Tuesday, September 6, 2011

~ si jejari runcing


" Ada kata dilihat sekadar kata-kata kosong, diluahkan tapi tidak dihiraukan. 
Luahan itu bertukar bentuk kepada puisi, enak bunyi pangkal hujung, sekata, tetapi pembacanya tidak memahami isi tersurat bait-bait kata setiap patah ayat,difikirkan ianya saja-saja direka,
kemudian berubah bentuk kepada alunan-alunan lagu yang mendayu-dayu bunyinya, petikan gitar, keasyikkan bunyi piano melalaikan si pendengar seperti saya, mendengar, mengamati dan merasa setiap isi dan alunan disampaikan ikhlas daripada si pemainnya.
kadang-kadang luahan tidak perlu diungkapkan jika rasa susah untuk berbicara, melepaskan sisa-sisa perasaan dengan alunan lagu-lagu yang mengusik si pendengarnya. walaupun si pemain hanya sekadar suka-suka, tetapi jauh tersirat di hujung hatinya membawa erti yang tidak kita ketahui. 

sekadar suka mendengar jejari runcingnya pantas menekan setiap key chord piano, jarang untuk saya suka alunan muzik-muzik yang sebegini, alunan ketenangan daripada ingin merasa amarah, bertukar menjadi sejuk mendengarnya sehingga alpa tiba waktu malam menjengah tiba, tiada makna lain daripada menyokong penglibatannya dalam industri ini. best of luck 

4 comments:

hafizulhakim said...

jejari runcing.

ainina rasidan said...

hafizulhakim : heee..jejari runcing nama baru dia hehe..

KuNanGKuNanG said...

INGATKAN BLOGGER JERARI RUNCING TD...:)

ainina rasidan said...

kunangkunang : hehehehe.. itu lain hehe.. ini hazman halid hehe