Friday, April 20, 2012

~ norma kehidupan

~ Norma kehidupan


Lama rasanya jari ini tidak membuka laman ini untuk mencoret apa sahaja yang ingin disampaikan, kekangan masa membuatkan diri rasa perlu menjarakkan diri untuk menaikkan apa-apa entry. 

Norma kehidupan....
Syukur, alhamdullilah, Allah memanjangkan usia aku untuk melihat lagi kejadian-kejadian dan fenomena di bumi ini. Usia setahun jagung ini masih lagi mencari hala tuju yang masih samar-samar, masih belajar apa itu kehidupan, tiada manusia yang dilahirkan didunia ini terus memahami apa itu kehidupan. 

Mereka selalu berpesan, " bila dah keluar nanti, macam-macam orang kau akan jumpa, yang hitam, putih, coklat, belang-belang, kena tempatnya jadi baiklah kau, kalau tak, dengan kau hanyut sekali"  biasa dengar ayat ini? Semakin panjang usianya, semakin ramailah manusia yang dia akan kenal.... disebabkan "manusia" inilah yang mengajar kita semua apa itu PENGALAMAN. Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk jadi seorang yang HEBAT. Timba lah ilmu dari mereka yang lebih berpengalaman dan lebih tua daripada kita, mereka lebih banyak makan garam daripada kita. 

Apa situasi yang selalu kita alami dalam kehidupan kita yang mampu beri kita pengalaman dan pengajaran yang mendalam sehingga satu tahap kita sanggup lari dan tidak mampu untuk menghadapinya secara berdepan-depan? Masing-masing mempunyai pengalaman masing-masing. 


Isu Cinta? lumrah setiap manusia untuk merasakan apa itu Cinta. Cinta kita kepada Maha Pencipta, ibu bapa,  adik-beradik, saudara-mara, sahabat, alam sekitar, haiwan. Tapi ada satu cinta yang bagi kita pengalaman sama ada manis atau sebaliknya. Rasa cinta kepada insan yang mampu buat kita makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, jalan tak betul,.. boleh pakai ke lagi "peribahasa" ni? kalau kata " makan berpinggan-pinggan, tidur berpuluh-puluh jam, mandi berjam-jam, " ini betul!. Sebab jenis cinta ini buat manusia jadi tak keruan, hilang arah, hilang punca, hilang segala2nya dan lupa kepadaNYA.Pengalaman putus cinta ada yang sanggup bunuh diri! fikiran semakin tidak rasional . Tidak perlu rasanya menghukum diri atas kesalahan pihak yang berkenaan, teruskan kehidupan dan saya sangat hormat mereka yang mampu bangkit setelah ditinggalkan oleh pasangan mereka walaupun sudah bertahun-tahun bersama. Anda pernah merasakan ini?


Isu Kawan? masuk tadika, yeay! kawan. masuk sekolah rendah, kawan baru lagi, kemudian sekolah menengah, kawan yang baru lagi, masuk universiti, lagi bertambah kawan, mula bekerja ada kawan baru lagi, kehidupan kita sentiasa akan ada orang baru yang memenuhi ruang yang ada. Tapi, seramai mana mereka ini yang mampu jadi sahabat baik? yang mampu menutup aib kawan mereka tanpa membuka pekung sahabatnya sendiri, yang sentiasa ada bila kawannya dalam kesusahan, ditindas, sentiasa memperbetulkan silap kawannya , bukan sama2 menggalakkan kesalahan itu terus berlaku,yang tidak menjaja2 cerita buruk kawannya,  yang bukan hidupnya bukan seperti biskut, yang bukan  suka bertukar-tukar selera ( kau kawan aku dunia akhirat, kawan sampai mati, tapi bila buat salah sikit, cari orang lain buat kawan baru), yang bukan  tak boleh ditegur apabila salah tingkahlakunya, setakat ini jumpa tak orang macam ni? Bukan senang untuk mencari, dan bukan senang juga untuk kita menjadi seperti ini... anda pernah merasakan ini? SAYA PERNAH. 


Isu kewangan? masa zaman kanak-kanak, dapat rm 1 rasanya macam rm 10,tapi sekarang rm 10 tu dah tak cukup. Pernah rasa yang duit syiling itu sangat beharga , dikumpul, lama-lama jadi banyak dan ditukar kepada duit kertas? yea saya pernah rasa, rm 1 itu sangat beharga, lagi2 untuk pelajar yang menggunakan pengangkutan awam seperti bus untuk pergi ke kelas. Rasa bebanan duit ini dirasai oleh semua orang, yang sudah bekerja lagi pelbagai benda yang ingin diselesaikan dengan menggunakan duit, $$$$$$$$$$$ isu ini sampai bila-bila takkan pernah selesai. Anak-anak.... bukan ingin membebankan ibu bapa, rasa serba salah ingin meminta, tapi apakan daya.. pernah anda rasakan ini?

Dalam kehidupan kita ini, ada pelbagai lagi masalah yang perlu kita hadapi, sama ada kita mampu menyelesaikannya atau tidak, dan ini juga yang menjadikan kita pengalaman dan belajar terus belajar menjadi yang lebih baik.


No comments: