Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Kenapa tak suka??

Kenapa tak suka??

kenapa tak suka apa?? suka hatilah nak suka ke tak!!err..motif sangat. entry ni bukan pasal nak cari gaduh ke apa, nak cakap kenapa saya tak suka benda2 ni. Apa benda yang aku tak suka?? kalau cakap ada makanan yang saya tak suka?.
Boleh tak saya nak cakap saya tak suka  KETAM!!!.. Hari ni menu dkt rumah ketam rebus!!! errrr.. kalau boleh memang nak elak makan ketam. haaa..mmg jarang lah manusia yang tak suka ketamkan, isinya dahlah sedap, manis gitu, kenapa budak ni tak suka? senang je jawapan dia MALAS NAK KOPEK KULIT!!!!!.. Yeahh!! boleh terima tak alasan ni. sebab ketam lah tangan berdarah, luka2..huuuu...tapi kalau dah orang belanja makan jelah, sedap memanglah sedap, lagi sedap kalau ada orang kopekkan heheh.. nikmat makan wooooo. so kalau nak bawa saya pergi makan, boleh order ketam, tolong kopekkan sekali haha.. perghh mmg takda org nk kopekkan lah... :)
selain ketam, kerang dan seangkatan dengannya, tapi kopek kerang saya suka hehe..best kopek kerang tapi tak suka makan, sanggup masak untuk orang tapi TAK KAN MAKAN :), jgn tanya sebab apa nanti anda tak boleh terima apa saya cakap hahaha...tapi bila tengok orang makan cam sedap, lagi2 dalam family ni semua suka kerang kecuali AININA RASIDAN, nenek kalau masak rendang kerang tu, semua orang makan, ainina tengok je..huuu...


haaa.. buah paling tak suka dialam semesta HONEYDEW AKA TEMBIKAI SUSU.. tapi bab2 memotong buah ni bak sini, meh bagi ainina. dulu masa duduk rumah maksu tiap2 hari buah ni mesti kena ada, hari2 lah duk memotong buah ni buat jus, tapi orang lain yang makan, orang lain yang minum.. yeahh..berkhidmat untuk orang lain kerja saya :). orang lain makan sedap je, penahlah try makan, lepas 10 minit kepala pening mcm ada helikopter atas kepala, plus bau buah ni... errrr.. no komen apa masalah aku pun tak tau, waktu potong buah tu boleh je bau, bila nak masuk mulut tu yang tak boleh blah langsung..so agak2 nak dtg rumah bawa buah tangan please jgn bawa buah ni hehe.. kalau nk bawa strawberry ke, apple ke, tembikai biasa2 tu ke, boleh diterima.


Rasanya ini je yg aku tak suka, yg lain makan je, sumbat dalam mulut hehe... tp ada je lagi yang dulu2 tak makan, tapi belajar untuk makan contoh ikan keli, thanks to NURSYAEIRA sebab kau lah ainina ni pandai makan ikan keli.. jasa mu dikenang hingga akhir zaman yeah!!!. sushi? RAE yang ajar makan, kalau tak memang tak reti nk makan, thanks yooo.. banyak lagilah yg dulu kalau boleh nak elak, tapi sekarang dah reti dah, cuma yang tiga diatas ni jelah memang rasanya sampai bila2 susah nak terima huuu.. yeah.. makanlah selagi boleh makan tapi berpada-pada jgn sampai sakit pula.. :)


Friday, June 17, 2011

Peragut baik HATI!!!

Peragut BAIK HATI!!!

Entry ni macam best PERAGUT BAIK HATI?? ok ainina kau memang nahas buat statement macam ni kan!!!.. agak2 peragut boleh kawan dengan saya tak?? motif buat statement mcm ni? sini nak share satu cerita, ni masa pergi perlis hari tu mak angkat saya cerita kisah ini. 
AL-KISAH :


benda ni terjadi dkt kampung medan(selangor ke KL tak sure) , masa tu ada sorang makcik tengah syok2 sidai kain sampai tak perasan kot ada dua orang mamat duk tengah usha2 dia dari jauh. tahu2 lah kawasan kampung medan macam mana, rumah diakan dekat2, so tengah duk sidai kain sambil nyanyi lagu ikan kaloi tu tiba2!! BROOMMMMM!! motor memecut lagi merentap emas dileher makcik yang innocent tu !!, ok fine makcik tu ckp " peragut, peragut,peragut" orang nak kejar pun dah x boleh laju sgt motor mcm pelesetkan.

Nak dijadikan cerita, peragut tu mestilah nk hasilnya kan, pergilah pajak gadai kedai Ah seng, " tokey2 ini emas, wa mau pajak dapat bila pa? agak2 rm 1000 ada tak? "peragut berkata.
" ci kejap wa tengok dlu lu punya emas", ah seng.
Beberapa minit kemudian, " lu olang bikin wa panas, lu tau ka ini emas tiluan wooo.. ZHULIAN punya brand..lu culi ka?? terus cabut peragut2 tu.

esoknya, makcik yang sama, tengah siram bunga pula, sambil nyanyi lagu Hettykoes Endang, TIBA!! emas jatuh dari langit!!!.. peragut campak balik emas yang dia ragut tu sambil berkata2, " makcik lain kali beli lah emas yg dekat POH KONG!, jgn yang tiruan, buat susah orang je" .
haaaaa...haaaa.. boleh pula peragut2 ni campak balik emas tu, OK SANGAT BAIK HATI!!!.. berani tu satu, baik hati tu satu, sangat baguskan!!.. saya salute peragut ni.


p/s: Kepada ibu2, nenek2, makcik2 yang suka pakai barang kemas, kurang-kurangkan lah, td pun saya ada tengok tv cerita TANAH KUBUR, pasal barang kemas, kalau pakai terlebih2 pun tak elok, mungkin ada azab kelak, di samping itu seperti menunjuk-nunjuk, kalau boleh duit tu buat lah amal jariah yang lain, tak pun bak sini bagi saya pandai lah saya nak gunakan nanti, yeahhh..selamat membaca ea.. 



Apa itu Nikmat ALLAH~ Kejayaan&kegagalan.

Apa itu nikmat ALLAH :
KEJAYAAN & KEGAGALAN

As'salam, salam jumaat semua. apa itu NIKMAT ALLAH? kalau kejayaan itu nikmat ke? Kejayaan antara nikmat yang Allah bagi untuk kita sebagai tanda apa yang kita lakukan sebelum ini dengan "DUIT" DOA, USAHA,IKHTIAR,TAWAKAL". entry ni naik sebab seronok tengok kawan2 yang boleh kata result ea alhamdullilah, ada yang DL lagi, syukur tahniah. jangan lupa dengan apa yang diperoleh, jangan bangga dengan apa yang dapat hari ini, hari esok kita tak tahu lagi. panjang lagi kehidupan ini. mungkin sekarang kita berseronok-seronok, tapi hari esok kita tak tahu apa yang terjadi. Bermunajad kepadanya, bersyukur dengan apa yang diperoleh. Alhamdullilah. term kejayaan itu meluas, yang penting apa yang dihajati membuahkan hasil. 

Bagaimana pula dengan Kegagalan? Gagal tak bermakna berakhir hidup kita. Allah sentiasa menguji hambanya. contoh terdekat Ustaz Izzi haji Ali, yang femes dalam slot dkt hot FM, dia selalu cerita mcm mana dia dahulu sebelum dia peroleh kejayaan yang ada sekarang. Mungkin gagal sekarang, tak bermakna kemudian hari nanti pun gagal, hikmahnya cukup besar, mungkin akan peroleh yang lebih menguntungkan , InshaAllah. Kadang-kadang orang yang gagal lagi kuat daripada yang ada ini, mereka bangkit tunjukkan kebolehan mereka. kongsi bersama, saya pun penah gagal dalam exam errrr.. ok sangat teruk masa tu, rasa nak terjun bangunan pun ada, tapi kawan2 bagi semangat kental, kental tak kental juga lah, end up Alhamdullilah berhasil di final exam. Yang penting, istilah Jangan putus asa itu sentiasa ada. orang sekeliling pun penting. Pendorong paling kuat ibu bapa dan keluarga, kawan-kawan juga sama. 
boleh kongsi bersama : 

Doa memohon kejayaan :
YA ALLAH KAMI MEMOHON KEJAYAAN DALAM SETIAP KETENTUAN TEMPAT PARA SYUHADA DAN KEHIDUPAN ORANG-ORANG BAHAGIA SERTA KEMENANGAN MENGATASI " 

doa ketika menghadapi kegagalan.

Allaahumma ‘innii’a’uudzu bika min zawaali ni’matika wathawwuli ‘aafiyatika wafajaa’ati niqmatika wajami’i sakhatika
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya nikmatMu, dan hilangnya kesehatan dariMu, dan datangnya kutukanMu secara tiba-tiba, dan dari segala kemarahanMu.” (HR Muslim)
Berilah aku semangat yang baru, dan jangan Kau biarkan aku berputus asa. Sebaliknya, terangilah budi dan hatiku, agar aku mampu melihat kehendak-Mu di balik kegagalanku ini. Semoga aku dapat memetik hikmah dari kegagalan ini untuk langkah hidupku selanjutnya: Sebagaimana biji gandum yang jatuh ke tanah itu mati, dan menghasilkan buah melimpah, semoga hikmah yang kami petik dari kegagalan ini mendatangkan keberhasilan dalam hidupku nanti

Saturday, January 8, 2011

HARI INI PENUH DGN CERITA

HARI INI PENUH DENGAN CERITA


( KESATRIA NEGARA)

Hari ni boleh kata aku duk tawaf satu uitm plus pusing-pusing sek 2 & 7.
pagi2 buta aku dah bangun sebab KESATRIA NEGARA tu la, baru ingat nak seronok2 dalam bilik buat peta baru dekat bantal pagi ini tapi itu semua terbantut sebab KESATRIA.


Pukul 7.20 am jannah dah ketuk pintu .aku,jannah,mira, amrah dgn lg sorang aku x tau nama die berjalanlah nk tunggu bus nasib x ramai orang . perrrggggghhh.. sampai2 je padang kawad kecut perut dibuatnya tgk orang kawad. Aku last kawad pun form 2 itu pun kena paksa maksu , aku dah tak ingat nak kawad tu macam. tiba2 tepat pukul 8 AM ada orang menjerit " APA LAGI DUDUK2 DEKAT SITU TAK RETI2 NAK BANGUN CARI COMPANY MASING2" aku dengan kawan2 menggelabah bangun kepala otak aku tiba2 mcm " huuuu company celah mana pula ni haaa" dah semua orang menggelabah nasib ada juga komander YANG BAIK HATI ( payah nk jumpa komander baik hati) siap tanya awak fac ape haaa.. sejuk sikit hati ni :)

Aku pun terhegeh2 la dgn kwn2 cari mana la COMPANY tu kan, cari punya cari tiba2 ada sorang komander ni jerit " APB DEKAT SINI APA TERHEGEH2 LAGI TU MASUK BARIS " waaaaaaaghhhh... takut2.. cuak , kecut perut smua bercampur aduk.ape taknya tiba2 ada orang sergah kita macam tu, siapa tak takut. nak dipendekkan cerita ada la sikit taklimat pasal koko ni . lepas taklimat kena jumpa jurulatih dengan komander, yang ini paling tak suka nak dengar orang bebel2..boleh kata semua kecut perut la dengan komander garang nya, baik perempuan mahupun lelaki. Antara pesanan aka WASIAT komander:

1. kalau siapa yang ada janggut, misai tu tolong la shave ea, kalau awak rasa nak saya shavekan try la minggu depan dengan muka serabai awak tu
2. korang jangan nak ingat dekat padang kawad ni kamu cantik , aku akan jadikan korang manusia paling hodoh sekali
3. budak lelaki aku nak tgk rambut korang pendek sebelum aku pendekkan
4. korang kalau dgn aku panggil komander, jangan panggil abang ke ape ke, aku ni bukan abang korang..
banyak lagi dia bebel2 aku dah tak ingat.Dah rasa macam dekat kem tentera pun ada.. yang paling sakit hati tu, kiteorang punya company paling lambat dilepaskan.... menyampah betul.



habis pasal KESATRIA.. dah penat lari2 dekat padang kawad sekarang ni pasal nak pergi amek gambar kad matrik.haaa.. ini lagi satu cerita.. aku , jannah dgn amrah pergi . punya la baik aku, x penah2 nak pakai baju kurung hari sabtu , aku pakai baju kurung sebab dieorang kata formal, so pakai la baju kurung, before pergi menara kiteorang makan dkt dc dulu sebab dah lapar sangat2.
lepas tu tunggu la bus, dah la bus lambat, bila bus sampai je terus naik, bayar la rm 1. tiba2 sampai dkt fac apb , bus tu keluar gate.. ok fine !!!!! dah membuang masa.. aku , jannah dgn amrah terpinga2 " bus ni nak pergi mana ni"haha.. lawak pun ada masa ni.. so kiteorang malas nak fikir, duduk je dalam bus tu.. tiba2 bus tu berhenti dia ckp " turun2." ape pula ni kena turun nak ge mana.... dah turun tu kena naik bus depan, nasib tak payah bayar...

dah naik bus tu, die bawa kiteorang pusing2 satu sek 2 rasanya aku pun tak ingat baru la dia masuk uitm balik... kami habiskan masa dalam bus je..yang sakit hati tu, amek gambar kad matrik tak sampai 3 minit pun.. MOTIF!!!!!!!!! SANGAT2..... punya la jauh nak pergi amek gambar kad matrik, dah la jauh, kena naik anak tangga yang macam batu caves tu.. perghhhhh.. tahap kesabaran memang tercabar tadi.. itu boleh tahan lagi,, lepas buat kad matrik kena tunggu bus lagi.. tunggu punya tunggu bus tak muncul2 perghhhhh.. dah naik temperature badan rasanya td..

tunggu punya tungga finally, ada juga bus... huuu.. bus dah macam tin sardin aku tgk penuh dgn manusia.. takpelah naik je sebab x tahan la nak tunggu lama2.Sekali lagi , bus yg kiteorang naik tu tak lalu kolej kami, bus tu keluar.. ape ni.. hari ni memang hari melawat shah alam ke haaa... melawat, melawat juga ...tapi duit kiteorang abis sebab bayar bus je..motif sungguh. then terpaksa la turun amek bus lain.. kiteorang dah pasrah dah, kalau salah lagi lepas ni , biar la malas dah,.. tapi nasib betul.. tepat pukul 2.10 pm sampai juga dekat melati.. huuuu... penatnya la, rasa separuh mati pun ada.

itulah kehidupan, tak semua benda mudah untuk dilakukan, kesilapan demi kesilapan mengajar kita agar selepas ini lebih berwaspada. Tidak ada benda yang mudah dalam dunia ini, kita yang perlu permudahkannya sendiri.