Sunday, December 23, 2012

perang bermula kembali :)

Perang bermula kembali 

Semester 4 sudah melabuhkan tirainya, GERBANG PEPERIKSAAN AKHIR sudah bermula.
Sekali lagi, kena tempuh "medan perang ini" . Kesabaran yg amat diperlukan kali ini sebabnya, jadual exam sangatlah menyakitkan hati buat kali kedua selepas semester lalu

tak boleh tahan mental dan fizikal bila last day ada dua paper yang menyakitkan jiwa dan raga...
AININA..ingat ini adalah DUGAAN..DUGAAN.. terima dengan rela hati.. 

Disebabkan keadaan ini lah, langkah seterusnya perlu di buat..iaitu  manage time dengan betulnya, jangan ada satu ruang pun tertinggal untuk diisi dengan sebaiknya. 

Xtau lah mampu ke tak ikut apa yg dibuat , sebab diri ini sedar, diri ini x reti nk ikut jadual dan atur masa dengan cemerlangnya -__-.. harap ini dapat membantu diri ini.
1st step esok! - SIAPKAN FINAL PROPOSAL.. lepas dah siap benda tu baru hati rasa senang, muka ada senyum :), selagi tak siap pembetulan tu, selagi tu lah jiwa raga terseksa, lepas siap terus hantar dekat penyelia En. Azhar, semaklah, harap proposal adalah salah satu subjek yg menyumbang kepada A.. -_-.. harapan.. nak harap subjek lain.. buat masa ni tenggelam timbul, tenggelam timbul..

Dan, untuk tambahkan keyakinan dan memberi supplement kepada minda, hati, jiwa, raga supaya tenang dan sentiasa ingat kepadaNYA ini boleh dikongsi besama dan untuk amalan kita semua :)
"Kita hidup kerana ALLAH SWT, Dia yang mencipta kita,
ramai orang, bila susah baru mencariNYA,
bila senang, kita lupa kepadaNYA,
jangan hidup dimuka bumi ini dengan berjalan mendabik dada, mengangkat muka, 
kelak kita binasa .
tak susah mencari nikmat daripadaNYA, sehari 5 waktu, tidak lama 10-15 minit, isikan dengan Zikir dan Selawat, niat dalam hati segalanya untuk ALLAH :)
ikhlas , ikhlas, ikhlas :)

GOOD LUCK UNTUK FINAL EXAM :)
KITA USAHA SEBAIK MUNGKIN, SELEBIHNYA KITA BERSERAH KEPADA ALLAH :)
P/S : kekasih hati, good luck untuk final exam :) dan selamat berpractical cuti nanti :) i wish u all the best :)

W'salam :)


1 comment:

hafizulhakim said...

wahhhh goodluck untuk final nnt :)