Beza Dulu dan Sekarang~
As'salam, salam sabtu :), petang2 ni kalau tidur pun best, tapi mood nak tidur tu susah betul nak sampai dkt diri ni skrg, apa sindrom pun tak tau. tengah godek2 tadi, teringat pula ada satu hari tu borak2 dengan ibu cakap pasal zaman dulu2. kalau fikirkan balik dah banyak sangat perbezaan yang berlaku zaman sekarang ni, baik dari segi positif mahupun negatif. Here some of listed example i would like to share :
1.Dulu- kalau duit rm 10 hengget tu dalam tangan rasa mcm dah kaya , boleh belanja kawan2 makan restaurant mahal2.tak pun boleh guna untuk seminggu, dua minggu, silap2 kalau ada hp masa tu boleh kot beli, melampau x.
Sekarang- rm 10 tu jgn harap nak makan kedai mahal, dalam masa 10 minit saje, boleh habis hanya beli makanan untuk makan tengah hari,apa taknya, kalau pegi mekdi ke, kfc ke meal untuk lunch pun paling kurang rm6 kan, dengan nak add on apa2 nye lagi, mmg boleh habis sekelip mata.
2.Dulu- haaaa..kalau dlu x pakai kipas pun boleh, tidur malam xda kipas pun, apa entah lagi aircond orang dulu2 hidup je, xda pun yang rentung kepanasan.
sekarang- paling kurang pun kipas kena pasang yang paling maksimum, sekarang ni dunia semakin panas, ini gara2 kerja kita juga,pemanasan global, plus lagi2 kalau ada aircond, rasa nk pasang 24 hours, taknak kluar rumah, bilik dah (ibu slalu marah dan akan guna ayat " dlu2 rumah arwah atuk tu, jgnkan kipas yg pusing atas syiling, kipas stand pun x penah ada,cuba bawa berjimat sikit)
3. Dulu-kalau makan tu semua berjimat cermat, kongsi sesama adik beradik, makan ala kadar, makan ubi, makan jelah apa yang ada, ulam2 tu petik belakang rumah je takyah nak pegi beli dkt kedai.
sekarang-haaa..kalau boleh lauk tu nak smpai enam jenis, kalau xda ayam tak nak makan nasi!!, memilih makanan, sayur taknak makan alergic, ketam, ikan,udang,sotong semua nak kena ada, ok sangat mewah. pesanan yang slalu diterima " ni lah budak zaman skrg, makan nak sedap je, lain kali ternak ayam, kalau nak makan sembelih je". kalau nak beli sayur ke , apa2 ke skrg kena beli dkt market, almaklumlah rumah2 skrg ni semakin kurang yg ada tanah sendiri, kalau duduk di kampung, best lah, boleh lagi tanam apa2, tanam sayur2, bunga, pokok buah-buahan(dah start rindu nk balik kmpg)
4-Dulu- zaman dulu2 kemudahan nak kesana ke sini agak terhad, bagi yang berkemampuan takpelah ada kereta, ada motor senang nak bergerak, dlu pun ada bus dgn teksi saje. kalau yg ada basikal tu pun kena kongsi2. agak susah juga orang dulu2.
sekarang- dalam satu family paling kurang akan ada satu kereta, paling banyak ---- tak dapat dikesan. dah ada kereta, tambah motor berkuasa tinggi. plus lagi kemudahan yg sekarang ni bukan main lagi, LRT, KOMUTER, MONOREL,teksi, bus berlambak2. senang je nak pergi mana2, HANYA DENGAN SATU BITT SAHAJA(iklan kejap)
5-Dulu- dulu2 nak pegi mana2 rasa masih selamat lagi lepas Malaysia diisytiharkan Merdeka. keluar je tanpa ada rasa was-was, lagi2 perempuan xdalah rasa diri tu sentiasa diperhati. kalau jiran tetangga tu, mcm kamcing je, boleh dipercayai.
Sekarang- haaa..paling bahaya untuk keluar adalah wanita, remaja perempuan sangat!!!. dengan isu rogol, ragut, bunuh yang terbaru kena simbah acid!!!!..macam mana perempuan nak hidup kalau keadaan ni makin teruk. mak bapa pun risau nak bagi anak2 gadis dia keluar Termasuk SAYA!!! sentiasa dibawah pemantauan AYAH... errr.. payah betul, ni semua pasal penyimbah acid yang psycho kau buat aku punya hidup tunggang terbalik sekejap aritu, nak keluar pun tak boleh.. huuuuu.... kes2 rogol, dah kena rogol kena bunuh pula tu, tak faham apalah motif nak rogol2 ni, agak2 rasa nak gatal sangat suruh mak bapak masuk meminang mana yang berkenaan, jgn nak buat maksiat saje..ingat anda tu datang dari mana, dan akan berakhir di mana, Allah dah letakkan asas2 yang perlu diikut, jadi ikutlah.
aman je tgk gambar ni haaaa.. no komen
haaa... sebenarnya terlampau banyak perbezaan dulu dan sekarang, kalau nak list kan semua tulat pun tak habis, tapi apa yang penting, tanpa adanya yang dulu, takkan wujudnya apa yang kita ada sekarang. jadi fikir2kan :) .selamat petang
No comments:
Post a Comment