Sunday, February 12, 2012

~ chap 14- pelangi itu indah

~ chap 14- pelangi itu indah

" Wah, dari pagi tadi muka kau ni asyik tersenyum je, angin apa pula kali ni," angin Alia pada pagi isnin itu sangat berlainan daripada hari-hari sebelum ini. Perubahan ketaranya itu membuatkan Wahida merasakan ada sesuatu yang cuba diselindungkan oleh Alia.
 " aik, aku senyum pun salah, senyumkan dapat pahala," Alia masih tersenyum menjawab pertanyaan kawannya itu.
 " Alia, kau ni buat aku rasa semacam lah, kau ni kenapa, apa yang Id dah buat dekat kau sampai macam ni, aku tengok kau ni macam orang angau je," Wahida semakin risau melihat Alia yang dari tadi asyik tersenyum tanpa henti.
 " kau ni, aku okay je mana ada angau-angau ni, kau ingat tak bunga-bunga yang Id bagi aku tu, aku dah jumpa siapa tuan kedainya, kau ingat tak mamat yang belanja kita makan dulu, dia lah, rupanya dia tu kawan Id, tengok je macam tu tapi dia da kebun bunga sendiri, kedai bunga, dengan ternak itik.  Rajin juga mamat tu, siap bawa aku dengan Id tengok kebun dia . Tapi tu lah yang panas hati tu sepupu dia tu ada sekali, mulut longkang tu memang cari pasal dengan aku nasib si Akhbar tu bagi aku bunga free, rasa marah terus hilang," Alia menjelaskan dengan panjang lebarnya. 
 " mamat yang kau marah-marah tu, wah..tak sangka pula, tengok je macam tu, rupanya tokey bunga, hai.. semacam je cara kau ni, dah berkenan ke dekat tokey bunga tu, Id tu kau nak letak mana," Wahida mula menyakat Alia.
 " eh kau ni, ke situ pula, dah la malas lah aku nak rosakkan mood aku hari ni, lunch ni aku belanja kau, cakap je nak makan apa, aku bayar," Perangainya sangat berlainan daripada hari-hari biasa.
 " Alia , aku rasa macam mimpi hari ni, ke memang aku mimpi dengar kau offer macam tu, apalah si tokey bunga tu dah buat dekat kau, agaknya debu-debu bunga cinta dah mula melekat dekat kau ni, kalau macam ni hari-hari bahagia hidup aku ," Wahida mula merasakan sahabatnya itu sudah ada sesuatu yang disembunyikannya. 
 ' kau ni melawak pula, nanti aku tarik balik offer aku," Alia sedikit serius.
 " alah kau ni, aku gurau je, tak kisah makan dekat mana, asalkan kau yang bayar." Wahida gembira melihat Alia yang semakin hari nampak kegembiraan di wajahnya. 


Kegembiraan yang dirasai oleh Alia turut dirasai oleh Akhbar.


"Mak siti tengok kau ni dari kelmarin asyik senyum sorang-sorang ni kenapa Bar," Perubahan sikap Akhbar membuatkan Mak Siti tertanya-tanya dengan perubahannya itu.
 " takda apa Mak siti, Bar okay je" Akhbar terkejut dengan pertanyaan ibu saudaranya itu. Dia turut perasan dengan perubahan dalam dirinya.
 " alah mak, Mal tau si Akhbar ni tengah angau dengan singa betina tu lah, lepas singa tu datang kedai, muka dia asyik tersenyum je," Ikmal turut merasakan perubahan yang berlaku ke atas Akhbar.
 " eh, kau ni Mal, mana ada aku biasa-biasa je, dia tu bakal tunang kawan aku tu," Akhbar menidakkan kenyataan Ikmal. 
 " Alah Bar aku kenal kau ni lama dah, dari apa kau suka, tak suka , semua aku tahu, kau suka dia kan," Ikmal cuba memaksa Akhbar menyatakan hal yang sebenarnya.
 " aku takda perasaan dekat dia, dia tu bakal tunang kawan aku, tak mungkin aku suka dia," suara Akhbar sedikit kasar.
 " singa betina tu, aku tengok boleh tahan lawanya, tapi tu lah masalahnya mulut dia tu, panas baran pula tu, tu yang aku tak tahan asyik nak menang," Ikmal menambah.
 " Bar, Mak Siti tengok lama dah kau tak senyum macam ni, kau pun dah makin tua, tak nak ke cari peganti Nadia," sudah lama persoalan ini ingin ditanyakan kepada Akhbar. 
 " entahlah, belum sampai masanya, nantilah Bar fikir-fikirkan. Bar masuk tidur dulu ea, Assalamualaikum," sekali lagi dia cuba melarikan diri daripada memanjangkan perkara itu. 
 " tengok tu, budak ni bila cakap pasal benda ni mesti nak lari," Mak Siti sudah masak dengan perangai Akhbar yang setiap kali kalau ingin membincangkan pasal jodoh ada sahaja alasannya.
" ala mak, dah kenal sangat dengan si Bar tu, budak perempuan tu Mal tengok semacam je," Ikmal menambah.
 " kau ni Mal ada-ada je, kau tengok-tengokkan lah si Bar tu, risau mak tengok dia tu," Mak Siti memesan kepada anaknya.
 " tak payah nak risaukan si Bar tu, risaukan anak mak ni , siapa yang nak kawin dengan Mal ni, calon pun takda, mak tak nak carikan ke," Ikmal mula dengan usikkannya.
 " kau tu duit dalam bank tu tak cukup, baru mula kerja, nanti anak bini kau nak bagi makan apa, kau cari duit dulu baru kau fikir nak bagi anak orang makan apa," Pesan maknya. 
 " yealah mak, Mal pergi mandi dulu, " Ikmal malas untuk mendengar maknya membebel panjang.
 ni lagi sorang, pantang cakap sikit, mula lah nak buat-buat sibuk," Mak Siti mula membebel keseorangan. 


Datin Aida yang sedang khusyuk membaca majalah di ruang utama terkejut mendengar seperti bunyi objek berat jatuh di bilik atas. Dengan segera dia berlari menaiki anak tangga dan membuka pintu biliknya. Alangkah terkejutnya sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan tubuh suaminya yang sedarng terbaring terlentang di lantai. Dato' Syakir menekan-nekan dadanya menahan kesakitan. Datin Aida mula panik melihat keadaan suaminya yang tidak pernah seperti ini. Keadaan Dato' Syakir semakin teruk apabila pernafasannya mula tidak teratur. Datin Aida semakin takut, dengan segera dia mencapai telefon di biliknya. Suasana di rumah yang sunyi sepi  tadi menjadi kelam kabut apabila suara Datin Aida bergema meminta tolong. Keadaan Dato' Syakir semakin tenat, nadinya semakin lemah, Datin Aida mula tidak keruan melihat keadaan suaminya itu. 


 " you, jangan tinggalkan I, bangunlah," nada suara Datin Aida tersekat-sekat. 
 " you, bangunlah,..." Suaranya semakin tersekat-sekat.Nadinya semakin lemah. Sejurus sampai di hospital Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Dato' Syakir dimasukkan di unit ICU. Datin Aida cuba menghubungi Alia tetapi malangnya telefon bimbit anaknya itu di tutup. Keadaan Dato' Syakir semakin genting, nadinya semakin lemah, Datin Aida mula rasa tidak tentu arah, pembantu rumahnya cuba menenangkan majikannya itu. Akhirnya Alia dapat dihubungi.
  
" Sayang, papa tenat sayang, datang cepat," Suara Datin Aida semakin lemah, air matanya tidak dapat dibendung lagi. Mengalir deras air matanya.
 " mama..kenapa papa.. phone Lia habis battery tadi, baru perasan, mama dekat mana ni, " Alia mula risau mendengar kata-kata mamanya.
 " Alia datang SJMC sekarang..papa tenat sayang.. cepat sayang," Datin Aida meminta anaknya segera datang ke hospital.Alia mula risau, tanpa melengahkan masa dia segera memecut keretanya . Air matanya mula mengalir. Sekeras-keras hatinya itu, dia masih menyayangi papanya. 
"Papa..tunggu lia.. papa kena kuat," sebak hatinya. 
" maafkan lia papa...



No comments: