Monday, September 5, 2011

~ Puasa sunat 6 hari

~ Puasa sunat 6 hari

Salam lebaran, hari ni dah masuk seminggu kita beraya, last week beraya sakan, asik2 balun ketupat, rendang, lemang bagai sampai tak ingat dunia bila makan, jadinya nak kembalikan balik perut anda tu di digest dengan sempurna kembali, apa kata kembali berpuasa , puasa sunat enam hari dalam bulan syawal. Disamping kita nak jaga kesihatan kita, pahala dan fadilatnya sangat besar, kalau kita mampu puasa penuh bulan ramadhan, apa salahnya bekorban selama enam hari untuk puasa dalam bulan syawal pula. 

Lebih cantik jika puasa wajib di bulan ramadhan ditambah dengan puasa sunat dibulan syawal ini. 

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadis daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. 

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadisnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.” 

Puasa enam hari ini juga boleh kalau nak puasa dengan terputus2, maknanya selang seli x direct pun boleh yang pasti cukup enam hari kita berpuasa, islam tidak pernah memberi kesusahan kepada kita, malah sentiasa memberi jalan-jalan yang mudah semuanya terletak kepada kita untuk ambil peluang yang ada itu. 

Bagi perempuan kebiasaannya nak puasa enam sekali dengan ganti puasa, boleh saje yang penting niat puasa qadha terlebih dahulu, dan diikuti niat puasa sunat enam hari. kan senang, xdalah nanti kalut2 nak ganti puasa dan tak ingat berapa hari nak kena ganti, ganti awal2 senang :), 

boleh baca dengan lebih lanjut di sini BACA DI SINI

SALAM LEBARAN :) 

2 comments:

hafizulhakim said...

selamat berpuasa :)

Unknown said...

hafizulhakim : :) salam lebaran hehe