HARI INI PENUH DENGAN CERITA
( KESATRIA NEGARA)
Hari ni boleh kata aku duk tawaf satu uitm plus pusing-pusing sek 2 & 7.
pagi2 buta aku dah bangun sebab KESATRIA NEGARA tu la, baru ingat nak seronok2 dalam bilik buat peta baru dekat bantal pagi ini tapi itu semua terbantut sebab KESATRIA.
Pukul 7.20 am jannah dah ketuk pintu .aku,jannah,mira, amrah dgn lg sorang aku x tau nama die berjalanlah nk tunggu bus nasib x ramai orang . perrrggggghhh.. sampai2 je padang kawad kecut perut dibuatnya tgk orang kawad. Aku last kawad pun form 2 itu pun kena paksa maksu , aku dah tak ingat nak kawad tu macam. tiba2 tepat pukul 8 AM ada orang menjerit " APA LAGI DUDUK2 DEKAT SITU TAK RETI2 NAK BANGUN CARI COMPANY MASING2" aku dengan kawan2 menggelabah bangun kepala otak aku tiba2 mcm " huuuu company celah mana pula ni haaa" dah semua orang menggelabah nasib ada juga komander YANG BAIK HATI ( payah nk jumpa komander baik hati) siap tanya awak fac ape haaa.. sejuk sikit hati ni :)
Aku pun terhegeh2 la dgn kwn2 cari mana la COMPANY tu kan, cari punya cari tiba2 ada sorang komander ni jerit " APB DEKAT SINI APA TERHEGEH2 LAGI TU MASUK BARIS " waaaaaaaghhhh... takut2.. cuak , kecut perut smua bercampur aduk.ape taknya tiba2 ada orang sergah kita macam tu, siapa tak takut. nak dipendekkan cerita ada la sikit taklimat pasal koko ni . lepas taklimat kena jumpa jurulatih dengan komander, yang ini paling tak suka nak dengar orang bebel2..boleh kata semua kecut perut la dengan komander garang nya, baik perempuan mahupun lelaki. Antara pesanan aka WASIAT komander:
1. kalau siapa yang ada janggut, misai tu tolong la shave ea, kalau awak rasa nak saya shavekan try la minggu depan dengan muka serabai awak tu
2. korang jangan nak ingat dekat padang kawad ni kamu cantik , aku akan jadikan korang manusia paling hodoh sekali
3. budak lelaki aku nak tgk rambut korang pendek sebelum aku pendekkan
4. korang kalau dgn aku panggil komander, jangan panggil abang ke ape ke, aku ni bukan abang korang..
banyak lagi dia bebel2 aku dah tak ingat.Dah rasa macam dekat kem tentera pun ada.. yang paling sakit hati tu, kiteorang punya company paling lambat dilepaskan.... menyampah betul.
habis pasal KESATRIA.. dah penat lari2 dekat padang kawad sekarang ni pasal nak pergi amek gambar kad matrik.haaa.. ini lagi satu cerita.. aku , jannah dgn amrah pergi . punya la baik aku, x penah2 nak pakai baju kurung hari sabtu , aku pakai baju kurung sebab dieorang kata formal, so pakai la baju kurung, before pergi menara kiteorang makan dkt dc dulu sebab dah lapar sangat2.
lepas tu tunggu la bus, dah la bus lambat, bila bus sampai je terus naik, bayar la rm 1. tiba2 sampai dkt fac apb , bus tu keluar gate.. ok fine !!!!! dah membuang masa.. aku , jannah dgn amrah terpinga2 " bus ni nak pergi mana ni"haha.. lawak pun ada masa ni.. so kiteorang malas nak fikir, duduk je dalam bus tu.. tiba2 bus tu berhenti dia ckp " turun2." ape pula ni kena turun nak ge mana.... dah turun tu kena naik bus depan, nasib tak payah bayar...
dah naik bus tu, die bawa kiteorang pusing2 satu sek 2 rasanya aku pun tak ingat baru la dia masuk uitm balik... kami habiskan masa dalam bus je..yang sakit hati tu, amek gambar kad matrik tak sampai 3 minit pun.. MOTIF!!!!!!!!! SANGAT2..... punya la jauh nak pergi amek gambar kad matrik, dah la jauh, kena naik anak tangga yang macam batu caves tu.. perghhhhh.. tahap kesabaran memang tercabar tadi.. itu boleh tahan lagi,, lepas buat kad matrik kena tunggu bus lagi.. tunggu punya tunggu bus tak muncul2 perghhhhh.. dah naik temperature badan rasanya td..
tunggu punya tungga finally, ada juga bus... huuu.. bus dah macam tin sardin aku tgk penuh dgn manusia.. takpelah naik je sebab x tahan la nak tunggu lama2.Sekali lagi , bus yg kiteorang naik tu tak lalu kolej kami, bus tu keluar.. ape ni.. hari ni memang hari melawat shah alam ke haaa... melawat, melawat juga ...tapi duit kiteorang abis sebab bayar bus je..motif sungguh. then terpaksa la turun amek bus lain.. kiteorang dah pasrah dah, kalau salah lagi lepas ni , biar la malas dah,.. tapi nasib betul.. tepat pukul 2.10 pm sampai juga dekat melati.. huuuu... penatnya la, rasa separuh mati pun ada.
itulah kehidupan, tak semua benda mudah untuk dilakukan, kesilapan demi kesilapan mengajar kita agar selepas ini lebih berwaspada. Tidak ada benda yang mudah dalam dunia ini, kita yang perlu permudahkannya sendiri.
2 comments:
he3.experience.
hehehe.. tau xpe.. sonok sgt2 haha
Post a Comment