Monday, October 4, 2010

Patient is the key


a
pa itu sabar? kita kembali kepada dari pucuk pangkal makna sabar. menurut islam,Sabar merupakan sebuah istilah yang berasal dari bahasa Arab, dan sudah menjadi istilah dalam bahasa Indonesia. Asal katanya adalah "Shobaro", yang membentuk infinitif (masdar) menjadi "shabran". Dari segi bahasa, sabar berarti menahan dan mencegah. Menguatkan makna seperti ini adalah firman Allah dalam Al-Qur'an:

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (QS. Al-Kahfi/ 18 : 28)

Sabar membawa byk difinisinya yang tersendiri dan ada pelbagai jenis sabar dalam kehidupan. antaranya sabar dalam ketaatan kepada Allah, sabar dalam meninggalkan kemaksiatan, sabar dalam menghadapi cubaan dari Allah. Allah menjadikan manusia dengan pelbagai sifat dan ragam. sebagai contoh kesabaran seorang ibu takkala ingin melahirkan anak, kesabaran seorang bapa mencari nafkhah untuk keluarganya, kesabaran seorang kakak melayan teletah adik kecilnya, kesabaran seorang pendidik mendidik anak bangsa,ect.. Pelbagai ragam manusia diperlihatkan dimuka bumi. Untuk kita menempuh ragam2 ini, kesabaran perlu diletakkan ditempat yang paling atas.

Aku akui, aku bukanlah seorang yang penyabar pada mulanya. sikap panas baran, keras kepala dan degil merupakan trade mark ku dahulunya. Itu orang kata, manusia boleh berubah jika itu kehendak dirinya. Sikap yang selalu menghantui ku kian hari kian hilang, ini juga memerlukan kesabaran, kenapa? sebab untuk mengubah sesuatu yang sudah menjadi " routine " kita agak susah untuk dilenturkan...

Dalam persahabatan, kesabaran perlu diutamakan. kita berkawan dengan pelbagai jenis manusia yg mempunyai pelbagai ragam, hanya dengan kesabaran yang akan mengajar kita menghargai sesebuah persahabatan itu. Sabar melayan teletah mereka, sabar mendengar apa yang mereka luahkan, sabar dengan kehendak mereka, sabar dengan keegoaan mereka dan segalanya tentang mereka. Hanya mereka yang mampu melakukannya adalah mereka yang benar2 sabar. jika kalian sekarang mempunyai kawan disekeliling anda ini sudah menunjukkan anda adalah seorang yang sabar, patut bangga dengan diri anda semua.. :)..

Main part is Patient is the key... one of my friend Muhammad azri zakaria yang pesan kepada saya.... nina , Patient is the most important things.... benar..hanya sabar yang mampu membawa kita kepada kebenaran... dengan sabar sahaja yang mampu menjadikan kita seorang yang cemerlang didunia dan akhirat, makna sabar ini juga boleh digunakan dalam hubungan kita dengan orang yang kita sayang..sabar dengan sikap mereka yang kadang2 ada naik surutnya, sabar dengan kedegilan mereka, sabar dengan sikap acu tak acu mereka ect. Dengan sabar mungkin jawapan yang selama ini kita tunggu akan terjawab..mungkin ianya memakan masa yang lama.. tetapi mungkin ianya akan membuahkan hasil tiada siapa yang tahu kebenarannya... INGAT SENTIASA SABAR DALAM MELAKUKAN APA JUGA.. wasalam..



No comments: