Friday, March 25, 2011

PULAU Natal AKA Pulau Krismas

pagi tadi pergi kelas sosolinguistik, buat pertama kali saya focus sgt2 sbb lecturer dok cerita pasal pulau krismas, hu?? apasal nama die krismas, byk sgt pokok krismas ke dekat sini? dekat mana pulau ni, tak penah dengar pun? apa yang ada dekat pulau ni? apa kaitan dengan kita?

sedikit penerang mengenai pulau ini. pulau yg terletak di selatan jawa barat dan sejajar dgn bahagian utara benua Australia. Kota terbesarnya Flying fish cove. nama kota diberi sempena dengan nama ikan, ikan flying fish ( ikan ni boleh terbang atas permukaan air). Pulau ini lebih kecil daripada pulau bali. Manusia yang menetap di sini hanya 1493 orang sahaja nak dibandingkan dengan kita ni ha..
tak silap ini ikannya.

Populasi manusia di sini amat sedikit, keunikkannya adalah pulau ini dihuni dan dipenuhi dengan KEPITING MERAH atau bahasa mudahnya ketam merah. anggarannya lebih kurang 30 juta ketam merah menghuni pulau ni. sangat2 banyak.. tak dpt bygkan pergi mana2 confirm jumpa ketam merah. Ketam merah ni berkeliaran di mana2 sahaja. walau bagaimanapun ukuran saiznya cukup kecil.

(antara contoh2 ketam menyerang di jalan2 raya di pulau natal)
ketam2 ini akan bertelur di atas bukit terutama sekali pada bulan november(tak silap saya) dan masa ni lah ketam2 ni akan menyerang naik ke darat.

secara logiknya, pulau ini lebih dekat dgn perairan indonesia, namun pihak australia menyatakan pulau ini masih dibawah bahagian negara mereka. jadi statusnya masih " organisasi teritori australia". oleh itu mata wang yang digunakan adalah autralian dollar (AUD). walaupun pulau ini terpencil tapi apa yang boleh dibanggakan Bahasa Malaysia turut lahir di sini, dan pemerolehan bahasa melayu itu sendiri ada di sini. cukup bangga tempat sekecil ini masih ada bahasa yang kita sedang tuturkan.

Banyak tempat2 menarik di sini, cuma ianya masih belum diperkenalkan lagi, di sini turut ada hotel, airport kecil, restoran, dan kemudahan2 sepertimana yang kita ada sekarang. jadi bolehlah lepas ni pergi sini nk melancong ke, bersuka ria ke, :)..

1.jpg

2.jpg

4.jpg


6.jpg



2 comments:

hafizulhakim said...

cam best je kalau dapat g :)

Unknown said...

:).. moh2 ge sana :)..tukar angin pula, jom pegi tempat yg terpencil ni