Tuesday, April 5, 2011

Sifat manusia tidak pernah berubah

Kali ini , entry saya nak lebih serius dan lebih membawa satu pengertian yang mendalam dalam hidup kita bersama. Kadang-kadang kita alpa dengan kesalahan diri kita dan kita lebih mementingkan kesalahan orang lain. kita asyik dan sibuk mencanang sana sini kesalahan orang lain tanpa kita sedar kita dah mengaibkan orang lain tanpa kita sedar. kadang-kadang pernah tak kita sedar jika kita ditempat orang yang kita sedang canang satu dunia ni. kehidupan manusia ini tak selalunya ada di atas, ada masanya kita dibawah.

disebalik segalanya ini, selalunya orang yang suka canang sana sini ni, adalah KAWAN kita sendiri. apa makna kawan?? kalau diri sendiri tak faham makna kawan itu, jangan nak sibuk-sibuk cari kawan, fahamkan maknanya dahulu baru berkawan. istilah kawan ini sangat universal, kalau dah satu fakulti, satu kelas dah dikira kawan. jumpa tepi jalan borak2 dah dikira kawan, ini apa entah lagi kalau dah satu bilik, satu katil setilam segala bagai semua tu dh lebih dari kawan ada yang dah anggap mcm KELUARGA sendiri.

Tapi, apa makna kawan kalau kawan sendiri ckp belakang, ckp yg baik2 pasal kita tak pe, ini tak yg buruk2 semua kita, tapi yang baik macam malaikat semua diri dia, canang sana sini segala cerita entah betul entah tidak, kalau dah anggap kawan, dia akan fikir keburukan dia canang bukan2 pasal kawan sendiri. Pleaselah hidup dalam dunia ni bukan bersendirian, kawan yang menjadi tulang belakang kita kala kita jatuh selepas keluarga, masa kita dekat sini terkapai2 sorang2, kawan yang tolong kita, masa kita susah ada kesulitan segala benda, kawan yang tolong kita, tapi bila kita dah senang, ada ke patut cakap yg bukan2 pasal kawan.. INI MANUSIA KE? HAIWAN PUN TAHU MAKNA PERSAHABATAN.

Ini yang paling penting, semangat Assabiah sekarang ni dlm uitm ni semakin hari semakin nampak.. bukan nak tekankan kepada sesiapa tapi jgn lah nak berpuak-puak sangat, hidup sebagai satu komuniti pelajar universiti, dalam kelas ke, dekat luar ke, jgn nak hidup berpuak-puak sangat.. sebab hidup berpuak-puak inilah ada yang bermasam muka sebab dikatakan sombong tak tegur orang lain. Islam sendiri. Kita sendiri dah belajar dalam islam pun ada berkata hidup biarlah harmoni, sentiasa BERSATU DAN BEKERJASAMA... tak perlu rasanya saya perjelaskan makna BERSATU itu.. cukup sebagai contoh dalam kelas, kalau dah nama sekelas jangan lah nak buat ikut kepala sendiri, berbincang sama-sama ini tak, ada je nk nk buat plan A lah, B lah, kalau dalam kelas tu ada 60 orang, sampai 60 plan lah wujud tak ke susah hidup. berbincang itu lagi molek,musyawarrah. itu gunanya ada pemimpin dalam kelas, ini kalau pemimpin sendiri kena tindas tak ke susah. kalau rasa-rasa diri sendiri boleh jadi pemimpin kenapa pada awal2 tak ke depan menyatakan hasrat untuk jadi pemimpin? manusia semakin hari semakin sukar difahami

satu lagi isu, MUKA BAIK, TAPI HATI MashaAllah.. bertopengkan manusia. hipokrit sangat2. ini manusia yang saya rasa PALING BIJAK DAN BOLEH MENANG ANUGERAH PELAKON PALING HEBAT UNTUK DUNIA.sifat manusia macam ini lah yang selalunya menjatuhkan orang lain. apa tak nya, hidup bermuka2, dengan orang ni kau cakap lain, dengan orang ni pula kau cerita lain. dah banyak versi cerita kau sampaikan. lepas tu orang salah tafsir cerita, haaa... baguslah.. tak sedar diri betul orang yang macam ni hidupnya. Muka suci , murni, , berseri ala2 penuh keimanan tapi hati HITAM, PEKAT,MELIKAT, maaf kalau agak kasar bahasa di sini, cuma niat hati untuk sedarkan diri sendiri juga, dan orang lain bukan sahaja2 nak maki hamun orang, tapi untuk keinsafan kita bersama.


Manusia akhir zaman ni semakin hari semakin pelik, tak menyedari apa yang dilakukan mereka itu salah, tapi bagi mereka itu semua betul. Selepas saya tengok keadaan sekeliling, persekitaran yang ada sekarang ini,semakin hari semakin susah kita nak percayakan orang, walaupun kawan sendiri. itu lah orang cakap, family always come first :)..
lecturer saya penah cakap " Kalau awak nak ada kawan baik, cukup sekadar ada dua, tiga orang sahaja sebab tak semua orang mampu pegang amanah jaga rahsia kita, dan tak salah awak nak ada kawan smpai beribu2 tapi ingat dalam beribu-ribu tu hanya berapa kerat sahaja yang mampu ada masa awak jatuh"

janganlah kita mencari kesalahan orang lain, muhasabah diri sendiri, berubah kepada yang lebih baik, ini pun untuk diri sendiri yang ada silapnya, masih mencari jalan dan perbaiki diri, jika kita sendiri yang tidak baiki diri kita, siapa lagi yang nk ubah diri kita. Hidup ini jangan lah asik pandang kepada orang yg buat salah, lihat diri kita yang masih compang camping sahsiahnya. jaga tutur cara kita yang masih ada kurangnya, ada masa nya tak semua benda kita perlu ambil tahu, dan ada masanya kita perlu ambil tahu untuk pengajaran bersama. SELAMAT BERAMAL :)

4 comments:

hafizulhakim said...

F.R.I.E.N.D.S~ ish3

Unknown said...

FRIENDS :).. most people now these tak boleh nak interpreted the meaning and values of friend :)

rae said...

like ! ta ya nk cri kwn kalau ta tau erti pershbtn. .n i like the ASSABIAH! ta ya nk assabiah2 sggtt la kan. .ehee(:

Unknown said...

rae... hahaha.. amboi2 beremosi betul anda haha.. berkawan biarlah ikhlas.. jgn nk memilih sgt :)