Tuesday, June 7, 2011

GPMS-Gokim Kampung Bahagia, Perlis


GOKIM PERLIS 2011




Bermulanya perjalanan nun diutara sana mencari sesuatu yang sukar diperoleh bersama. bermulanya kisah-kisah baru di dalam hidup kami bersama. diketuai oleh pengarah program GOKIM kali ini yang kecil molek, petah berkata-kata dan sentiasa bersemangat sepanjang program ini berlangsung NUR HIDAYAH FARIDUL AMINI serta ahli2 jawatankuasa yang lain. perjalanan yang bukan calang jauhnya, mencabar kesabaran dengan harapan " cepatlah sampai penat dah duduk dalam bas ni "

31/5/2011- tiba di MRSM Beseri, perlis - 7.00 pm. Di sini sudah bermula cabaran kehidupan kami sudah nampak kesusahan dan kepayahan yang perlu ditempuh. kami tetapkan iman, kami teruskan niat. ada yang sanggup mandi takda lampu bilik air, tilam tiada cadar, bilik tiada lampu, bilik yang seperti tidak pernah ada penghuni. ada yang sanggup tidur sekatil yg muat2 untuk seorang tu bersama teman yang lain. walaupun begitu rupa keadaannya, tapi jiwa mereka - mereka ini kental, tidak sabar untuk sampai ke destinasi yang utama.

1/6/2011- lebih kurang jam 8.30 am mulanya perjalanan kami ke sana, dengan niat mereka di Kampung Bahagia menerima kami dengan lapang dan gembira seiring dengan nama kampung itu. mengambil masa kurang 40 minit, sampai sudah ketempat yang dituju. hati yang berdebar-debar memikirkan siapalah keluarga angkat kami , turun bas dengan muka penuh excited, risau, takut, semuanya bercampur aduk sekali. melihat sendiri keadaan kawasan itu, sangat berbeza dengan keadaan di bandar seperti Shah Alam, beza yang amat ketara dapat dilihat. Melangkah buat kali pertama di sana, meniti kawasan perkampungan atas air perasaan sangat teruja menguasai diri. apa tidaknya mana nak dapat semua ni di bandar. majlis penyerahan anak angkat memulakan acara. finally segala persoalan terjawab siapa keluarga angkat masing- masing. pada hari ini hari bersama keluarga angkat. sampai di rumah, melihat kawasan rumah yang dekat diantara satu sama lain, boleh kata kalau duduk dalam bilik, boleh dengar jiran sebelah bercakap. seperti aku, keluarga aku memang asalnya dari kawasan perlis juga, yang menghuni mak, ayah, adik angkat berusia 16, 12 dan 5 tahun. si kecil nasya yang pemalu, adik hamzan yang petah berkata-kata, si abang yang pendiam tapi sentiasa tersenyum. ayah yang pendiam tapi bila sudah bercerita ada sahaja ceritanya, si emak yang merupakan pengusaha empeyek , tok yang peramah sentiasa ada sahaja ceritanya. aku sert seorang lagi teman siti maziah menjadi anak angkat keluarga ini.


2/6/2011- carwash for charity bermula. pengalaman baru bagi yang tak pernah nak basuh kereta, iya..bermain air tapi bermain air kami dengan misi mencari dana. dahulu malu untuk bercakap,kedepan sekarang tebalkan muka pergi kerumah-rumah mencari sekurang-kurangnya motosikal untuk dibasuh. seronok sebab tiap kali basuh kereta, mesti lepas tu dapat makan, minum.. memang terbaik dari ladang :), ada yang siap dapat makan minum petang lagi, lepas ni boleh buat lagi macam ni, lepas basuh kereta dapat makan haha :)






3/6/2011- hari gotong royong membersihkan surau dan masjid. jujur saya katakan sebelum ini tak pernah nak bersihkan masjid, hari ini mengajar hidup bekerjasama, kalau takdanya kerjasama kerja takkan siap. masing-masing dengan tugas tersendiri, kepuasan dilihat apabila sekitar masjid dan surau bersih dan kemas selepas dibersihkan. Tempat suci perlu sentiasa bersih. pada hari yang sama selepas solat jumaat bermulanya misi utama gerakan Saraf. mencari adik-adik yang masih bersekolah mahupun baru lepasan spm, stpm dengan niat membawa mereka ke dunia seperti kita dapat merasa hidup di alam universiti, menimba ilmu ke menara gading, memberi mereka semangat dan motivasi dalam diri. pada malam hari, slot tayangan mengenai utim dan ceramah khas yg dismpaikn oleh en. abdul rahman( dia ni sgt best ok, start dari kesatria smpai hari ni, sangat lawak.. input yang diberi sangat memberansangkan minda pendengar).





4/6/2011- misi utama Kem Gerakan Obor bermula. pertama kali menjadi fasi, pengalaman baru yang ditimba. bermulanya pagi hari dengan pendaftaran. adik-adik dari seusia 7 tahun sehingga 18 tahun hadir untuk bersama-sama dalam kem ini. Misi utama ingin menyampaikan betapa pentingnya pelajaran dalam kehidupan kita. memberi semangat kepada mereka apa gunanya ilmu di masa hadapan. sekarang kalau nak jual bahulu pun kena pandai, dibuatnya ada ijazah dalam jurusan perniagaan dah boleh buka syarikat bahulu terkenal tak gitu :). anak-anak ini bukan kuang bijak, cuma mereka memerlukan suntikan semangat daripada mereka yang berpengalaman. pemerhatian demi pemerhatian dilihat, ada diantara mereka ini berpotensi menjadi seorang yang berjaya, ada yang hebat dalam dunia atletnya, ada yang pintar berkata-kata, ada yang bijak dalam subjek matematiknya dan tidak kurang ada yang mampu menguasai bahasa inggeris dengan mantapnya.

5/6/2011- tidak lengkap jika tiada sukan. hari ini, sukan rakyat diadakan. paling seronok confirm lah kanak-kanak, tapi yang excitednya mak kanak-kanak :). memang tahap tertinggi kesabaran mereka-mereka nak handle adik-adik yang berpuluh-puluh ramainya. ada yang dengan degilnya, main-mainya, kesabaran tahap maksimum hari ini termasuk saya :). kanak-kanak ini penuh excited kalau boleh seorang tu nak masuk semua game. best part bola jaring paling dapat sambutan hangat penonton . yeahhh.. UITM menang :). petang hari pakat-pakat pergi Padang Besar. hari yang penuh dengan limpahan manusia apa tidaknya musim cuti sekolah. sangat ramai orang. nak dijadikan cerita saya dan beberapa orang lagi terlepas bas , so kami pergi sendiri dengan jiran beli apa yang patut sahaja sebab mahal melampau lah pula biasalah cuti sekolah kan :)

6/6/2011- hari terakhir , rewang /kenduri/masak sama-sama. new experience macam kenduri kawin pun ada juga rasanya. semua duk pakat-pakat tunjuk skill memasak paling hebat budak lelaki ada yang lagi hebat memotong daripada perempuan tengok iron chef lah tu :). keseronokan bersama-sama orang kampung menjayakan majlis ini dapat dirasakan. hari ini juga majlis penutup menteri besar perlis, adun perlis turut turun padang bagi menyempurnakan majlis. kenangan paling indah , tiba-tiba ada announcement " peserta gokim yang hendak makan atas boat sila bersedia, boat dalam perjalanan" ok best!!!! makan atas boat.. semua tak sabar nak naik. risau juga dah smpai 40 orang nak naik bot tu, :).




pengalaman yang indah sentiasa akan jadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. selama enam hari di sini, makan, pakai sentiasa terjaga seolah-olah keluarga sendiri yang menjaganya. makan di sini sangat mewah ada satu ketika makan tengah hari sampai dua kali. terharu apabila nak pergi padang besar, mak bagi duit belanja. then a day before mak masak makanan kesukaan. sangat terharu. dahulunya keluarga ada satu, sekarang dekat perlis dah ada lagi satu. sebak takkala ingin meninggalkan mereka, apabila ada seorang adik ini bertanya " akak, kenapa nak balik dah, kalau tinggal sini tak boleh ke" kanak-kanak berusia lima tahun pun tahun apa itu erti kasih sayang. KAMPUNG BAHAGIA SENTIADA DALAM INGATAN.

2 comments:

hafizulhakim said...

best3! love kg bahagia!

Unknown said...

:) yup2 sangat2.. nnti nak ge tgk mak ayah kalau ge perlis ..yeahhh..ada mak dekat sana dah :)