Tuesday, January 21, 2014

Brunei ~ Part 4

Brunei ~ Part 4 

Assalamualaikum :), satu lagi nukilan ketika di negara ini, Brunei Darussalam. Sebelum ini banyak bercerita tentang tempat - tempat menarik di Brunei, tapi kali ini, rasa nak berceita perihal orang - orang Brunei pula. For sure lah yang baik - baik sahaja, ini bukan mengampu atau apa, tapi ini adalah realiti. 

Sepanjang kami di Pusat Bahasa, UBD, sejujurnya, tak ada satu hari pun kami rasa bosan dan sedih, sebabnya persekitaran tempat kerja itu sendiri yang buat kami ceria. Walaupun kami yang paling muda, tapi mereka tak anggap pun kami ni macam anak- anak kecil yang tak boleh nak berkongsi pendapat atau idea. Malah, mereka menggalakkan kami berbuat demikian. Keluarga kami jauh di Malaysia, mungkin ada sesetengah yang berkata " ala dua jam je naik flight" tapi kos nya tetap mahal. Mula - mula diri ini risau juga, cukupkah duit perbelanjaan yang ada, dengan kos yang mahal semua. Tapi, Alhamdullilah, duit yang kami bawa cukup malah lebih lagi. Setiap hari, pasti akan ada sahaja insan - insan yang berkongsi makanan, malah belikan untuk kami berdua, Alhamdullilah. Rezeki Allah datang dalam banyak bentuk, ini juga satu rezeki. Malah, kalau makan malam sekali pun, kami tak perlu memasak, sebab ada insan yang belikan makanan. Orang - orang brunei kebanyakannya murah hati. 

Macam manalah kami tak rindu pada mereka kelak. Mereka lah yang banyak buat hati kami melupakan sebentar kerinduan kepada keluarga di Malaysia. Setiap hari pasti ada sahaja usikan dan gurau senda. Pada mulanya risau, gusar, dan takut. Tapi kini, kami makin dekat masanya untuk pulang ke Malaysia, makin rindu dengan orang - orang di sini. Mungkin ada yang kata orang Brunei ini macam - macam, tapi, kami rasa mereka sangat berbudi pekerti ( ada seorang dua je x berapa pekerti sangat). 

Antara insan yang akan kami rindu kelak 

Dr. Mohi El - Din dan keluarga serta Ms. Yoon

kak leeza dan kak sheeda. Inilah orang yang akan kami rindu, lagi - lagi akak sheeda. Apa- apa mesti dengan dia, macam mana lah nanti, akak pun dah nak kawin bulan 3 ni :) mungkin kalau jumpa lagi kami dah jadi auntie <3 

Hajah Zurinah dan Dr. Kim, yang ini confirm2 kami rindu, orang yang banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar 

Hajah Noor, our mum <3, tak kering gusi kalau dengan dia

Hajah Ross, yang inilah mula2 sekali insan yang bawa kami jalan - jalan 


Yang ini pula cerita pasal etika. Di Malaysia, kalau kita melintas jalan, kita tak toleh kiri kanan, confirm kena langgar siap seret 300 meter dan ditinggalkan begitu sahaja. Tapi, di Brunei, diibaratkan nak lintas tak toleh kiri kanan pun tak apa, sebab mereka sangat berhemah dalam pemanduan. Sesiapa yang berjalan kaki, pasti mereka akan beri laluan. Bukan hendak memuji melangit, cuma kalau difikirkan, kenapa mereka boleh buat macam ni, tapi di Malaysia tidak boleh? 

Ada seorang sahabat bertanya " Di Brunei tu menerapkan nilai2 keislaman ke, sampai nina jadi macam ni". Tak payah diceritakan macam mana Baginda Sultan memerintah, setiap sudut diterapkan nilai keislaman. Malah dalam titah teksnya penuh dengan ciri - ciri keislaman. Mungkin aura negara Islam itu sangat kuat, malah boleh buat sehingga orang sayangkan agama Islam itu. Semoga Allah sentiasa merahmati Baginda Sultan dan dapat meneruskan hukum- hukum ALLAH di negara ini. Semoga Malaysia dapat mengambil tauladan dengan sistem pemerintahan di sini. 

Kita hidup jangan melihat kepada satu dasar yang manusia reka, tapi terasnya adalah dari YANG MAHA ESA. Sejahtera lah tempat itu, jika hukum - hukum Allah ditinggikan kedudukannya. Tauladan yang baik, elok dicontohi, jadikan model utama, semoga Malaysia turut sejahtera. :) 


No comments: