Tuesday, June 21, 2011

Kenapa tak suka??

Kenapa tak suka??

kenapa tak suka apa?? suka hatilah nak suka ke tak!!err..motif sangat. entry ni bukan pasal nak cari gaduh ke apa, nak cakap kenapa saya tak suka benda2 ni. Apa benda yang aku tak suka?? kalau cakap ada makanan yang saya tak suka?.
Boleh tak saya nak cakap saya tak suka  KETAM!!!.. Hari ni menu dkt rumah ketam rebus!!! errrr.. kalau boleh memang nak elak makan ketam. haaa..mmg jarang lah manusia yang tak suka ketamkan, isinya dahlah sedap, manis gitu, kenapa budak ni tak suka? senang je jawapan dia MALAS NAK KOPEK KULIT!!!!!.. Yeahh!! boleh terima tak alasan ni. sebab ketam lah tangan berdarah, luka2..huuuu...tapi kalau dah orang belanja makan jelah, sedap memanglah sedap, lagi sedap kalau ada orang kopekkan heheh.. nikmat makan wooooo. so kalau nak bawa saya pergi makan, boleh order ketam, tolong kopekkan sekali haha.. perghh mmg takda org nk kopekkan lah... :)
selain ketam, kerang dan seangkatan dengannya, tapi kopek kerang saya suka hehe..best kopek kerang tapi tak suka makan, sanggup masak untuk orang tapi TAK KAN MAKAN :), jgn tanya sebab apa nanti anda tak boleh terima apa saya cakap hahaha...tapi bila tengok orang makan cam sedap, lagi2 dalam family ni semua suka kerang kecuali AININA RASIDAN, nenek kalau masak rendang kerang tu, semua orang makan, ainina tengok je..huuu...


haaa.. buah paling tak suka dialam semesta HONEYDEW AKA TEMBIKAI SUSU.. tapi bab2 memotong buah ni bak sini, meh bagi ainina. dulu masa duduk rumah maksu tiap2 hari buah ni mesti kena ada, hari2 lah duk memotong buah ni buat jus, tapi orang lain yang makan, orang lain yang minum.. yeahh..berkhidmat untuk orang lain kerja saya :). orang lain makan sedap je, penahlah try makan, lepas 10 minit kepala pening mcm ada helikopter atas kepala, plus bau buah ni... errrr.. no komen apa masalah aku pun tak tau, waktu potong buah tu boleh je bau, bila nak masuk mulut tu yang tak boleh blah langsung..so agak2 nak dtg rumah bawa buah tangan please jgn bawa buah ni hehe.. kalau nk bawa strawberry ke, apple ke, tembikai biasa2 tu ke, boleh diterima.


Rasanya ini je yg aku tak suka, yg lain makan je, sumbat dalam mulut hehe... tp ada je lagi yang dulu2 tak makan, tapi belajar untuk makan contoh ikan keli, thanks to NURSYAEIRA sebab kau lah ainina ni pandai makan ikan keli.. jasa mu dikenang hingga akhir zaman yeah!!!. sushi? RAE yang ajar makan, kalau tak memang tak reti nk makan, thanks yooo.. banyak lagilah yg dulu kalau boleh nak elak, tapi sekarang dah reti dah, cuma yang tiga diatas ni jelah memang rasanya sampai bila2 susah nak terima huuu.. yeah.. makanlah selagi boleh makan tapi berpada-pada jgn sampai sakit pula.. :)


2 comments:

hafizulhakim said...

Boleh tak saya nak cakap saya tak KETAM!!!..- Ainina-

hoho.boleh3.

ainina rasidan said...

hahaha.. ala orang salah type lahhh