Wednesday, October 26, 2011

Diwali :)

Diwali :)


Happy Diwali  :).. Hari ini dapat rasa muruku sedap .. lepas zuhur ayah call dah on the way  nk amek kita raya rumah kawan ibu di klang..siap2 x sempat make up pun( make up ke) sbb ayah call kata dh bertolak masa tu saya duk tgh khusyuk buat assignment, capai baju mana yg ada, siap2 10 minit ayah dah sampai. Rumah yang dituju bestfriend ibu rupanya heee~. yeah, dapat makan tosai dia yang sedap tu, sampai2, siap dh tunggu depan gate, ajak masuk..heee~~ auntie jgn la puji kita lebih2 :).

masuk2 tempat utama yg saya tuju, mukuru la, apa lagi.. dah xda benda lain saya nak MURUKU !!
\
entah la brapa round duk hadap benda ni je..

Lepas tu untie Susi ajak kita makan tosai, putumayam dgn KFC!! weh, pecah perut weh makan byk, kari ayam lagi! Lepas tu sambung makan muruku lagi, dengan kuih ini

ni kerja saya juga habiskan separuh dah tinggal!

dah kenyang, untie Susi ajak pergi rumah mak dia, yeah! peluang baik makan lagi, hari ini saya tak makan apa2 dari pagi, tu laparnya semacam, pergi ke sana adik dia dah siap masak NASI LEMAK, RENDANG AYAM, SAMBAL UDANG, SAYUR CAMPUR ! haaa..xda tosai, capati ke, roti canai ke, putumayam ke, haaaa.. nampak Deepavali pun mereka masak makanan orang melayu, unikkan, tambah rasa dia sama orang melayu masak, adik untie susi dah biasa masak makanan melayu tambahan dkt office dia mmg ramai kwn2 melayu, dia cakap pun dah mcm orang melayu, sangat kenyang dan sangat sedap, tak dinafikan lagi..

Dah makan bagai semua, waktu nak balik ayah ikut jalan shortcut katanya senang nak elak jam,.. sekalinya haaaa.. bukan nak elak jam ini yang kami tempuh !!







nampaknya sistem pembentungan di Klang ni perlu diambil berat, sungai pun dah mcm jalan dah saya tgk, kesian kereta yang stuck x blh nk jalan.. huhu.. apa2 pun saya dapat duit raya!!!

pengajaran hari ini : Setiap orang Allah dah letakkan rezeki masing2 dan berbeza, mungkin saya takda rezeki di situ, ada rezeki ditempat lain, usaha sudah ada, tapi tiada rezeki ada hikmah disebaliknya, walaupun rasa sedih mula2 rasa mampu nak jawab, tapi bila kesalahan teknikal yang x blh nk buat apa2, semuanya hilang begitu sahaja, Sabar itu kunci kepada kehidupan :)





2 comments:

KuNanGKuNanG said...

wah besynye..xajak pun..hehe..mesti kenyang tahap gaban kn?ekekeke

Unknown said...

kunangkunang : heee..alaaa..along pun berjalan2 ke bukit tinggi, best2 jalan2 cari makan :)