Friday, December 9, 2011

~ perlu rasa apa mereka rasa~

~ perlu rasa apa mereka rasa~

salam jumaat :), akhirnya jumaat datang juga, penat nk tunggu hari ni, sebab dapat rehat lebih sikit.. balik kelas td, minta belas ihsan kawan sekelas hantarkan pergi PK bila muka dah naik pucat, bibir dah naik kering, tiga hari ditahan rasa ini, dah x sanggup nak tahan sebelum ada jarum yang masuk dalam badan, lebih baik buka langkah jenguk ke Pusat Kesihatan, bla,bla,bla,bla,bla,bla. doc tu cakap,... dalam hati ini" awak perlu rasa apa saya rasa sekarang", siap ugut2, kalau xnak masuk air dalam badan, rehat cukup2 " kalau assignment tak siap, mcm mana nak rehat" kalau ada test memanjang, bilanya nak baca kalau rehat je huhu..semua orang cakap biasalah hidup student memang mcm ni, banyak kerja, assignment tu, assignment ni, benda tu nak buat, benda ni nak buat, kadang-kadang tidur pun tak cukup, ada yang tak tidur langsung berhempas pulas siapkan assignment, study lagi, plus nak final, kalau duk rehat je, alamatnya ..............

inilah jadinya SERABUT!

Isu utama, pernah tak korang rasa apa yang orang lain rasa~ maknanya korang sesedap hati je cakap pasal orang tu, jugde macam-macam, cuba korang dekat tempat orang tu, apa macam? 

contoh 1 :
pemain bola sepak, dieorang tu dah penat-penat berlatih, ingat apa senang nak kejar sebiji bola dkt padang yang luas tu, bila kalah je team tu, hamboi!! penyokong depa ni siap maki-maki pemain tu, cakap tak reti main lah, apa lah, cuba korang yang main, agak-agaknya boleh ke kejar bola tu? macam pasukan Malaysia, korang mampu jadi wakil untuk Malaysia macam mereka tu, just appreciate apa yang mereka dah sumbangkan kepada negara, jangan nak kutuk-kutuk lagi.. kita perlu rasa apa mereka rasa..

contoh 2 :
masa order dekat kedai makan, masuk kedai makan yang ramai orang sape suruh, bila orang tu amek order lambat sebab ramai orang korang boleh pula marah2 siap panggil lagi, tau lah lapar, sabar lah kejap, bukan salah die xnak amek order , orang ramai , yang korang masuk kedai yg ramai orang pasal apa, bawalah bersabar sikit, apa kata korang yang tulis order, then amek sendiri , amalan layan diri, ok x? kadang-kadang kesian tengok orang yang amek order ni, tak pasal-pasal kena maki hamun,..kita perlu rasa apa mereka rasa

Contoh 3 :
contoh paling dekat la, dalam keluarga kita, mak ayah buat semua benda untuk kita dan semua tu yang terbaik untuk kita, tapi mesti ada je benda nak argue ( pesanan untuk diri sendiri juga), bantah sana, bantah sini, siap buat demonstrasi besar-besaran, mogok selama seminggu xnak keluar bilik...  fikirlah, ibu bapa mana nak anak mereka buat silap, kalau boleh nak anak mereka sesempurna yang mungkin, dan mereka nak anak mereka ada semua benda..ibu bapa berhempas pulas bekerja nak bagi kita rasa semua nikmat yang ada, tapi kita ... kita perlu rasa apa mereka rasa..

contoh 4 :
contoh ni agak sensitive sikit rasanya, tapi ini sekadar contoh ea.. contoh nak appoint class rap, ok, orang tu dah willing nak jadi korang punya class rap, sanggup dengan rela hati, ikhlas, tapi korang, macam2 nak argue, bila suruh buat tu, buat ni, banyak je alasannya, class rap ni nak marah pun serba salah, nanti bergaduh, tapi korang pijak kepala lagi, dia dah tolong uruskan banyak benda pasal class, class cancel lah, cari class untuk replacementlah, text satu kelas cakap class cancel, class ganti, itu ini, tapi korang banyak je tak puas hati, apa kata orang yang banyak cakap tu, appoint diri sendiri rasa apa class rap rasa, jangan banyak bercakap, cuba menghargai apa yang dia telah lakukan, bukan menghentamnya kata itu salah, ini salah, kenapa masa pemilihan tu, tak willingkan diri untuk jadi class rap..kita perlu rasa apa yang mereka rasa..( tapi class saya ok je heeeee.. heeee.. tapi sem depan cari orang lain pula ea hehehehe... kita tukar-tukar citarasa heheheh..)
 

semua benda ni, ada disekeliling kita, cuma kita je yang tak perasan, kadang-kadang kita perlu meletakkan diri kita sendiri pada situasi yang mereka hadapi, biar kita tahu menghargai apa yang mereka cuba lakukan untuk kita,.. rasanya ini dah macam tazkirah jumaat.. tekak dah sakit, asyik bersin-bersin, ubat dah ditelan rasanya perlu rehat sebentar :) salam jumaat :)

2 comments:

KuNanGKuNanG said...

wah..ni sesi luah prasaan ni..sabr ye..sibuk mane pun amik masa sikit tuk rht..bw bertenang bukan bertendang tau.he3..wt keje 1 by 1..insyaAllah semua akan settle..:)

Unknown said...

KunangKunang : heee..xdalah, lama dah nk naik entry ni, tapi lupa je