Friday, November 11, 2011

unknown title~


" hari ini satu rasa tidak dapat digambarkan. rasa malas menghadap nota itu sudah semestinya, selak-selak , boleh tertidur dibuatnya, bila celik kelopak mata pukul 2.30 pm. rasa malas hari ni buat aku tidak dapat habiskan satu bab pun, assignment tidak berusik, tamparan berada dirumah sangat terkesan , semakin menjadi-jadi malasnya. yang rajinnya bila diajak makan, sangat rajin, tak diajak pun tahu mencari makanan sendiri didapur, siap boleh buat lauk baru padahal ibu dah masak sedap-sedap. itu aku sangat rajin MAKAN. coklat satu bar boleh dihadap seharian, bila cari balik,"eh, sejak bila aku habiskan coklat ni" nikmat makan, sampai tak sedar habisnya. kuih bahulu satu balang, aku hadap boleh habis, cukup makan macam tu saje, cicah dengan air kosong pun jadi, ainina anda dirumah macam tak cukup makan , dekat uitm sana reti pula jaga mulut tak makan, makan sehari sekali saje, kadang2 sampai lupa "aku dah makan ke hari ni" kalau dirumah " eh, rasanya dah makan dah tadi, tapi lapar nak makan lagi lah" great! ini satu rasa yang dapat gambarkan~ ~



hari ini satu rasa lagi yang tak dapat nak jelaskan, rasa itu selalu ada, tapi hari ini rasa itu semakin tebal, rasa itu selalu wujud, tapi hari ini kewujudannya menampakkannya dengan jelas. Rasa itu sukar diungkapkan, tambahan hari ni cuaca sejuk, mendung, hujan, bertambah lah rasa jiwang dalam diri, selalunya pillow talk waktu malam, tapi hari ni pillow talk waktu petang-petang tengah hujan lebat.tangan kanan pegang nota, tangan kiri laju menaip sepatah, demi sepatah ayat disusun. yang di sana pun menyusun ayat yang sangat manis, jarang dia menyusun kata-kata sebegitu, sekali tersusun ayat, A.SAMAD SAID belum tentu dapat menang. puitis mengalahkan penyair handalan. Rasa itu semakin hari semakin ada yang menyiramkannya, bila tiada air, akan berusaha mencari air agar dapat mekar subur bunga di dalam taman yang dibina. Satu rasa yang hari ini tak dapat nak ditafsirkan bagaimana rasa itu. Rasanya, perasaan itu dapat diluahkan sama seperti lagu yang sedang didendangkan di blog ini DENTING



2 comments:

hafizulhakim said...

he3 denting best :)

ainina rasidan said...

hafizulhakim : best2 :) terima kasih