if you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.kejayaan seseorang hanya akan berubah jika mereka sendiri yang mengubahnya.kehidupan yang mempunyai pelbagai corak dan warna warni adalah kehidupan yang paling sempurna kerana mereka mampu mewarnai kehidupan mereka sendiri. hidup perlulah sentiasa mengorak langkah kehadapan dan jangan sekali-kali toleh kebelakang,biarlah sejarah yang menadi pengajaran kepada kita
Wednesday, May 29, 2013
inilah kami
kita melihat satu dunia yang sama
berjalan diputaran yang sama
namun kita tetap berbeza
hati remaja yang berbeza
pemikiran dan cara yang berbeza
itu yang membuat kita sempurna
kita temuinya di satu tempat yang sama
tiada siapa yang sangka
walaupun teman biasa
namun kita tetap mesra
akhirnya timbul rasa cinta
kita menuju ke destinasi yang sama
yang berbeza haluan kita
kau di atas, dan aku di bawah
benar sangat hampir, tapi seperti jauh
tidak mengapa, hati kita masih sama
semakin hari semakin banyak durinya
kita sabar menarik dengan perlahan
walaupun kesakitannya masih terasa
kita ubati dengan ketawa
akan tiba satu hari kelak
kita tidak lagi di satu destinasi yang sama
kau di bumi tercinta
dan aku ke sana
harapan hanya satu
moga hati kita tetap sama
satu langkah untuk merangkak tidak mudah
satu langkah untuk berjalan bukan senang
dan satu langkah untuk berlari sangat susah
tapi kita percaya semua benda akan jadi senang
dengan kesabaran
dua dunia yang berbeza, moga akan bersatu
just for you~ hafizulhakim...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
InsyaAllah. Terima kasih :-)
Post a Comment