Tuesday, August 16, 2011

BAHANG RAYA

BAHANG RAYA

" Berlalulah sudah ramadhan, sebulan berpuasa,tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira"
sambunglah lepas tu :).. yeahhh.. alhamdullilah, kita puasa pun dah hampir setengah bulan :), inshaAllah lagi dua minggu kita nak raya dah, jadinya mood raya kena ada, jadinya blog ini lagunya raya lah :)
lagu anuar zain dgn elena pilihan hati saya sebab comel ngat aih suara depa zaman budak2 ni :), barulah rasa mcm nak raya, ini tak kenapa tahun ini macam sugul sedikit.. huu.. dah tau byk benda kena cut down, plus semakin bertambah umur ni, semakin tak terasa raya boleh x? errr..baru 20 kot.. yeyeo je balik kampung still main mercun dgn sponsor2 orang2 berkenaan, yeahh..nak mercun gasing satu!!!!, mercun pop2 pun boleh, xpun buat meriam buluh...mula teringat zaman kanak2 main mercun sampai tak ingat dunia, dan kesannya ada hingga ke hari ini, itulah kalau dah nakal tu, nakal juga, siap ada tanda lagi.


Tahun ni mcm biasa balik rumah nenek la, saya ada seorang je nenek intan, payung, pengaran jantung nun di sana.. tiap2 tahun muka ini jelah yang akan ada, x mcm yang lain bergilir2 ( thankful juga sebab xpayah dgr ayah ibu gaduh nak balik rumah mana dlu) lagi senang kalau taknak gaduh2 balik rumah mana kawin dengan orang dekat senang, xyah gaduh x pun cari calon sebelah rumah hehe..(trends cari dekat2 ni saya tengok sepupu sepapat dah mula amalkan, satu kampung pun ada, best of luck untuk dua orang yang bakal akhiri zaman bujang tahun depan, sedih lah pula dah kuranglah geng bergosip tinggal 5 orang jelah nk jual bertih jagung tahun depan).

Tahun ni, tahun saya dapat mulakan puasa di kampung, dan akhiri puasa saya dikampung juga, Alhamdullilah, x pernah seumur hidup first ramadhan di kampung.. suka balik kampung sebab nenek masak sedap2, kuih2 x payah nak beli sangat, nenek confirm akan buat kuih muih untuk berbuka, saya sayang nenek saya lah 10000x..
dan tahun ini family byk cut down benda2 yang perlu dibeli, fine... kuih pun kena home made nampaknya, tolonglah jangan sekat JUMLAH KADAR MATA WANG DAN AMAUN UNTUK DUIT RAYA JUGA!, walaupun kena cut down bahagian2 tersebut, baju raya tetap melebihi had, mula-mula satu, lepas tu, 2, then 3, tiba2 apasal cek2 balik dah 5? bila masa entah belinya ( credit kalau dah kerja kedai kain hahah)

malam2 gini byk pula nak dicakapnya, semoga raya tahun ini lebih baik dan gembira daripada tahun2 yang lalu :) ( tahun ni rmai yg blik rumah mak mentua dlu, sunyilah rumah nenek) salam ramadhan 

2 comments:

hafizulhakim said...

SELAMAT HARI RAYA! :)

ainina rasidan said...

hafizulhakim : selamat hari raya juga haha