Saturday, February 18, 2012

~ chap 18- pelangi itu indah

~ chap 18- pelangi itu indah

Wahida cuba menghubungi Alia, tetapi gagal. Cutinya sudah habis, tetapi masih tidak munculkan diri di pejabat. Dato' Yakob mula gusar kerana kebanyakkan kerjanya tertangguh sementara menunggu Alia kembali ke pejabat. File yang perlu Alia kemaskini belum sempat disemak, banyak tender tergendala kerana ketiadaannya. Alia antara orang yang terpenting di syarikat itu. Wahida turut merasa tekanan apabila asyik digasak soalan yang sama, dia sendiri tidak mengetahui di mana kawannya itu. 

  "Alia, mana kau, kenapa kau tak masuk kerja, ada apa-apa ke ni, risau aku, please angkat phone "
 pesanan ringkas yang dihantar oleh Wahida kepada Alia.
 " Lia, apa yang dah jadi dengan kau ni ," Wahida berbicara sendirian. Sedang dia termenung, satu pesanan ringkas masuk.
 " I'm fine, bagi tau Dato' Yakob yang aku nak ambil leave lagi seminggu, tolong ea, nanti aku balik office, kau jangan risau pasal aku, Assalamualaikum," ringkas sahaja pesanan ringkas yang dibalas Alia. 
 " Alia, kau ni kenapa, banyak sangat rahsia yang kau selindung daripada aku," Wahida berkata sendirian.

Alia seorang yang sentiasa bersemangat, petah berkata-kata, menjadi seorang yang pendiam, semangatnya semakin hilang, satu  tamparan besar baginya , amat sukar untuknya menerima apa yang diungkapkan oleh papa dan Idham. Selama seminggu dia terperap dirumah, akhirnya dia mula bosan. Tiada tempat lain ingin dituju. Kakinya hanya menekan minyak, tangannya memulas stereng, tiada arah tuju. 
 " Wahida.." Alia berkata. 
Rumah teres setingkat itu sudah kelihatan. Alia mengunci keretanya.
 " sunyi, tapi kereta ada," kata Alia.
 " Assalamualaikum, Wahida.." Alia memberi salam. Berulang kali dia memberi salam, tetapi tiada siapa yang menyahut. 
" call lah," Alia mengeluarkan telefon bimbitnya.
 " Assalamualaikum, panas juga dekat luar ni, boleh rentung kulit aku, tak nak bagi aku masuk ke," Alia mula dengan sikapnya yang suka bergurau.
 " Waalaikumussalam, alia!! kau dekat mana ni, penat aku try contact kau, akhirnya kau call aku juga, " Wahida terkejut apabila kawannya itu menelefonnya.
 " kalau yea pun, boleh tak kau buka pintu gate kau ni, panas dekat luar ni, " Alia mula merungut. Wahida mengintai ke luar rumah.
 " MashaAllah,kau dekat luar ke, kejap aku buka," Wahida memutuskan talian. tersenyum dia melihat Alia. Sambil terkial-kial membuka gate, dia sempat lagi membebel kepada Alia.
 " kau ni, datang tak cakap , kalau aku takda rumah tadi, sia-sia je," Wahida membebel.
 " nak tengok kawan pun tak boleh ke, aku balik lah macam ni," Alia buat-buat merajuk.
" ala..kau ni Alia , aku main-main je, jom-jom masuk, kebetulan tadi aku tengah masak, tengah hari kan, langkah kanan lah kau ni," Wahida mengajak Alia masuk. 
 " tak sangka, hidup bujang pun rajin kau masak cuti-cuti ni, kalau aku, makan luar jelah, sorang lagipun," Alia bersuara. Nada suaranya sama seperti biasa, seperti tidak pernah ada apa-apa yang berlaku.
" aku malas nak keluar, masak ala kadar je, kau dah makan ke belum," Wahida sibuk mengemas dapurnya sambil diperhatikan oleh Alia.
 " mestilah belum, tu aku datang rumah kau, " Alia bergurau.
 " haa..jom lah , aku dah siap masak, tapi ala kadar jelah, sedap tak sedap belakang cerita okay, kau makan tutup mulut je okay, " Wahida memberi amaran kepada Alia supaya jangan merungut hasil air tangannya. 
 " okay...jom la, dari tadi ajak, tak makan-makan juga," Alia seperti tidak sabar lagi untuk menjamah makanan yang disediakan oleh Wahida. Hidangan yang biasa tetapi sangat menyelerakan terutama sekali ikan sepat yang baru digoreng , baunya menambahkan selera mereka untuk makan.
 " ikan sardin kau ni pun aku rasa sedap," Alia berkata.
 " mula lah tu, nak kenakan aku, kalau lapar makan apa pun sedap Lia oi..." Wahida tergelak.
Mereka tidak banyak berbual , cuma sesekali Alia ada menanyakan tentang kerja. Selesai makan, mereka duduk di ruang tamu, sambil menonton melodi.
 " Lia, kenapa kau tiba-tiba ambil cuti lagi seminggu," Wahida memulakan kata-katanya. 
Alia menarik nafas panjang. Dia diam seketika.
" aku dengan Id dah takda apa-apa," jawab Alia.
" bukan korang dah nak bertunang ke, cuma kau tangguhkan," Wahida terkejut dengan jawapan Alia.
 " semuanya aku dah jelaskan dekat papa dan Id, mereka tak boleh terima keputusan aku, papa dah halau aku, selagi aku tak jumpa lelaki yang aku cari, aku tak boleh balik rumah, dan Id, dah buang aku jauh-jauh, seminggu aku tak boleh berfikir, sampai macam tu sekali mereka buang aku. " Alia mula menahan air mata.
 " Lia..aku kawan kau, kenapa kau tak cerita dekat aku , bila dah macam ni kau tanggung sorang-sorang, apa guna aku kawan kau masa kau susah aku takda," Wahida menenangkan Alia.
" Ida, bukan aku tak nak cerita, cuma aku buntu masa tu, bukan cara aku menyusahkan orang lain dengan menjaja cerita sedih aku, aku tak tahu apa yang aku buat ini betul ataupun hanya mengikut kehendak aku, aku cuma inginkan yang terbaik untuk diri aku , salahkah," Alia semakin sebak.

 " Lia, kadang-kadang kita perlu fikir orang sekeliling, mungkin itu yang terbaik papa kau nak, bila fikir balik lepas kau buat keputusan ni banyak hati dah terluka, lagi-lagi Idham, Lia, aku tak pernah nampak kekurangan dekat diri Id tu, cukup sempurna untuk kau, aku bukan salahkan kau buat keputusan ni, cuma kenapa kau tolak habis-habisan lamaran Idham, selama ni dia dah banyak bersabar dan bekorban untuk kau, aku kadang-kadang nak cakap pun serba salah, ada masa sampai dia sanggup tunggu kau balik kerja lewat malam hanya nak makan dengan kau je Lia, waktu kau sakit, dia yang tolong belikan makanan, bawa kau ke klinik, tiap-tiap hari call aku suruh tengok-tengokkan kau, kau masih tak nampak keikhlasan dia lagi Lia, jangan kerana kehendak kita, kita buat orang lain kecewa, aku hanya menasihatkan tapi kalau kau rasa cinta yang kau cari selama ini mampu memberi kau bahagia, aku sentiasa menyokong kau, " Wahida terdiam seketika. Alia sudah tidak mampu lagi untuk bertahan, dia menangis sepuas-puas hatinya di sisi Wahida. Dia sedar keputusan dia itu telah merosakkan kebahagiaan banyak pihak, tetapi dia tidak akan berpatah balik dan akan membuktikan segala keputusannya itu benar.
 " Alia, aku doakan cinta yang selama ini kau cari akan muncul, dan aku harap kau akan bahagia, aku kawan kau, aku tak sanggup tengok kau macam ni, aku tau kau kuat dan mampu buktikan yang kau tak salah, " Wahida memberi kata-kata semangat kepada Alia. Alia hanya mendiamkan diri sambil memeluk erat sahabatnya. Seharian Alia menghabiskan  masanya di rumah Wahida. Dia semakin bersemangat, kesedihannya telah menjadi satu kisah lama, dia kembali dengan semangat Alia Syakira yang baru. 

Idham pula semakin tidak terurus, harapannya musnah begitu sahaja. Dia  yang sebelum ini seorang yang  bersemangat, penyabar, sentiasa ceria, berubah sama sekali. Kerja dilakukan dengan sambil lewa, panas baran, murung dan banyak mendiamkan diri. Dia lebih suka menyendiri, makan dan minum tidak terurus sehingga mamanya sendiri yang terpaksa menyedarkan dia yang tidak menjamah apa-apa selama empat hari. Impak yang sangat memberi kesan kepadanya, hatinya yang semakin penuh dengan dendam dan kebencian kepada Alia.

 " Alia, kau tolak aku mentah-mentah, jangan ingat hidup kau bahagia lepas ni, aku akan jadikan hidup kau sengsara, aku nak kau rasa apa yang aku rasa sekarang, kau tunggu Alia..kau tunggu," kata-kata itu diungkapkannya berulang kali. 
" kau tunggu alia, kau tunggu..." 

" Ia(syaitan) hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan, dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui. ( surah Al-Baqarah 2: 169)


No comments: