Sunday, December 12, 2010

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Hantu kak limah balik rumah~~~~~~
"injit-injit semut siapa sakit naik atas" kak limah


Entry kali ini agak lain sedikit, tajuk pun dh lain macam kan.. hehehe... tak penah dibuat orang tajuk movie mcm ni "HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH" bunyinya macam cerita hantu dulu yang kita dengar nenek2 kita duk cerita dekat kita, selalu dengar pontianak la, toyol la dan macam2 lagi. So, dah disebabkan title movie ni sebegini rupa, ianya telah menarik minat aku nak juga tengok movie Mamat khalid ni, seronok sangat ke sbb tgk the making mcm gempak.. mula2 was2 juga nk tgk takut2 la x seronok ke, tapi disebabkan nak membantu sama menaikkan industri perfileman tanah air..melabur sedikitla hehehe..
Mula2nya nak pergi tgk movie ni dengan CIK NADZIRAH SALEHUDDIN..saya ulang NADZIRAH SALEHUDDIN.. tapi budak ni penakut sangat mengalahkan budak kecik, penat saya pujuk2 dia nk teman saya pergi tengok cite ni, dulu nak tgk ngangkung pun dia xnk, tapi nasib la tak tengok sbb ada org cakap x seronok hehe.. cik Nad ni x habis2 nk tgk Narnia je.. ala sekali sekala tukar mood kejap la layan cerita melayu, x gitu cik nad,.. hehe..
Disebabkan cik Nad x nk teman saya, jadinya saya ajak la adik kesayangan intan payung saya ni, amelia. Nak dijadikan cerita pukul 11.30 aku pun masuk la box num 8 masuk2 saje aku tgk boleh tahan penuhnya seat dlm box tu.

Tgh2 duduk tu sambil msg cite belum start lagi , aku dh dapat tahu ending cerita ni.. aduhhhh.. kacau betul.. En. fizul anda mmg nk kenakan.. haaa.. ini mamat blh pula pergi bagi tau ending cerita ni..
Ok.. 10 minit pertama..aku budget sbb dh tau cerita ni x heran la kan.. tapi hahaha.. penakut juga aku ni haaa.. mula2 cerita je dah tergelak-gelak.. ok maybe permulaan cerita so aku x kisah sgt la.. 45 minit pertama.. fine msih tergelak2.... so x membazir la aku beli tiket tgk cerita ni.
Permulaan cerita yang boleh aku katakan menarik dan tersusun. cerita mamat khalid kali ini tidak akan mengecewakan penontonnya seperti yang telah beliau janjikan. Pecah panggung dengan jerit tawa memenuhi ruang. Kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) masih mengekalkan genre komedi seram dan penuh kejutan. Walau tidak membariskan bintang ternama atau memaparkan adegan seksi, HKLBR tetap menarik dan menghiburkan.

Mungkin daripada tajuk, penonton boleh mengagak apa yang bakal berlaku kepada jalan penceritaannya, namun filem ini bukanlah klise seperti yang ada pada sesetengah filem tempatan. Menegaskan filem arahannya merupakan anti tahyul, Mamat Khalid berkata ini adalah cara untuk menonjolkan budaya Melayu penuh dengan budaya tahyul yang terlalu kuat. Benar apa yang dikatakan mamat khalid. masyarakat kita terutama melayu terlampau percaya dengan benda2 karut yang sedemikian walaupun kita sudah masuk didalam dunia yang serba moden ini, tapi masih ada segelintir pihak yang mempercayai tahyul ini.

Permulaan cerita ini bermula apabila Husin (awie) yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya.

(kak limah akan menyanyi lagu ni " injit-injit semut siapa sakit naik atas")

Kak Limah langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.Tapi siapakah sebenarnya kak limah.

Aku ingin memuji kreativiti pengarah mamat khalid ini kerana dia berjaya membuat penonton tertanya2..walaupun aku dah tau ending dia, tapi aku buat2 macam tak tahu la kan.. hehe.. aku ingin menceritakan ending nya di sini, tapi nanti tak seronok la pula.. tak semestinya filem malaysia ini tak bagus, cuma penerimaan kita sebagai penonton saja yang menyebabkan industri perfileman di malaysia ini tidak setanding dengan industri perfileman luar negara. Tak salah kalau hanya mengeluarkan rm 10 untuk menonton filem tanah air. Anda mempunyai hak untuk memilih.. selamat menonton.. :)

(Mamat Khalid, Pengarah)

p/s : sebenarnya dalam2 aku sokong industri tanah air, tak dinafikan cerita luar negara mmg gempak, lepas tgk cerita HKLBR aku tgk Narnia 3D hahaha.. mmg seronok..cik nad anda rugi tak ikut saya, kalau ikut dpt tgk narnia anda itu hehe..


2 comments:

KuNanGKuNanG said...

mmg best giler citer nie....pecah perut dibuatnye.......hahahaaaaaaaaaaaaaaaaa...........

Unknown said...

hehe.. tau xpe.. x menyesal tgk cerita ni :)