KekuasaanMu tiada bandingannya
Keindahan yang dilukis di bumi ini adalah daripadA NYA
ENGKAU beri nikmat tanpa kurang
Namun, hambaMU kian alpa
ENGKAU kata tak mengapa, KAU tetap MAHA PEMBERI
Siapa aku untuk menolak kebesaranMU
Aku di sini kerana kehendakMU
Balasan yang paling setimpal sujud kepadaMU
ENGKAU jadikan aku khalifah di bumi ciptaanMU
Melaksanakan janji yang dimeterai dahulu
Jangn pernah rasa sendirian kerana DIA ada
ENGKAU duga hambaMU dengan pelbagai cara
Itu tanda ENGKAU sayang kepada mereka
Adakah mereka pun begitu?
Wahai saudara ku, jangan kau keluh jika kau susah
Jangan kau sedih jika kau di bawah
Jangan kau marah jika kau diherdik
Jangan kau benci jika kau dimaki
Itu tanda TUHANmu sedang menguji mu
Saudara ku, jangan kau jalan mengongak ke atas
jangan kau lupa asal usulmu
kelak kau jatuh dengan kehendakNYA
Jangan pernah kau lupa janjiNYA
Jangan pernah kau tolak kebesaranNYA
Jangan pernah kau lupa kasih sayangNYA
Kerana hilangnya redha TUHANmu, musnah segala kehidupanmu.
No comments:
Post a Comment