Thursday, June 16, 2011

Tanda-tanda~ sekadar berkongsi bersama

Tanda-tanda sebelum hari mati.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

selalu entry saya pasal kehidupan, tapi tak pernah nak selitkan pasal kematian. setiap yang hidup pasti mati. semalam, tengah2 online ada terbaca dari satu page di facebook pasal tanda2 mati. bila terfikir balik, banyak tanda2 yang kita boleh rasa sebelum kita menemui ajal. Mungkin tanpa sedar ianya ada pada kita. sama2 kita lihat. 

‎| Tanda 100 hari sebelum hari mati |

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


‎| Tanda 40 hari sebelum hari mati |

 Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.


‎| Tanda 7 hari |
 tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



‎| Tanda 3 hari sebelum hari mati |

 Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.


‎| Tanda 1 hari sebelum hari mati |

 Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Kematian adalah termasuk didalam perkara-perkara yang dirahasiakan Allah Ta’ala, namun bukan hal yang mustahil tanda-tanda kematian itu dapat dirasakan setiap hamba sebelum ajalnya tiba. 
sama-samalah kita renungkan. :) 

No comments: