Saturday, January 29, 2011

Cuti tak serupa cuti~ arghhhhhh..



hari ni dah start cuti mid sem..happy holiday kawan2.. tapi saya tahu hampir semua students cuti kali ni dipenuhi dengan ASSIGNMENT yang berlambak.. arghhhh..STRESS!!!!


rasa nak gigit smua benda je sekarang

sekarang ni baru saya rasa alam universiti yang sebenarnya, baru sem 1, tapi dah rasa mcm sem 4..kerja bertimbun-timbun plus homework plus nak kuiz & test lagi.. arghhh...
ingatkan nak bersuka ria la cuti ni, tapi semua tu terkubur ..sob2..
selalunya waktu cuti pasti saya akan menghabiskan masa di tanjung karang tak pun balik kampung, tapi kali ni cuti saya hanya duk menghadap laptop jelah.. saya nak balik kampung!!!! nak maksu, aqil dgn nenek!!!


list assignment/homework/test yang perlu disiapkan sebelum berakhirnya cuti seminggu ni :-(

1. PRESENTATION BEL 492- BACK PAIN
2. ASSIGNMENT PENULISAN ILMIAH- CIPLAK
3.ASSIGNMENT TATABAHASA( byk ar smpai tiga tajuk..huuu)
4. ASSIGNMENT LINGUISTIK (essay sampai dua)
5. HOMEWORK BEL 403- GRAMMAR PLUS ESSAY
6- KUIZ PENULISAN ILMIAH
7-TEST PROF ISMAIL
(rasa mcm ada lagi tapi tak ingat dah)

kalau asik duk hadap benda2 ni, bila masa saya nak bermain2.. memang dah xda istilah bermain2 la gamaknya...dah takda istilah bersuka ria,sekarang hanya perlu focus saje
capai semua matlamat yang ada dalam diri, siapkan assignment ikut jadual.(dalam hidup x pernah ada time table, tapi semenjak masuk degree ni, saya dah ada jadual..hehe.. bangga sikit hehe)..

hidup ni tak seronok kalau xda cabaran , kehidupan lagi tampak manis jika sentiasa disulami dengan pelbagai perasaan dan cabaran. kehidupan akan datang lagi mencabar, yang ini hanya sebahagian dari cabaran2 itu, kalau saya malas nak buat semua ni, cita2 ingin menjadi seorang pengkaji bahasa akan terkubur begitu sahajalah..so USAHA TANGGA KEJAYAAN.



No comments: