Saturday, March 12, 2011

Impian~

Bila dilhat kejadian Tsunami yang melanda Jepun last two days, berfikir sejenak..
sempatkah nak hidup lebih panjang dalam bumi ALLAH ini..
sempatkah nak buat semua bucket list yg ingin dicapai dalam kehidupan ini..
Bila2 masa sahaja hidup kita ni boleh lenyap begitu sahaja
tak sangka pun dalam sekelip mata kejadian tu mengubah segala2nya
sudah terang lagi bersuluh..
amaran telah diberi oleh NYA
tapi manusia jahiliah ini semakin hari semakin lupa dengan apa yang dipintaNYA
yang halal jadi haram..yang haram jadi halal..
zaman ni semua orang semakin hari semakin pandai
semakin hari semakin petah berkata2..kalau boleh kalau nak berdebat tu dia sahaja yg nk menang
tapi..bila masuk bab2 mcm ni pasti yang akan tutup mulut sebab ada yang terlampau jahil sangat
sepatah haram pun tak tahu yang wajib tu apa..SubhanaAllah..
masih tak terlambat untuk kita berpatah balik..
masih ada masa untuk kita sedar kekurangan hidup kita
masih tidak terlambat untuk kita muhasabah diri dengan apa yang sedang berlaku ini..
saya sendiri pun bila duduk2 berfikir kembali.. banyak benda yang tak patut saya buat , saya telah buat.. semua orang melakukan kesilapan hanya yang mengubahnya adalah diri kita sendiri sama ada kita sedar mahupun tidak ..
terfikir juga..
sempat tak nak nak umur sampai 50 tahun
sempat tak nak bahagiakan ibu , ayah dan adik
sempat tak lihat ibu dan ayah pergi ke Tanah suci
sempat tak nak tengok diri ini pegang segulung Ijazah
sempat tak diri ni merasa suasana pekerjaan sebenarnya
sempat tak diri ni bahagiakan orang sekelilingnya
sempat tak diri ni merubah diri kepada yang lebih baik
sempat tak diri ini memperoleh rumah dan harta sendiri
sempat tak diri ini bersama orang yang sentiasa ada untuk dirinya.. Kamu
sempat tak diri ini ada keluarga bahagia sendiri
sempat tak diri ni pergi ke tempat yang dia impikan
kadang2 bila terfikir semua ni.. rasa macam tipis sangat peluangnya
mungkin akan ada yang dpt dilaksanakan.. dan mungkin ada yang tidak sempat dilaksanakan
apa yang penting sekarang.. berdoa kepada NYA.. hanya pada DIA kita datang, dan pada DIA juga kita kembali..
sebelum melangkah kedunia yang lain..ingin diri ini mengubah segala2nya..
ingin sekali melihat orang sekeliling gembira dan bahagia..
cukuplah jika dapat memenuhi hasrat mereka berdua.. itu sudah memadai




2 comments:

hafizulhakim said...

sempat tak...huhu

Unknown said...

:(... :(.. entahlah.. biar masa yang tentukan kita merancang :)..DIA yang lebih tahu segala2nya :)