Thursday, July 19, 2012

Kenangan Terindah..

Kenangan Terindah...

nak cari pantai dekat shah alam ni agak payahlah, nak cari sungai mcm leceh, apa kata cari tasik , paling dekat sek 7.. Kenangan yang dicipta tak perlu ditempat yang mewah, tak perlu direstoran yang perlu ditempah dahulu, tak perlu ditempat yang gah dan terkenal, cukup sekadar tempat yang bermakna. mungkin nampak kolot, ya mungkin juga klasik, tapi kenangan kolot dan klasik itu yang membuat saya tersenyum.

Apabila si dia menunjukkan skill memasaknya, walaupun hanya maggie goreng dan telur gulung ianya sudah memadai "boleh juga ke dapur"

Pagi itu hujan, mungkin apa yang dirancang terpaksa dibatalkan. tapi masing2 yakin akan berhenti hujan pagi itu, ada sebab kenapa tasik jadi pilihan..skill aku tak sehebat mana, masih perlu diasah, kadang2 termasin, kadang2 tawar, tangan tak sehebat ibu ku di dapur, tapi hentam sajalah, yang penting
"niat itu :) "

pernah pergi picnic naik bus ? kami unik :), sama2 ke sana naik bus, bus yang menjadi nadi utama dalam hidup kami sekarang, kemana sahaja dengan bus, pentingnya bus dalam hidup kami, bukan kami sahaja, malahan ramai lagi pelajar di luar sana. Ada orang mungkin berfikir, naik bus? xda kereta ke?.. semua orang mempunyai impian yang sama. beliau selalu berpesan 

"kali ini kita rasa susah, InshaAllah nanti kita rasa senang"

kata-kata ini selalu menjadikan aku sentiasa beringat, dan bersyukur dengan apa yang ada.

kami sampai di sana.. mencari tempat, dengan keadaan cuaca yang semakin mendung dan berangin, pada mulanya duduk di tempat yang tiada atap dengan harapan tidak hujan..


nak taknak kena makan juga, telan juga ler even x berapa sedap, tangan x sehebat master chef 

seperti yang dijangka.. hujan, mencari tempat yang beratap.. hari semakin gelap...
jarang sekali Shah Alam hujan pada waktu pagi...

Jadikan dia sebagai seorang teman juga, bukan hanya sekadar teman istimewa, bertukar2 pendapat, bertukar2 cerita, bertukar2 pengalaman yang ada..
Dalam sibuk bercerita, masih sempat lagi dia buat diri aku teruja dengan pemberiannya..

" Jangan dilihat pada bekasnya, tetapi nilai barang di dalamnya"

terima kasih dengan pemberian yang tiada nilainya ini..akan digunakan sebaiknya.. Syukran..

kenangan ini , kami simpan bersama walaupun hanya sekejap... akan melukis sebuah kenangan lain jika ada jodoh kami kelak..









4 comments:

KuNanGKuNanG said...

amboi3x....he3...moga korang bahgia slalu...:)

hafizulhakim said...

"kali ini kita rasa susah, InshaAllah nanti kita rasa senang"

thankz masak aritu. sedap! nnt buat rendang tok plak :) happy besday 21 :)

Unknown said...

KunangKunang : terima kasih along :)

Unknown said...

hafizulhakim : terima kasih awak..