi ini yang Lia buat, hina sangat ke Id sampai Lia tak boleh terima Id, cakap Lia, apa caranya Id boleh ubah untuk Lia terima Id,,, Id sayangkan Lia... tak pernah ada nama lain yang pernah wujud dalam hati Id...." Idham melepaskan segala-galanya. Air matanya mula menitis. Sebak tidak dapat menerima apa yang Alia sampaikan. Datin Aida hanya terdiam dan mula menitiskan air mata. Suci sungguh cinta yang Idham berikan kepada Alia. 

 " Id...maafkan Lia.. Lia tak boleh terima keikhlasan yang Id bagi, mungkin lepas ni Id nak anggap Lia tidak ada perikemanusiaan, itu hak Id, yang Lia nak, Id lupakan Lia, Id berhak untuk cari cinta yang boleh memberi Id kebahagiaan..."  Alia tahu tiada kata-kata yang mampu mengubat luka Idham lagi, hatinya sangat terluka. Selama bertahun-tahun dia sanggup menunggu Alia, tetapi pengakhiran sebegini yang terjadi.

 " Lia! Lia sedar tak apa yang Lia cakap ni!!! you ruined everything! kita dah aturkan semuanya demi kebaikan dia, tapi dia nak hancurkan semuanya, you tengok anak kesayangan you tu, tak sedar dek untung, semua benda kita turutkan, ini yang dia balas!" Dato Syakir semakin berang. Tangannya di hentak-hentak di atas meja makan. Datin Aida tidak berani bersuara. Hanya mampu mendiamkan diri.

 " Papa tanya sekali lagi, ini keputusan Lia,?" Dato Syakir inginkan kepastian.
 " Yes!, Lia tetap dengan apa yang Lia dah buat,dan Lia tidak akan menyesal dengan keputusan Lia," Alia menjawab dengan yakin.
 " Baik.. kalau itu yang Lia nak, papa larang Lia jejakkan kaki ke rumah ni selagi tak jumpa calon yang Lia rasa boleh bahagiakan Lia!, papa nak tengok sejauh mana cinta yang Lia cari tu boleh bahagiakan Lia, itu keputusan papa!," Dato' Syakir pula bersuara. Keputusan yang dibuat tanpa memikirkan kesannya. Alia terkejut dengan tindakan papanya. Idham masih berdiri kaku di situ. 

 " Alia.. cukuplah dengan apa yang you dah buat, I janji macam mana sekali pun you takkan pernah rasa bahagia! cara baik aku tak dapat kau, jangan ingat aku takda cara lain, ingat tu!," mata kemarahan, kebencian sudah mula menyala pada anak matanya. Idham keluar dari rumah itu dengan penuh api kebencian dan dendam.
 " suka lihat semua ni, Lia dah hancurkan semua orang, "Dato' Syakir kecewa dengan Alia.
Alia tidak dapat menahan sebak, dia tidak menjangka perkara ini menjadi semakin teruk. Dia meninggalkan papa dan mamanya di meja makan. Lari ke biliknya dan mengemas pakaiannya. 
 " you tak payah halang dia, anak tak sedar diri, biar dia pergi, I nak tengok siapa yang boleh bahagiakan dia, takda siapa, I tetap nak Id jadi menantu kita, I akan buat apa sahaja," Dato' Syakir sudah tidak memikirkan penyakitnya, marah tetap marah, mulalah dadanya ditekan-tekan.

 " you tu tak baik lagi, janganlah marah sampai macam ni, tengok dah sakit," Datin Aida mula bersuara apabila melihat suaminya mula menekan-nekan dada menahan kesakitan.
 " sudah..sudah laaa.. dah macam ni pun you nak menengki...Lia tu sorang je anak kita, kalau dia pergi tak balik-balik macam mana," Datin Aida mula bersuara.
 " Lantak dia lah nak pergi mana, " Ringkas Dato Syakir menjawab. Alia mula menuruni anak tangga. Beg pakaiannya dibawa turun sekali.

 " mama..Lia pergi dulu.. nanti Lia balik ea," Alia mencium mamanya, pelukan erat itu menambah kesedihan dihatinya. Datin Aida mula menangis teresak-esak.
 " mama jaga diri, jaga makan, jaga papa ea..Lia pergi dulu, Assalamualaikum, " 

Alia mencium tangan mamanya, entah bila dia akan kembali ke rumah itu. Dihulurkan tangan kepada papanya, tetapi tidak dibalas. Semakin sebak Alia. Dia keluar tanpa menoleh semula kebelakang. Mak Kiah yang turut mendengar sejak bermulanya pertelingkahan itu menitiskan air mata. Enjin kereta dihidupkan. Alia sempat melihat mamanya dari cermin sisi keretanya. Deras air mata yang mengalir di pipinya. Walaupun segalanya telah terjawab, hatinya sedih tidak menyangka akan berlaku perkara seperti ini. Hubungannya dengan papa semakin jauh, hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil lagi dengan Idham musnah begitu sahaja. Awan kumulonimbus mula berkumpul. hatinya yang redup sama seperti awan di atas sana. Hujan rintik-rintik mula turun. 
" apakah ini yang terbaik untukku, sehingga menghancurkan banyak hati, kejamkah aku, salahkah aku mencari yang terbaik untuk diriku sendiri, Ya Allah, Engkau Maha mengetahui segalanya. Engkau berikan aku kekuatan untuk menempuh segala ujian yang mendatang, aku memohon kepadaMu , tunjukkanlah cinta sebenarnya yang aku cari, hanya Engkau yang mengetahui segalanya," hati kecilnya berkata. 


No comments: