Tuesday, October 11, 2011

" selamat malam, lama dah tak naik entry baru, tengah bersengkang mata mencari bahan menyiapkan assignment yg due date nya semakin hampir,. hilang segala2 idea, isi2 penting bila satu isu telah pop up !!!!
sangat senang mcm beli kain, rasa dah lusuh campak , beli baru, pakai buang. kenapa perlu ada isu sebegini rupa. Sesuka hati menyakitkan hati orang lain. Bila orang sakitkan hati anda, anda canang satu dunia, macam menyatakan orang tu sangat bersalah, anda sahaja yang betul. Bila berbicara tentang hati, anda sangat hebat, seperti menanam tebu ditepi bibir. Pandai melemparkan janji-janji manis, tetapi dalam diam anda membuka satu kawasan baru atau spare part. sangat seronok bila melukakan hati orang lain. Hidup ini seperti roda, sekali anda melakukan kepada orang lain, banyak kali anda akan rasa macam mana orang itu sedang rasakan. saya bercakap atas dasar melihat kawan sendiri diperlakukan sedemikian rupa.Hati wanita bukan untuk dipermainkan, bukan untuk diperjudikan di khalayak ramai, hati wanita sangat tulus. Jangan kau rasa kau seorang pria kau mampu membuat apa sahaja sesuka hati, maruah yang kami jaga sangat tinggi. Sekali kau lakukan sebegitu, perempuan akan meletakkan satu garisan pemisah dengan kau dan melebelkan kau dengan pelbagai gelaran. Dalam masa kau masih dengan si dia, kau membuka mata untuk yang lain. Kau mencari pelbagai alasan menyalahkan si dia agar kau menampakkan pertelingkahan berlaku disebabkan si dia. Sebuta-buta manusia, dia akan nampak juga jalan bila kebenaran telah muncul. Mungkin saya, tidak dapat menyembur anda depan-depan kerana menjaga maruah anda sebagai lelaki, dan menjaga maruah saya sbg seorang perempuan untuk mencari gaduh, bukan cara kami untuk bergaduh, tetapi jangan lah sewenang-wenangnya melakukan seorang wanita sedemikian rupa, sekali kau melukakannya, kau akan merasakan lebih perit daripada itu. Saya bercakap atas dasar seorang sahabat yang sangat menyayangi sahabat baiknya, sekali kau buat kepada kawan aku mcm tu, aku akan lebelkan kau dengan pelbagai gelaran, dan jangan sesekali kau berpatah balik memohon apa2 ucapan maaf, Sekian 

No comments: