Monday, November 7, 2011

~ Hari Raya Aidiladha & hari penting Beliau

~ Hari Raya Aidiladha & hari penting Beliau~


Selamat hari raya AidilAdha..akhirnya sampai juga raya haji, alhamdullilah merasa juga raya untuk tahun ini, panjang umur lagi, alhamdullilah, tahun ini sangat meriah dah mcm raya aidilfitri dah, tapi terseksa di jalan bila kena bercinta dengan jalan 6 JAM! selalunya dari PJ ke Sungai nibong lbh kurang sejam lebih tak pun 2 jam je, ni tak..dah mcm balik SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG!, orang kampung asik duk call, mak aih, habis credit kena reply msg dua insan tu kan... sampai2 dah rasa mcm pulang dari tempat jauh uolls, orang kampung duk tengah tnggu..11.45 pm smpai bertolak pukul 5.40 pm.. betapa jamnya jalan 

Petronas di Tanjung Karang jam 9.30 pm, SESAK GILA! stesen minyak pun sesak! hujan pula tu 

Tahun ni ada buat korban sekali dengan majlis pertunangan Sofia.. bertunang dah sorang ni haaaa... lama dah rumah nenek tak buat kenduri mcm ni, masa ni je dapat kumpulkan semua orang, sampai nak tidur pun kena berebut2 kan..nenek besarkan lagi rumah, buat double stories ke, banglo ke..heeee..

pagi2 dah kena bangun, err...ok fine aku paling malas bab2 nk kena bangun awal, berebut mandi kann...kisah nenek buat korban tahun ni, boleh tengok lembu yeay! yeay! kita dah tak takut darah, siap pegi depan2 lembu :)



sibuk sangat tengok lembu :).. pagi2 dah pergi pekan ambil kek pertunangan beliau dengan sepupu yg akan ikut jejak langkah beliau ni next year.. 

sempat lagi, bila lagi nak bersama yeay!! :)

panjang sangat nak bercerita.. gambar sekitar majlis :)
tak complete lagi

17 berbalas 15

menanti debaran




tersarung sudah :)


selamat sudah :), raya haji yang penuh bermakna :) lama sudah tiada kenduri seperti ini dirumah nenek, i means tunang ke, kawin ke.. masa ini saja boleh gather sama2, boleh jumpa semua, masa ni saje semua nak buka mulut bergosip , share mcm2 cerita, masa ini saje kita dapat lihat gelagat semua orang, masa ini tua, muda bercampur bersama, masa ini nak bemesra dengan semua orang, seronok melihat semua itu yang terjadi dalam masa yang singkat, lain orang lain penceritaannya, ini cerita saya untuk raya haji tahun ini :), tahun depan masih dilakar di atas sana, entah ada entah tidak kewujudan kita akan datang, semoga apa sahaja pengorbanan yang kita lakukan, dapat dijadikan satu kekuatan untuk kita :) 






2 comments:

hafizulhakim said...

selamat bertunang :)

ainina rasidan said...

hafizulhakim : terima kasih daun keladi hehe