As'salam.. salam petang jumaat, alhamdullilah.. akhirnya hujan juga, dah lama rasanya kawasan petaling jaya ni tak merasa hujan di tengah hari dan petang. Tadi pagi pun dah start hujan, hujan panas mesti ada Pelangi, tapi tak kelihatan pula di sini..
masa kecik2 dulu kalau nampak pelangi je mesti teringin nak pegang, rasa best je. bukan setakat itu saje, rasa nak naik pun ada sebab pelangi tu kan melengkungkan :)..aku ingat lagi masa zaman kanak2 ribena dlu, orang kata kalau pegang hujung pelangi nanti jari putus?? haaa..motif cakap mcm tu?? aku pun percaya lah orang cakapkan.. tapi bila dah besar sikit boleh berfikir rupanya pelangi itu merupakan semulajadi yang terhasil selepas hujan terutama sekali selepas hujan panas, bila dapat tau? semenjak buat experiment subject science tak silap masa tu darjah empat ke lima.. yeahhh.. nak tipu konon.. :).. apa entah nama experiment tu dah lupa
tafsiran makna pelangi bila dah besar ni ~~~ sesuatu yang indah bila ianya mula muncul, tetapi semakin lama semakin menghilang keindahannya. mula2nya kelihatan sangat cantik, dengan diselangi tujuh warna kesemuanya ( sir isaac newton yang buat teori ni). semakin lama, semakin hilang indahnya, begitu juga kehidupan, mula2 semuanya kelihatan indah, tiada cacat celanya, tapi semakin lama kita mengenal hidup, semakin banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh, diselangi dengan perasaan sedih, kecewa, pedih, perit, itu lah kehidupan, manusia tidak selalunya akan senang sampai bila2, ada masa di atas, ada masa di bawah, peganglah pada satu prinsip " kesabaran " sangat penting. mungkin babak2 kehidupan kita ada masa sentiasa gembira, dan ada yang sentiasa suram, tapi percayalah pelangi akan muncul kembali selepas semua kesedihan berlalu pergi ~~~ salam jumaat :)
6 comments:
i heart pelangi :)
cantikkan pelangi.tp syg..pelangi muncul skjp je..tu pun lepas hujan turun...
fizul : pelangi petang yeahh hehe :)
kunangkunang: huhu.. pelangi muncul pun lepas hujan panas, jarang ada hujan panas huhuhu..
along suka la lagu kt blog nina ni...suke3x...
along suka la lagu kt blog nina ni...suke3x...
kunangkunang : hehe.. like2.. lagu opik :) sedap kan2.. penat duk cari dri dlu bru jumpa :)
Post a Comment