Thursday, January 6, 2011

Our journey..

Permulaan satu kehidupan.



Setiap langkah yang dibuka pasti berlainan luasnya. Bermulanya kehidupan baru di alam universiti pasti membawa seribu macam rasa dan perspektif baru bagi insan yang bergelar pelajar. Kadang-kadang aku terfikir setelah seminggu aku menapak diri di sini, betulkah pilihan aku? mampukah aku menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar jurusan pengajian bahasa walaupun aku lebih menjurus dalam pengkajian bahasa melayu? benarkah ini yang aku mahukan? mana perginya cita-cita yang aku bangga-banggakan untuk menjadi seorang peguam?Aku masih ingin mengejar cita-cita pun, cuma hanya dek kerana satu pendinding yang memisahkan aku dengan cita-cita ku.. MUET..bukan untuk aku menyalahkan sistem di Malaysia dengan mewujudkan peperiksaan ini..ada kebaikannya apabila kita menduduki peperiksaan ini. Mungkin sudah tertulis dalam diari kehidupan aku bahawa bidang undang-undang bukanlah yang terbaik dalam diriku.

Bermula sudah pengembaraan kehidupan aku sebagai seorang pelajar pengajian bahasa yang aku akan tempoh selama 3 tahun. Walaupun sudah hampir empat hari aku menghadiri kuliah , aku masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan subjek-subjek yang diajar sehingga sampai satu ketika aku menangis mengenangkan mampukah aku meneruskan pengajian aku dalam bidang ini sehingga aku sudah berniat ingin menukar program.Tapi atas nasihat sahabatku, aku mematikan niat aku untuk menukar program. Aku meneruskan kembali dunia pengajian bahasa aku ini.

Walaupun mungkin ada segelintir pihak yang memandang serong dengan program ini, apa tidaknya belajar bahasa melayu, bahasa yang mudah, tapi di sini aku ingin menegaskan bahasa penguntur jati inilah yang menaikkan bangsa kita. Memang benar bahasa bukan penguntur jati seperti bahasa inggeris amat penting, itu tidak dinafikan tetapi kita juga perlu ada orang yang menyelidik bahasa kita sendiri. Bahasa melambangkan bangsa.
Walaupun program ini menekan bahasa melayu, tetapi bahasa inggeris tidak dilupakan. apa tidaknya sampai dua subjek BEL perlu kami hadap semester ini. Bagi ku, belajar itu tidak susah , yang menjadi susah itu kerana diri kita yang mahu benda itu kelihatan payah.

Dalam kehidupan sekarang tidak semua benda ada didepan mata, kita yang perlu carinya sendiri. kalau hendak makan pun kita kena usaha mendapatkannya, mustahil makanan itu berjalan sendiri mencari kita kan.. serupa juga dengan belajar.. yang penting niat dan kegigihan dalam diri.Aku mendoakan yang terbaik buat semua terutama pelajar semester satu 2011 yang berjaya memasuki uitm tidak kira di shah alam mahupun dicawangan dan tahniah buat bekas pelajar asasi undang-undang uitm merbok yang berjaya memperoleh band 4 dalam peperiksaan muet end year ..

p/s : tahniah buat sahabat yang tersayang kina amir, syaza yang berjaya mendapat band 4 inshaallah dapat tukar course law nanti :).. nanti kita jumpa di mawar ea..
dan buat kamu, hafizul hakim.. tahniah finally apa yang anda mahukan berakhir dengan satu kejayaan, inshaallah u will be what u dream before, tahniah sayang.

2 comments:

hafizulhakim said...

wah3! panjangnya esei anda.he3.go0d writing.kamu,x semua yg kita nak kita akan dapat.tp apa yg kita dapat,itulah yg terbaik buat kita.kalau minda kita kata susah,memangla susah sesuatu itu dan sebaliknya. Hope anda study eloq2.mana tau dapat jadi pengkaji bahasa dunia kan3.tima kasih for the tahniah.he3.i will try my best. :)

Unknown said...

haha... penat baca ea haha..terpaksa la belajar dari sekarang nk tulis panjang2..ohh.. pengkaji bahasa haha.. inshallah.. one of part of my dream..good luck kamu..