Friday, May 11, 2012

~ hanya kata-kata



Lama sudah tidak menjengah ke jendela ini, rasa kekok untuk menulis, idea semakin kurang pautannya, tidak mampu mewujudkan kohesi dan koherensinya. Tiada kelebihan untuk berkata-kata lagi. Fikiran lemah untuk berfikir, badan lesu untuk bergerak, hati redup dipenuhi takungan bebanan rasa. Tak elok mengeluh, tak elok mengeluh, kepenatan mengajar kita kesabaran, ketabahan, kekuatan. Masih mencari mana kekuatan itu pergi, berlegar-legar dipersekitaran, tapi masih buta untuk melihatnya. 

Hidup ini permulaan untuk mulakan perlumbaan , baru di garisan permulaan, masih jauh untuk membuat pusingan, bagaimana untuk saya menang, kalau digarisan permulaan sudah merasa mengah dan letih. jangan jatuh, berjalan kalau penat, kalau perlu merangkak , saya merangkak, kalau perlu mengensot sekalipun saya akan lakukan, sehingga mencapai apa yang ada di garisan penamat. 

cuba bina empayar sendiri, berusaha berdiri atas kaki sendiri, sehingga kaki tak mampu berdiri dan patah baru berusaha memcari orang. Bukan segan, bukan malu, cuba takut membebankan. ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, berusaha mencari inisiatif sendiri, tapi banyak sahaja kekangan yang perlu ditempuhi. Kalau saya seorang gabenor bank. Rasa kekesalan mula menebal di dalam diri...

kekusutan kadang-kadang memakan diri. Perlu mencari pantai yang tenang, duduk lepak dan hirup angin segar di situ. Mencari ketenangan dan lari dari semua masalah dan kekusutan ini. Masih mencari kehidupan yang sebenar, mencari kebenaran yang masih tidak jelas. Bermohon kepada-Nya, agar apa yang bukan milik ku diambil dengan rasa reda dan jika benar kepunyaan ku, Engkau kekalkan lah di dalam hati dan kehidupan aku, Amin.




No comments: