Wednesday, February 15, 2012

~ chap 16- pelangi itu indah

~ chap 16- pelangi itu indah

 Kebun bunga itu akan senyu apabila sampainya hari sabtu dan ahad. Hanya Akhbar yang akan menguruskan kebun dan melihat tanamannya sekali sekala pada hari cuti itu. Kebetulan pada hari ini Akhbar berniat untuk menambah tanamannya di kebun itu. Alia  mula melangkah. Akhbar hanya tersenyum melihat Alia yang sedang menuju ke arahnya. Hatinya mula merasakan ada sesuatu tarikan tentang wanita ini. Semakin dipandang, semakin terasa debaran itu. Akhbar mula mengalihkan pandangannya, rasa hati yang kian berdebar.
  
" Assalamualaikum, " Alia memberi salam.
 " Waalaikumussalam, cik Alia," Akhbar membalas.
 " tak payah la bercik-cik dengan saya, panggil Lia je, awak sorang je hari ni, sunyi je kebun hari ni," Alia mula memberanikan diri menanyakan kepada Akhbar.
 " oh, selalunya hujung minggu kebun ni tutup, cuma kadang-kadang je saya tengok-tengok kebun, kebetulan hari ni saya ada nak tanam benih baru, tu saya datang awal pagi, Lia datang sorang je, Id mana?"Akhbar pula menanyakan kepada Alia.
 " saya sorang je, Id tak ikut, lagipun dia tak tahu saya datang sini, awak nak tanam bunga apa hari ni, " Alia mula selesa berbual dengan Akhbar.
 " saya ada benih bunga lily ni lagi, saya ingat nak tanam dekat sebelah sana, nampak macam kosong, awak nak tolong saya tanam," ajak Akhbar.
 " boleh juga, lama dah saya tak berkebun,jom lah,"
 Alia sangat teruja dengan ajakan Akhbar. sudah lama dia tidak berkebun, tambahan pula bunga yang hendak ditanamnya bunga kesukaannya. Akhbar tertarik dengan sifat keanak-anakkan wanita ini. Dia hanya memendam rasa yang tidak akan berbalas. Bungkusan anak pokok diberikan kepada Alia.

 " takpe ke awak nak tanam ni, nanti kotor baju tu," Akhbar melihat pakaian Alia.
 " takpe, nanti boleh basuh, biar saya uruskan, hari ni saya jadi tukang kebun bunga, Tuan Akhbar tengok ea,"  Alia mula menunjukan skillnya. Seperti sedang mengerjakan kebun 10 ekar, habis kotor pakaiannya. Akhbar tergelak melihat teletah Alia. Dalam kegembiraan itu, Akhbar masih sangsi dengan niat Alia datang ke kebunnya. 
 " Lia, kenapa tiba-tiba awak datang sini, " Akhbar memulakan pertanyaan.
  " sayakan customer awak, suka hati saya lah nak datang ," Alia bergurau.
 " awak datang Id tak tahu, nanti dia cakap apa pula, nanti saya bagi tahu dia ea.."Akhbar menambah.
 " Id tu bukan siapa-siapa, saya bebas nak pergi mana saya nak, dia bukan suami saya, bukan tunang saya dan bukan keka..." dia terdiam.
 " kenapa awak tak sambung, " Akhbar tertanya-tanya.
 " takda apa-apa lah, awak tak suka saya datang ea, kalau macam tu saya balik dulu, " Alia seperti merajuk.
 " saya tak cakap pun saya tak suka, saya sentiasa menerima kedatangan pelanggan saya, hari ni special customer saya yang tanam bunga, bunga ni saya tak boleh jual sebab special ," Akhbar mula memujuk Alia. 
 " awak suka bunga lily? ," Akhbar bertanya.
 " haah, sangat suka, first time saya datang sini, dapat tengok bunga lily sebanyak ni buat saya sangat tenang, i can put aside my problems bila tengok bunga ni, dulu saya rajin juga berkebun tolong mama , tapi bila dah pindah rumah sendiri, kondo pula tu, dah tak berkebun dah, kalau saya nak tanya boleh, " tanya Alia.
 " tanyalah," ringkas jawapan Akhbar.
 " kenapa kawasan ni je penuh dengan bunga Lily, takda bunga lain, " sudah lama Alia ingin bertanyakan kepada Akhbar. Akhbar sudah menjangka dengan soalan yang akan ditanyakan.Dia hanya tersenyum , menarik nafas yang dalam untuk menjawab persoalan itu.
 " kalau kita sudah berjanji untuk menunaikan sesuatu perkara, sudah jadi tanggungjawab kita untuk menunaikannya, sama seperti dengan tanaman ini, janji saya untuk berikan dia seladang bunga lily, sekarang seladang bunga lily saya tanam, seperti yang saya janjikan, " Akhbar menjelaskan.
 " untung girlfriend awak, " ringkas jawapan Alia.
 " kalau lah dia dapat lihat apa yang awak lihat sekarang, lagi indah rasanya, " suara Akhbar mula sebak ."  Dia jauh dari kita, semoga dia tenang di sana, " tambah Akhbar.
 " maafkan saya, saya tak tahu yang dia dah takda, maafkan saya," Alia serba salah.
 " takpe, dah lama dah cerita ni, kalau awak rajin, nak datang selalu tengok kebun bunga ni boleh je, tapi kena lah bagi tau Id dulu, " Akhbar mula menukar topik,
 " em.. saya dengan Id kawan je, tak lebih daripada tu, " akhirnya Alia menjelaskan segalanya.
 " bukan ke awak dengan Id dah nk bertunang, " terkejut Akbar mendengar kata-kata Alia.
 " itu dia yang cakap , bukan saya, saya anggap dia kawan baik saya dari kecil lagi, tak lebih daripada tu, sedikit pun saya takda perasaan sayang sebagai kekasih untuk dia, saya dah cuba, tapi saya tak boleh, sayang saya hanya sebagai seorang sahabat, itu sahaja, " Alia menjelaskan kepada Akhbar. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu senang berbicara dengan jejaka ini. Akhbar terdiam dan hanya mendengar penjelasannya.
 " Id, baik dia sentiasa ada dengan saya, bukan tidak menghargainya, cuma saya tak boleh menerima dia dalam hidup saya," tambah Alia lagi. Suasana yang riuh dengan gelak tawa, bertukar kepada keadaan yang sedikit suram. 

 " saya datang sini, untuk menenangkan fikiran saya, saya dah salah cakap dengan papa, keadaan memaksa saya berjanji sebegitu, kenyataannya saya tak sanggup menunaikan hasrat papa, " Alia menceritakan kepada Akhbar. 
 " awak dah janji apa, " Akhbar ingin mengetahuinya.
 " papa minta saya kawin dengan Id, dan saya tak boleh!!!!," Akhirnya, dia gagal menahan sebak, dan menangis di depan Akhbar. 
" mungkin itu yang terbaik untuk awak, mungkin papa awak lebih tahu mana yang baik dan sebaliknya, saya takda hak nak bagi nasihat  untuk awak dengar,  apa yang saya boleh katakan, fikirlah demi kebahagiaan awak, " Akhbar seperti turut merasakan kesedihan yang sama, satu perasaan kecewa mula hadir dalam dirinya. Dia tahu siapa dia untuk menghalang takdir. Alia hanya mendiamkan diri.
 " baju awak dah kotor, jom lah balik rumah saya, boleh tukar pakaian, " Akhbar mengajak Alia pulang ke rumah.
 " takkan saya nak pakai baju awak pula, " Alia bertanya.
Akhbar tergelak kecil mendengar pertanyaan Alia.
 " apa salahnya, baju saya muat je awak pakai, " dia tergelak. Alia memandu keretanya.

 "Assalamualaikum," Akhbar memberi salam.
 " waalaikumussalam, awal kau balik Bar, " Mak Siti menjenguk keluar rumah.
 " haah, hari ni kerja siap awal, Bar balik awal la, " Akhbar menjelaskan kepada ibu saudaranya. Mata Mak Siti tidak terkelip-kelip sejurus melihat Alia.
 " Assalamualaikum mak cik," Lembut Alia memberi salam sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Mak Siti.
 "Waalaikumussalam, masuk nak, masuk," Mak Siti menjemput Alia masuk ke dalam rumah.
 " anak dara siapa kau bawa balik ni Bar, cantiknya Mak Siti tengok, bakal menantu ea," Mak Siti mula dengan usikannya.
 " eh, ke situ pula, takdalah ni kawan Bar, tadi dia datang kebun, dia ada tolong Bar tanam bunga tadi, habis baju dia kotor, tu Bar ajak balik nak suruh dia tukar baju, itu pun kalau dia nak pakai baju murah kita, " Akhbar mengusik Alia.
 " ehh, baju saya pun ada beli dekat bundle la," Alia membalas, sambil tersenyum
 " ohh.. takpe Lia, nanti Mak Siti tunjukkan bilik Farah, anak dara Mak Siti, nanti Lia pakai baju dia je, badannya pun lebih kurang sama dengan lia, nanti Mak Siti carikan baju ea,jom lah ikut Mak Siti ," Mak Siti mengajak Alia ke bilik Farah, anak gadisnya.Akhbar hanya melihat mereka beredar dan duduk berehat di ruang tamu. 
" Tengah hari ni lia makan sini je ea, Lia suka makan apa, nanti Mak Siti masakkan, " Mak Siti senang menerima kedatangan Alia.
 " eh, tak payah susah-susah , Alia makan je semua, " Alia lembut berkata-kata.
 " hari ni ada Ikan terubuk, nanti kita masak ikan terubuk bakar ea," Mak Siti memberi cadangan.
 " okay, Alia makan semua, " Alia tersenyum, dia turut senang dengan layanan Mak Siti. Kedengaran suara mereka bergurau senda di dapur. Ada sahaja bahan yang dijadikan perbualan. Sudah nampak kemesraan yang timbul. Akhbar hanya mendengar perbualan mereka , senang melihat Mak Siti gembira seperti itu. Hari ni Ikmal tiada dirumah, hujung minggu seperti ini rutin dia daripada dulu menghabiskan masa dengan memancing ikan di lubuk-lubuk yang baru diketahuinya. 

 " wah banyaknya lauk hari ni, ada kenduri ke Mak Siti, " usik Akhbar.
 " hari ni kan kita ada tetamu, masak lebih sikit, " Mak Siti membalas.
 " ini baru tetamu, kalau menantu nanti semua jenis lauk Mak Siti masak agaknya ea, " tambah Akhbar sambil tergelak.  
 " kau ni Bar, ada je nak kenakan Mak Siti ea, ada lauk yang Alia masak tau, " Mak Siti menambah.
 " wah! awak masak, mana satu, " Akhbar tertarik ingin mengetahuinya.
 "  sambal udang dengan petai," jawab Alia sambil tersenyum.
 " ni kena rasa ni, terus lapar dibuatnya, bila boleh makan ni," Akhbar yang sejak tadi menahan lapar.
 " ni boleh lah makan, Lia, senduk nasi ea," Mak Siti menyuruh Alia menyenduk nasi di tepinya itu. 

Makanan tengah hari yang sangat menyelerakan. Sambal udang yang dimasak Alia tidak mengecewakan malahan  mendapat pujian  daripada Akhbar dan Mak Siti. Sepanjang di meja makan mereka berbual-bual . Dari situ Alia lebih mengenali Akhbar. Hatinya semakin tertarik dengan jejaka ini. Satu perasaaan yang pernah dia rasa  dahulu ketika bersama Taufiq. Perasaan itu turut dirasai oleh Akhbar. Perasaan yang suatu ketika dahulu dirasai ketika bersama Nadia muncul kembali. Dia mula merasa pelangi yang ditutupi awan muncul kembali, adakah ini yang dikatakan bahagia. 



No comments: