Wednesday, February 15, 2012

~ chap 15- pelangi itu indah

~ chap 15- pelangi itu indah


Nadinya semakin lemah. Kerisauan diwajah isteri tercinta jelas kelihatan. Air mata yang sentiasa membasahi pipi wanita yang penuh dengan harapan agar suaminya mampu melawan kesakitan yang dihadapinya. Datin Aida sendiri tidak mengetahui penyakit yang ditanggung oleh suaminya. Kelihatan Idham yang sedang duduk di suatu sudut yang agak jauh dari penglihatan orang sambil melihat telefonnya. Idham cuba untuk menghubungi Alia, tetapi panggilannya tidak berangkat.


 " mana you ni, angkatlah call," idham berkata sendirian masih mencuba menghubungi Alia.
Datin Aida mula risau apabila anaknya masih tidak munculkan diri. Perkara yang sama dilakukan oleh Datin Aida, cuba untuk menghubungi anaknya, tetapi gagal.
sepuluh minit kemudian, Alia muncul.
 " mama, sorry.. tadi Alia stuck dkt federal highway, Alia nak cepat sampai lupa nak bawa phone, maafkan Lia," Alia menjelaskan sebab kelewatan dia sampai ke hospital.
 " lia....papa....lama dah dalam tu.... mama risau," nada suara Datin Aida tersekat-sekat menahan kesedihan.
 " mama..sabar..inshaAllah, papa tak apa-apa," alia cuba menenangkan mamanya. Sangat jelas kesedihan yang ditanggung mamanya, tidak pernah Alia melihat mamanya sebegitu rupa.
 " mama..lia sayang papa juga.. kita doakan papa ea... lia dah banyak buat salah dengan papa.." alia mula menitiskan air mata. tidak tertahan lagi menahan kesedihan tambahan melihat mamanya sebegitu. Idham yang mula menghampiri kedua beranak itu, turut merasakan kesedihan yang sama. Hal ini berlaku secara mengejut, dia juga tidak menyangka keadaan Dato'Syakir seteruk ini. Pintu unit ICU mula terbuka. kelihatan dua orang doktor melangkah keluar dari bilik itu.


 " dato dalam keadaan koma sekarang, but his stabil, he need more rest after this, keadaan jantungnya dah semakin lemah, dato' tak bagi tahu yang dia menghidapi sakit jantung dan angin ahmar," Doktor menjelaskan lagi. i hope after this dia dah tak kerja kuat sangat, and he need do a follow up with us, hanya keluarga terdekat sahaja yang boleh melihat keadaaanya," Doktor menjelaskan lagi. Datin Aida dan Alia terkejut mendengar penjelasan doktor itu. Mereka tidak mengetahui yang Dato' Syakir menghidapi penyakit itu. Hanya sesekali Alia ada melihat papanya memegang dada, dan apabila ditanya hanya sakit dada biasa. dia tidak menyangka keadaan papanya sudah sebegitu teruk. Hanya mamanya sahaja yang masuk ke dalam bilik itu. Dia hanya duduk di kerusi luar bilik.Idham menemani Alia. Sesekali melihat Idham mula tersenguk-senguk. Dia cuba menahan matanya daripada tidur.
 " Id, you baliklah dulu, I tengok you dah penat sangat," Alia kesian melihat keadaan Idham menyuruhnya pulang.
 " it's okay, I teman you, takkan nak tinggalkan you macam ni," Idham ingin menemani Alia sehingga papanya sedar.
 " balik lah, I okay je, lagipun mama ada, you esok kerja, nanti lambat pergi kerja," Alia memaksa Idham pulang.
 " I nak teman you, nanti I call office boleh minta leave," Idham berkeras.
 " tak payah susah-susah, I boleh jaga papa, you balik lah, you tak sempat tukar baju pun ," sejurus menerima panggilan dari Datin Aida, Idham terus bergegas ke hospital , malah tidak sempat pulang ke rumah dahulu. Idham akur dengan permintaan Alia, dia hanya mendiamkan diri. Perangai keras kepala Alia itu tiada sesiapa pun yang mampu menanganinya.
 " kalau macam tu, I balik dulu, but anything let me know okay, bye sayang," Idham sempat berpesan kepada Alia. Alia hanya mengangguk, dan tersenyum sahaja. Kelibat Idham mula hilang dari pandangannya.
" Id, kau baik, tapi susah untuk aku terima kau ," bisik hatinya. 


Sesekali kedengaran suara tangisan mamanya yang teresak-esak dari dalam bilik. Alia turut merasakan kesedihan itu. sesekali dia mengelap titisan air mata yang mengalir di pipinya.Sekeras-keras hatinya itu, dia masih menyayangi papanya itu. Selepas mamanya berhenti kerja demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Alia dan keluarganya, mereka bergantung harap dengan papanya sahaja. Segala keperluan harian dan kehendak dipenuhi oleh papanya. Alia pernah bertikam lidah dengan papanya hanya untuk menentukan tempat yang sesuai untuk dia menyambung pelajaran, segala kehendak Alia , papanya ikutkan. Dia tidak mampu lagi menahan kepenatan badannya akhirnya dia terlelap di kerusi itu.


 " lia... bangun sayang.." suara Datin Aida mengejutkan anaknya.
 " lia.. bangun.. papa dah sedar, " kejut mamanya lagi. Alia mula menggosok-gosokkan matanya.
 " papa macam mana.." Alia menanyakan keadaan papanya. 
 " lia..papa nak jumpa lia." tambah mamanya. Alia bangun dari kerusi itu, masuk ke dalam bilik papanya.
  " papa.... lia datang," Alia mula menghampiri papanya.
 " anak papa sedih ea.. papa okay," suara dato' syakir lemah, tetapi lembut sahaja nada suaranya. 
 " papa, kenapa papa tak cakap dengan lia yang papa sakit," alia sebak melihat keadaan papanya. Suaranya tersekat-sekat. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. 
 " lia.. papa nak lia tunaikan permintaan papa kali ni, " papanya mula berbicara.
 " anything papa,  i will," lia terus bersetuju dengan permintaan papanya.
" lia.. papa nak lia kawin dengan Idham, papa tau dia yang terbaik untuk Lia, takda siapa yang boleh jaga Lia, macam dia jaga Lia, i know the best for you, " Dato' Syakir menyampaikan hasrat terpendamnya. Alia terkejut dengan permintaan papanya. Sukar untuk dia memberi jawapan secepat itu. Ini soal masa depannya. 
" Papa tau, susah untuk lia buat keputusan, tapi fikirkan demi kebahagiaan Lia, hanya Id yang mampu berikan lia kebahagiaan kelak," suaranya semakin lemah . Alia hanya mendiamkan diri dan mengambil keputusan untuk keluar dari bilik itu. kali ini tidak pula papanya menghalang.


Buntu, runsing, keliru , Alia dalam keadaan tertekan sama ada untuk memilih mengorbankan kebahagiaannya demi menggembirakan papanya atau menurutkan sahaja kata hatinya. Selama dua minggu Alia dan mamanya bergilir-gilir menjaga papanya di hospital. Tetapi Alia masih tidak memberikan apa-apa jawapan kepada papanya. Suatu hari, dia telah mengambil keputusan untuk melawat kebun bunga kepunyaan Akhbar. Hatinya tergerak untuk pergi ke situ, satu ketenangan yang sukar diperoleh berada di kebun itu. Semasa dalam perjalanan ke kebun bunga, fikirannya kusut memikirkan permintaan papanya itu. Dia tidak memberitahu Idham apa-apa mengenai permintaan papanya. Enjin kereta dimatikan. sebaik sahaja melangkah keluar daripada kereta itu, keadaan di kebun itu sunyi sepi, seperti tiada orang yang menguruskan.


 " tutup ke hari ni, " bisik hatinya. Alia berjalan melangkah masuk ke dalam kebun itu, sunyi sepi. Bau bunga di pagi hari amat menyegarkan dan menenangkan. Dia berjalan di sekitar kebun itu dan menuju ke kawasan yang amat dia minatinya. Sebaik sahaja sampai di kawasan itu, dia melihat ada orang yang sedang sibuk menyiram bunga di situ. 
 " Akbar.." kata hatinya. Dia hanya melihat Akhbar dari jauh. Tiba-tiba Akhbar memusingkan badannya. Tersenyum melihat Alia yang sedang berdiri memerhatikannya. Masing-masing membalas senyuman. 


No comments: