Sunday, December 2, 2012

24 month with love <3 


bermula di sini...
tempatnya dihujung dan bawah, antara pelajar terawal yang akan memenuhi ruang dewan. Setiap kali ada kuliah di dewan yang sama, kadang-kadang mata ini tertumpu di satu sudut, hanya curi pandang sahaja. Kami jalan seperti itik pulang petang, pensyarah sudah berdiri di hadapan dewan. kami mengambil tempat. macam biasa aku dihujung dan disebelah sahabat karibku. today , madam nak bagi assignment la...
"okay kelas, today i will give you the assignment group, but first, count from 1 to 10, and it will be continue from 1 to 10 back" 1,2,3...blalalal.. sampai dekat aku..."ala, x sama lah kita, kena berpecah" ingat akan sama kumpulan dengan rakan sekelas.
"okay class, please make a group based on the number that you count" jalan terkedik2, mencari kenalan yang aku kenali, mengharap sangat ada yang aku kenal. satu kumpulan dalam 10 orang, ada juga kenalan sekelas ku sama kumpulan dengan ku. ada juga kawan. 

"Eh, budak ni sama group lah" dalam hatiku. kumpulan dibentuk, agihan tugas diberikan. masing-masing membuat tugasan yang diagihkan oleh ketua kumpulan. Dalam masa itu, mata ini ada kalanya curi pandang dengan gelagatnya. Kadang kala tergelak sendirian di dalam hati melihatnya. Jarang sekali ada orang sepertinya. Pelik, tapi itulah realiti yang sebenar. Macam mengambil kesempatan dengan kebaikannya, dia pun okay sahaja, janji aku dah siap apa yang diarahkan. Dihari pembentangan , dia membentangkan hasil tugasan kami beserta beberapa orang ahli lagi. sekali lagi, dia mencuri perhatian ku. Namun, ianya hanya sementara, lepas kelas, aku lupakan, dan tak boleh untuk aku ingat. Habis kerja kumpulan, tiada lagi bersua muka. Hubungan rakan kumpulan sahaja yang terbina. ada cuba untuk menghubungnya selepas itu, namun skrin telefon ini kerap kali ditaip dengan ayat, dan kemudiannya di padam. Pengecut. bila untuk tidak jadi pengecut. Ya, hari nak exam, wish sebagai kawan. Di situ bermula. namun hanya sementara. selepas exam, masing-masing hilang. 

hari ini paling tak seronok, keputusan exam semester 2 nak keluar, pesanan ringkas daripada sahabat2 bertalu-talu masuk sampai penuh inbox. dan tidak dijangka, namanya turut tersenarai. Ucapan tahniah ungkapan pertama untuk dia. Bermula di situ. Budak pendiam dan pelik yang duduk dihujung dewan dan depan itu aku hubungi. Orang yang selalu aku curi-curi pandang tiap kali masuk dewan, aku tengah mengenalinya. semakin hari, semakin mengenali, macam kita mula-mula pergi kedai makan, bila pergi dan sedap masakannya, kita akan terus suka dan akan datang lagi, begitu juga dalam persahabatan, sekali kita serasi, kita akan terus berkawan dengannya. Kawan.. aku tahu aku dalam tahap bahaya sekarang kerana hati ini tidak pandai menipu, budak pelik itu buat aku tertarik dalam segala hal mengenainya. 

semester 3 bermula, semester akhir untuk asasi. Masuk dewan, hari pertama, mata ku terus tertumpu ditempat biasa yang dia selalu duduk. masih sama, Melihatnya sedang tunduk, aku tersenyum sendiri. selepas pembentangan, tidak pernah berjumpa, hanya sekali sekala sewaktu cuti bertanya khabar, selepas itu senyap. sunyi. kali ini pelik, masuk dewan kuliah seharusnya niat nak belajar, tapi niat nak tengok dipenjuru dewan. hari-hari nak pergi kelas. aku sendiri pelik dengan sikap ku. Hanya berani berhubung melalui telefon itupun hanya sms, bila bertemu tidak pernah pula bertegur. Malu. sejak bila aku reti malu. tapi sampai bila satu dewan dan tak bertegur. mula dengan hanya berbalas senyuman sahaja. kemudian ada keyakinan untuk bertegur. hari berganti hari, dia sahabat ku. sahabat yang ditegur dan berbual dengan senang di dalam sms, bila berdepan seperti orang asing. kami aneh. itu yang dapat aku huraikan untuk situasi kami ini. Semakin hari, semakin seronok berkawan dengannya. Akhir semester, perlu bekerja keras, akhirnya exam tiba. macam biasa jawab mana yang mampu. Hari terakhir di Merbok, malam dinner, di situ segala-galanya berubah. disebalik nombor ini menghuraikan segala-galanya. 
Berakhirnya dinner prelaw. diharap akan berterusan hubungan persahabatan yang terjalin. Namun, terputus ditengah jalan, kami kembali sepi kembali. Masing-masing membawa haluan masing-masing. Menjalani hari-hari biasa dengan sesempurna mungkin. Namun, jauh disudut hati ini, masih menanti kemunculannya. Masih keadaan yang sama, senyu, sepi. Masa hadapan kita tidak mampu menjangkanya. Dia muncul semula. macam biasa, pada hari keputusan exam diumumkan. Terima kasih result kerana anda menyatukan kami kembali. Mula kembali apa yang terputus itu. Bertanya khabar dan sebagainya. kemudian senyap kembali. Temu duga kos untuk kelayakan memasuki Akademi Pengajian Bahasa. di situ bermula. Setelah sekian lama tidak bersemuka, di situ kami bertemu buat kesekian kalinya. Seperti kenalan baru, hanya senyuman yang mampu dibalas. Debaran temu duga ditambah dengan debaran melihat dia. apabila aku bertanya dengan diri ku sendiri, hati tidak mampu memberi jawapannya. Kemudian aku pulang ke kampung menjalankan tanggungjawab. Kami mula berhubung dengan harapan tiada tali yang terputus lagi kali ini. semakin hari, semakin rancak topik di yang bualkan. paling penting topik nak masuk degree. setiap hari akan cakap benda yang sama.

Hari yang ditunggu, syukur tidak perlu pergi jauh, hanya di Shah Alam, begitu juga dia, tempat yang sama, cuma rezekinya bukan di APB. Kami berkongsi kegembiraan itu bersama dengan sahabat yang lain. Hanya kegembiraan yang ada ketika itu. Hubungan itu semakin hari semakin rapat. sehingga satu ketika , pada 3 Disember 2010, segala-galanya terjawab. Dihari itu, seperti satu mimpi yang selama ini, hanya hati ini sahaja yang berangan-angan menjadi kenyataan, dihari itu dia berkata segala-galanya. Kami baru bermula, dan masih jauh untuk meniti ruang waktu ini bersama. Masih panjang perjalanan kami. 

Hari ini, genap 2 tahun selepas tarikh itu, pada dua tahun yang lalu, insan ini yang bertahkta di hati, dan masih insan yang sama di dalam hati ini. Di hati ini, masih kata-kata yang sama ingin disampaikan,
cinta itu satu anugerah Ilahi, kita perlu menghargai kurniaaNya sebaik mungkin. Terima kasih untuk 2 tahun ini, ada masa kita bahagia, gembira, bersuka ria, ada masa kita sedih, kecewa, hilang kewarasan , ada masa kita seperti tidak mampu menahannya lagi.
hati yang dikasihi :
  • betapa banyak cinta yg mekar di muka bumi
    kethuilah betapa tuhan maha adil
    menemukan cinta aku dan dia
    setiap awan di langit
    menanggung berat di atas sana
    menunggu waktu2 untuk menangisi muka bumi
    namun,
    titisan itu jualah
    yang mampu menyuburkan setiap apa yang ada bumi
    pasti ada hikmah atas semuanya
    jangan ditangisi sesuatu itu
    namun kerana hiba
    pasti ia menitis jua
    namun ingatlah duhai hati yang dikasihi
    pelangi pasti muncul setelah titisan itu
    seperti awan yg cekal di atas sana
    merempuh angin
    ribut
    jua taufan
    duhai hati yang dikasihi
    kita jua mampu bertahan
    menahan segalanya
    moga cinta itu sentiasa mekar
    melukis berbagai corak
    dalam hati yg dikasihi
    seperti awan di langit biru.
    sesuci awan putih.
    sebiru langit lazuardi.

    masih wajah yang sama (mungkin sedikit lain daripada yang dulu sebab tembam )

di hari ini, ini sahaja yang mampu diucapkan, dan diberikan, harap apa yang kita rancang pada masa akan datang dalam dilaksanakan dengan izinNya, 


  • Ya Allah, 
    redhakan lah aku, dengan apa yang Engkau telah tentukan
  • sesungguhnya Engkau Maha mengetahui segala2nya
  • sedangkan aku tidak mengetahui apa yang telah Engkau aturkan,

  • Ya Allah, 
    jika sudah tertulis , dia bukan jodohku, maka Engkau buanglah perasaan yang ada dalam hati ku ini,
  • jika dia jodohkumaka Engkau, lahirkan lah perasaan cinta ku pada drinya
    Ya Allah,jika benar, aku bukan tercipta untuk tulang rusuk kirinya,maka aku akan redha,Engkau tentukanlah yang terbaik untuk ku,jika Engkau sedang mengujiku 
    Ya Allah,maka permudahkan segalanya,Sesungguhnya aku tahu Engkau takkan menguji hambaMu melampau batasan kemampuannya
    Ya Allah, kau peliharakanlah hubungan kami,supaya hubungan kami ini tidak tercemar daripda zinakekalkanlah hubungan kami
     YA ALLAH,semoga hubungan kami ini, berlanjutan hingga ke hubungan yang halaldan seterusnya hingga ke akhir hayatjika diizinkan oleh mu 
    Ya Allah, kau satukan lah kami di dunia, dan juga di akhiratdan Engkau jauhilah hubungan kami dari godaan dan hasutan syaitansesungguNYA, kami memohon, keredhaanMu 
    Ya Allah,tentukanlah yang terbaik dalam hubungan kami dan satukanlah hati kami selamanyaAmin...semoga hubungan yang kita bina akan bekekalan hingga ke hujungnya.. AMIN... 












2 comments:

hafizulhakim said...

betapa banyak cinta yg mekar di muka bumi
ketahuilah betapa tuhan maha adil
menemukan cinta aku dan dia
setiap awan di langit
menanggung berat di atas sana
menunggu waktu2 untuk menangisi muka bumi
namun,
titisan itu jualah
yang mampu menyuburkan setiap apa yang ada bumi
pasti ada hikmah atas semuanya
jangan ditangisi sesuatu itu
namun kerana hiba
pasti ia menitis jua
namun ingatlah duhai hati yang dikasihi
pelangi pasti muncul setelah titisan itu
seperti awan yg cekal di atas sana
merempuh angin
ribut
jua taufan
duhai hati yang dikasihi
kita jua mampu bertahan
menahan segalanya
moga cinta itu sentiasa mekar
melukis berbagai corak
dalam hati yg dikasihi
seperti awan di langit biru.
sesuci awan putih.
sebiru langit lazuardi.

Unknown said...

namun ingatlah duhai hati yang dikasihi
pelangi pasti muncul setelah titisan itu
seperti awan yg cekal di atas sana
merempuh angin
ribut
jua taufan
duhai hati yang dikasihi
kita jua mampu bertahan
menahan segalanya
moga cinta itu sentiasa mekar
melukis berbagai corak
dalam hati yg dikasihi
seperti awan di langit biru.
sesuci awan putih.
sebiru langit lazuardi.