Friday, December 3, 2010

Hikmat disebalik kejadian IBU~~~

(Radziah muhd.yusof ~ ibu)

Lahirnya aku sebagai seorang insan yang bernama anak adalah dari rahim seorang ibu yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi melihat anak sulungnya lahir dimuka bumi ini.
ibu ayong sayang ibu :)

bermulanya kisah, aku mengaku aku bukan la jenis yang rapat dgn ahli keluarga walaupun yang ada dalam keluarga ini hanya aku, ibu, ayah dan seorang adik perempuan, simple family i guess .walaupun aku jenis yang becok dalam keluarga x dapat dinafikan lagi sehingga adik aku pun penah kata "akak pagi2 ni orang xda mood nak ckp , tapi akak pot pet pot pet" haha..
bukan maksudku tidak rapat dgn family adalah aku berdiam diri, tapi tak semua masalah aku aku kongsi bersama mereka , mungkin aku x tau macam mana caranya, tapi segalanya berubah semenjak aku duduk berjauhan dengan mereka apabila aku continue my study dekat merbok tu haa.. utara sana.mungkin disebabkan berjauhan dengan family lebih-lebih lagi sebelum ini aku tak pernah berjauhan dengan mereka membuatkan aku selalu contact mereka, kalau first sem tu hari2 nak call , mcm la tak boleh berdikari. sem 2 dah kurang sikit seminggu tu adalah dalam dua tiga kali..my last sem haaa.. sebulan tu tiga kali la haha..adalah juga saya call kan..but the story it's when ibu kena adm. dekat hospital almost 4 days the story begin..
aku pun ada dua sahaja adik beradik, adik nak spm so ibu pun taknak la bebankan dia temankan ibu, jadinya aku lah yang temankan ibu masa dia dekat sana. Bermulanya di sanalah aku baru get closer dengan ibu mcm lawak kan seorang anak baru nak mengenali ibu nya tapi aku tak malu untuk ceritakannya mungkin ini boleh dijadikan sebagai pengajaran bersama. aku start berkongsi segalanya dengan ibu, dahulunya aku segan nak bercerita apa-apa sahaja berkenaan peribadi aku, yang selalu dibincangkan adalah soal pelajaran, tentang kertas exam lah, result exam la itu sahaja , but now it's different. Mungkin dahulu aku selesa bercerita dengan kawan-kawan tapi sampai bila nak kongsi dengan kawan-kawan semua masalah , kawan pun ada masalah sendirikan. Dahulu aku fikirkan ibu ini jenis yang sangat tegas , tapi sebenarnya dia pun macam aku buat lawak x bertempat hahaha.. ada sahaja lawaknya sampai ada satu ketika masa nurse datang she can said " ayong nurse ni handsome ayong taknak ke" haha.. for me itu adalah gurauan seorang ibu kepada anak,ibu tak pernah bergurau macam tu :).. banyak benda yang aku tak tahu pasal ibu dan banyak benda yang aku dah diamkan selama ini dengan ibu.The best part is sebelum ni aku tak penah nak bercerita dengan ibu siapa yang aku suka, siapa yang aku benci now i can share with her hehe.. and more surprises ibu open minded agak terkejut pada mulanya, apa tak nya seorang yang aku rasa sebelum ini tegas berubah kepada seorang yang cukup penyayang hilang segala ketegasannya and she already give me a green light , a good start for me hehe.
Dalam bersuka-suka ada juga yang duka, tak semua manis pasti akan terselitnya kepahitan di situ, seorang yang aku lihat sebelum ini "wanita besi" title yang diberikan kawan-kawan ibu di tempat kerjanya sakit, pada mulanya aku pun macam tak percaya, ibu yang selama ini aku lihat sihat sahaja macam biasa , tapi dalamannya kita tak tau.itulah orang kata,kalau nak sakit tu bila-bila sahaja, semalam kita tengok dia sihat-sihat sahaja, tiba-tiba hari ni dah dalam hospital. itulah kehidupan namanya. ada kalanya kita di atas, dan ada kalanya kita dibawah.
Apa yang kita boleh lakukan adalah berdoa dan terus berdoa serta berusaha sebaik mungkin menempuhi apa yang mendatang.kita sebagai anak bertanggungjawab keatas kedua ibu bapanya, bukan aku nak bercerita yang aku ni baik jaga ibu ketika sakit sebab ada orang lain buat benda yang sama, cuma apa yang ingin disampaikan adalah ibubapa adalah anugerah daripadaNYA yang perlu kita pelihara sehingga keakhir hayat sepertimana mereka menjaga kita sehingga menjadi seorang insan yang sempurna dengan ilmu dunia dan akhirat, inshaAllah. Tak salah kalau anak sekali sekala mendengar cerita ibubapa mereka sebab mereka tak pernah jemu mendengar ngomelan kita kepada mereka, dan tak salah juga seorang anak sentiasa ada bersama ibubapa mereka ketika senang mahupun susah sebab itu sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang ANAK.. wasalam

anakmu,
ainina

2 comments:

fakrul_roslan said...

kasih ibu sampai ke syurga...kamu anak yg baik.. =)

Unknown said...

kasih ibu sampai ke syurga... :)