~ Datang bersama tibanya puasa~
Selamat bersahur...pagi2 buta dah buat entry.. hari ni bangun sahur awal siapkan2 sahur untuk ayah sekali wee... pecah rekod jugalah tak penah2 nk sediakan sahur, tiba2 blh pula bgun seawal mungkin hari ini.
~datang bersama tibanya puasa~ apakah? iaitu SOLAT TERAWIH. solat terawih hanya ada pada bulan puasa, betapa unik dan indahnya bulan puasa. waktu dulu2 agak pemalas, liat juga nak berterawih ni, semenjak dua menjak dah berakal panjang dan memahami erti puasa dengan lebih mendalam, liat tu xdalah, dh kurang sedikit, ayah pun pegi sama, boleh join dari belakang :).. balik seminggu ke rumah ini dengan harapan dapatlah mengisi ruang yang x terisi lagi, sekatan kerja menyebabkan tidak dapat merasa melakukannya, peluang yang ada kita gunakan sebaik-baiknya.
Hukum solat terawih sunat muakkad ( yang sangat dituntut). boleh saje nak lakukan dengan sendiri, tapi lebih afdal berjemaah bersama. Banyak kelebihan dapat kita kongsi bersama :
1. kalau dah pegi masjid,surau tu dapat jumpa ramai orang, dapatlah jumpa kawan2 lama, lepas terawih borak2..errr,.mcm dah lain je kelebihan ni.. hoho..jgn nak duk buat gosip lepas solat pula ea..
2. saya suka yang ini, lepas terawih kadang2 masjid atau surau tu akan ada moreh orang kata, makan juadah yang ada :)
3. kesihatan kita pun semakin bertambah baik,dengan melakukan terawih inshaAllah, boleh membantu sedikit sebanyak fungsi badan kita ini.
4. niat kena betul, inshaAllah, pahala melakukan terawih akan kita peroleh
5.selain dapat jumpa kawan lama, boleh lah beramah mesra dengan orang sekeliling, ini ada yang tak kenal jiran sendiri, kelebihan~ perempuan kalau ada makcik2 yang tgk bgusnyalah budak ni, blh jadi menantu pilihan hohoho..ini tambahan sajo..mana tau kan :)
6. selepas berbuka puasa tu, dah makan banyak sangat, blh lah dengan terawih merupakan satu senaman juga, jadinya terhadam jugalah apa yang dimakan.
melentur buluh biarlah dari rebungnya, anak2 zaman sekarang ni, seeloknya diajar melaksanakan solat terawih, nanti dah terbiasa xdalah liat :).. selamat berpuasa dan beramal :)
No comments:
Post a Comment