Thursday, December 19, 2013

Mencari REDHANYA


Mencari REDHANYA

"menyesal pula nak kena pergi sana, kalau buat dekat tempat dulu, lagi best, dapat duit.. hmmm..." -1 bulan sebelum berangkat.

"kena pergi juga ke,macam berat hati nak pegi la.."- 2 minggu sebelum berangkat. 

"esok dah nak pergi, tu la kau , nak sangat pergi sana"- 1 hari sebelum berangkat. 

"warghhhh..nak balik Malaysia, taknak dekat sini, semua susah, semua sendiri, tak suka"- Hari kedua di sini

"rindu masakan ibu, nenek, nak balik, sini tak best"- setelah 2 minggu

"tenang juga di sini, tak payah fikir pasal jammed, asap berkepul2, sesak-sesak"- setelah 1 bulan

"aku akan rindu negara Islam ini, akan rindu semua hal di sini"- 18-12-2013.....

"apabila kau sendirian di tempat orang, takda tempat pergantungan, jiwa dan raga mudah rapuh. Apabila kau bercerita setiap hari tentang kesedihan kau sebab jauh, kau tak rasa orang akan meluat pasal kau ke? Malah orang tu akan dengar sahaja, dan takkan respon apa-apa pun"-

Kita manusia mudah lupa yang ADA bersama kita apabila kita sendirian. Walaupun kau ada kawan baik sampai 100 orang, tapi, mereka2 ini bukan ada masa untuk kau, mereka juga ada benda nak buat, dan silap2 hari bulan kau kena maki balik, kena marah balik sebab ganggu privacy mereka setiap hari dengan hanya nak mendengar kisah sedih kau 24 jam. 

TAPI, ADA yang akan dengar rintihan kau 24 jam, iaitu 

(credit to Encik Google)

Hari-hari kau nak jumpa DIA pun takpa, anytime, anywhere, pun boleh. tak payah kau nak buat booking, siap dengan tarikh, masa, waktu tempat. SEMUA TU TAK PAYAH pun. Kau tahu DIA ada, kau tahu DIA melihat, kau tahu DIA pengampun, dan kau tahu DIA penyayang, tapi kau buat TAK TAHU semua tu, sebab kau fikir kau ada orang YANG KAU BOLEH PERCAYA yang kau nak kongsikan semua benda. 

ITU SALAH! tempat pergantungan kau di sisi NYA. tanpa DIA, takkan wujud orang2 disekeliling kau. 

kau jumpa DIA bila kau rasa kau susah, tapi bila kau senang, kau lupa DIA yang beri nikmat.
kau jumpa DIA bila kau rasa perlu, on off, ikut suka, rasa nak buat, kau buat, bila rasa malas, kau lepak goyang kaki makan ayam goreng depan tv mcm big boss. 

Tapi, DIA, sentiasa melihat kau, 
beri nikmat yang ada di langit dan di bumi,
mendengar segala rintihan hambaNYA walaupun jumpa waktu susah sahaja
memberi pengampunan walaupun berjuta-juta kali kau buat kesalahan

wake up! kau dah banyak sangat bermain dalam dunia ini, kau dah lalai sangat dengan nikmat yang ada dan sepatutnya kena ada orang yang ketuk kepala supaya bangun dari mimpi-mimpi kau ni. 

Sekali DIA ketuk pintu hati kau, sampai bila-bila kau akan CINTAINYA. 

ENGKAU berikan aku kesedaran di tempat orang, 
ENGKAU kejutkan aku dalam aku sendirian
ENGKAU ingatkan aku ketika aku lalai
ENGKAU berikan hidayah dalam aku kosong

andai aku hilang orang yang aku sayang keranaMU, aku redha
andai aku hilang orang yang aku cinta keranaMU, aku redha
andai aku ditinggalkan orang keranaMU, aku redha
selagi ada MU YA RABB dalam hati ini, aku percaya, apa yang ENGKAU aturkan dalam hidup ini adalah kerana KEHENDAKMU.. 

aku hambaMU yang masih mencari redhaMU.. 

EVERY NEW DAY IS ANOTHER CHANCE TO BE A TRUE MUSLIM









No comments: