renungan bersama
as'salam, hari ini cuti , syukur ada juga cuti , tapi xdapat nak rasa nikmat cuti tu sangat, hari ini buat kerja xdalah stress sangat sebab dua insan ini bagi komitmen yang sangat baik, suka :), walaupun nampak susah pada mulanya, tapi akhirnya siap juga thanks mira dan biha :), lepas penat duk multitasking : BERFB, BERTWITTER, BERBLOG,BERPOWERPOINT, BERMOVIEMAKER,BEREXCEL,BERWORD akhirnya kerja yang seharusnya siap untuk hari ini alhamdullilah dapat disiapkan, duduk merenung lagi beberapa minggu nak final terfikir satu benda " kenapa ada orang masih tak jujur dengan diri sendiri" tajuk ini sangat universal, lain orang lain cara pemikirannya.
semua orang tahu apa makna jujur tu kan, tak payah nak dibincangkan dengan panjang lebarnya. semua orang pernah menipu, saya pun sama :), tipu sunat lah, tipu wajib lah erk? ada ke tipu wajib huhu.. dalam keadaan seorang pelajar apa yang korang tau dengan tajuk ini? kalau saya senang je " tak jujur masa buat assignment, tak jujur masa test, tak jujur masa final" senang! simple , kenapa saya cakap mcm tu ? easy
ada orang bangga dapat markah tinggi , tapi usahanya hanya sekadar "membawa toyol"masa test, masa final, bangga di dunia, di akhirat kelak.. fikir-fikirkan. kadang-kadang kita nak menegur, tapi nanti kita balik yang kena, jadinya kira mcm dah bersubahatkan sebab tak tegur. mengeluh tak sudah bila fikirkan benda ni. jujur katakan, pernah lah juga nk buat benda-benda toyol ni, tapi bila fikir balik, sangat tak jujur dengan diri sendiri, jadinya saya campak balik toyol dalam beg. suka bawa toyol sebab nanti dapat markah tinggi, tapi tak fikir pahala makin rendah markah. fikir2kan :)
ada orang tak jujur bila buat assignment , maknanya PLAGIAT @ PLAGIARISME...ini tak payah kata lah, mcm copy paste je balik kerja orang lain, yang membezakan front page nama , id, semester .. hurm....... speechless ..
manusia ni pelbagai ragamnya, ada yang membangga diri dengan kelebihan diri sendiri dan bukan itu sahaja, lebih suka melihat orang lain jatuh dengan merendah-rendahkan kelebihan orang lain, kenapa perlu begitu, kita tidaklah sesempurna mana, tiada yang sempurna dalam hidup manusia ini. Kita ada dibumi ini kerana untuk belajar lebih banyak kesalahan dan sentiasa memperbetulkannya. Kehidupan kita ini seperti roda, bukan sentiasa berada di atas, ALLAH memberi kita nikmat supaya kita sentiasa bersyukur , tapi kita alpa, leka terlampau berseronok dengan nikmatnya, sehingga lupa dengan kewajipan. bila sudah masanya roda itu berpusing, segalanya ditarik, pada masa itu barulah hendak mencari jalan yang sebenarnya. itulah manusia, leka, leka dan terus leka.
sekadar renungan bersama dan ini untuk peringatan untuk diri sendiri, sentiasa ingat KEPADANYA, jangan merendahkan orang lain dengan kelemahannya dan sentiasa jujur dengan diri sendiri. selamat malam :)
No comments:
Post a Comment